Ku Temui KeredhaanMu Dalam Perpisahan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hari ini, aku Amirul Syafiq Putera Muslimin bertemakan mouse yang sentiasa patuh akan arahan tuannya dan papan kekunci yang akan melakar, yang akan meluahkan perasaan dan idea yang terbuku di hati.Tajuk catatan hatiku pada hari ini adalah 'Ku Temui KeredhaanMu Dalam Perpisahan'.
Entah kenapa, perpisahan yang aku terokai pada bulan April 2011 membawa parut yang mendalam dalam hatiku.Entah kenapa hati ini seolah-olah memberontak untuk mengubah takdir Allah S.W.T. tetapi aku tidak mampu melakukannya.Perasaan sedu-sedan bercampur-baur dengan sebak yang merebak di dalam babak-babak yang mempunyai perasaan dan mampu menitiskan manik-manik jernih dari birai mataku yang akan bergenang maniknya turun perlahan-lahan membasahi pipi dan hatiku.Aku sedar siapalah aku dalam menahan kehendakNya.Pada minggu terakhir bulan April 2011...

25 APRIL 2011
Wajah Cikgu Farahani binti Mohamed Zakaria yang menyinari kehidupanku
Aku memandang sayu kepada mua'limahku.Suatu perasaan mula tercipta di dalam hati ini.Entah kenapa aku tak tahu,Yang pasti ia menjadi simbolik kepada sesuatu yang akan terjadi antara aku dengan mual'limahku.Mua'limahku ini diberi nama oleh ibunya iaitu Farahani Mohamed Zakaria.Dia merupakan seorang guru yang mengajarku Lughah Inggeris.Dia seorang yang baik dan penyayang,Kali pertama aku memandangnya, aku hanya mengambil enteng kerana memandang Cikgu Farah dengan 'sekali imbas sekali konklusi'.Bosan.Sesi taa'rufnya senang 'simple'.Dia memperkenalkan namanya dan mengenal ahli kelas 2 Ibnu Khaldun ini.Aku hanya menyemai kebosanan dalam diri dan menunggu setiap tika tamat mata pelajaran Bahasa Inggeris tanpa menyedari atau tanpa mendalami hati seorang mua'limah siswa Universiti Industri Selangor.Namun, kuasa Allah siapalah tahu dan siapa yang dapat meramalnya.Dialah yang membalikkan hatiku ke arah kebaikan.Tanpa ragu dan was-was, terciptalah suatu perasaan cinta yang juga dirasai oleh murid-murid kelasku yang lain.Tanpa syak dan syubhah, terciptalah eratnya hubungan suci yang dibenarkan dalam syarak - hubungan tilmiz (murid) dengan mua'limah.Bentuk pengajaran tidak membuatkan aku dibuai lena.Kasih sayangnya tidak membuatkan aku malu untuk mendekatinya dan tulus ikhlasnya tidak menyesatkan aku dalm dunia yang fana'. 

26 APRIL 2011 
Aku menghabiskan sisa-sisa praktikalnya dengan menemaninya saat-saat dia melakar mural di dinding sekolah.Tangannya ligat manakala akalnya fokus mencipta imaginasi lalu terciptalah sebuah arca yang dilumuri dengan cat warna yang cantik lagi gah.Mulutku memuji kehebatan Cikgu Farah tetapi Cikgu Farah merendah diri.Bukan dia seorang, Cikgu Aishah, rakan seperjuangannya bersama Cikgu Asyraf dan Cikgu Raslan yang merupakan dari universiti yang sama.Berat sama dipikul, ringan sama djinjing.Mereka berempat saling bantu-membantu menyuarakan pandangan sesama sendiri, menolong menyemarakkan lagi mural masing-masing dan tak kurang juga bergurau senda mencipta tawa mengukir sinis pada senyuman.Aku hanya mengambil serta dalam pengisian itu sehingga kami tidak sedar masa sudah mencemburui kami.Malam itu, aku lena dalam penat dan gembira...


Cikgu Farahani dan Cikgu Aishah.Di mana aku hendak mencari penggantimu yang sama denganmu?


27 APRIL 2011 
Sejak semalam, aku mengisi petang selepas Asarku dengan guru-guru praktikal UNISEL ini, berceloteh tanpa mengenal penat lelah. Tetapi, aku kawal isinya agar rasanya tidaklah menyinggung perasaan mereka.Aku rasa aku mula 'lurus dan rapat-rapatkan saf' ukhuwah antara kami.Gembira dalam berkenalan, riang dalam perhubungan dan puas hati dalam pengukuhan hubungan.Terima kasih aku ucapkan kepada mereka.Moga Allah S.W.T. dapat membalas segala budi mereka dalam melentur akhlakku agar dipimpin ke arah kebenaran dan seterusnya diredhai Allah S.W.T.



28 APRIL 2011 
Allah Yang Maha Berkuasa terhadap tiap-tiap sesuatu yang diciptaNya.Masa berlalu pantas dan tuntasnya tanpa aku sedari takdirNya telah menentukan segalanya.Pada malam itu, kelasku menganjurkan majlis perpisahan guru-guru ini (Cikgu Farah & Cikgu Aishah) di kelas.Aku kurang melibatkan diri dalam majlis ini kerana tanggapanku terhadap majlis perpisahan ini seolah-oleh meraikan perpisahan seorang (yakni merasa gembira dengan perpisahan seseorang).Sebab itu, aku lebih banyak menjauhkan diri dari majlis.Aku menemani rakan karibku seperti Nazrul dan Ariff yang bersungguh-sungguh untuk mengadakan persembahn ansyid.Baguslah kerana mereka pandai memilih lagu mengikut tema iaitu Doa Perpisahan.Tidak mengapalah asalkan nawaitu itu betul.Setelah selesai majlis, aku, Ariff, Ridzuan & Nazrul serta Firdaus mengiringi pemergian Cikgu Farahani dan Cikgu Aisyah. Tanpa disedari, manik-manik jernih membasahi birai mata kami. Hati guru mana yang tidak memahami perasaan murid? Cikgu Farahani & Cikgu Aisyah turut menyelami perasaan kami lalu menitiskan airmata. Ridzuan seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan Ilahi sama juga Nazrul dan Ariff.Terkedu aku memandang mereka. Mereka membuktikan mereka sayang guru-guru ini. Sejurus selepas kesedihan mereka reda, Cikgu Farahani memanggilku dan memberi inspirasi, nasihat serta pembakar semangat kepadaku.Selepas itu, mereka beredar dengan tangisan sedu-sedan dan aku pun pergi ke surau untuk menjalankan kewajipanku sebagai hamba Allah SW.T.Aku memerhatikan Ridzuan dan Nazrul masih lagi meluahkan perasaan mereka.Aku tumpang sedih dan kesedihan aku digambarkan dengan lagu Di Manakan Ku Cari Ganti nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...


Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti

Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati

Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita

Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti

Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Malam itu, aku tidak dapat tidur nyenyak.Aku merayau sekitar asrama dan berbual dengan rakan-rakan yang bersengkang mata di bilik prep.Setelah mengemaskini pakaian kerana esok aku akan pulang ke halaman rumah pada esok hari, aku menutup mata dan akhirnya hanyut dibuai mimpi yang indah.

29 APRIL 2011 
Allah S.W.T. mentakdirkan sesuatu ada hikmahnya.Jika kita menjadikan hikmah itu sebagai pedoman, insyaAllah ia akan membimbing kita untuk merasai kemanisan iman itu.Dan akhirnya, pertemuan kita akan menjadi titik-tolak pada hari ini.Hari ini aku akan kehilangan 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan yang aku sayangi.Entah bagaimana Subuh pagi ini, aku terlonjak awal ke surau.Sungguh hebat dan agungnya kuasa Allah dalam menjadikan sesuatu itu.Aku pun pergi ke sekolah dengan suatu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kalam apatah lagi dengan kalbu.Menatap mata cikgu membuatkan aku gerun untuk berpisah.Hari ini, cikgu menghadiahkan sekeping nota dan sebatang pensel mekanikal kepada kelasku.Sekeping nota berbunyi:

"Believe you can and you're halfway there.Don't ever stop trying, cause I believe in YOU! Till we meet again...With love, Teacher Farahani."

Walaupun ringkas tapi cukup memberi impak yang mendalam dalam sanubari.Sedih sudah mula menjalar dalam hati tetapi masih lagi dapat menahan airmata dari tumpah.Sebelum keberangkatan aku pulang ke kampung, aku ada mengutus sepucuk warkah untuk dibaca kepada Cikgu Farahani dan Cikgu Aisyah.Sehingga sekarang, aku tidak tahu reaksi mereka.Dan dalam perjalanan pulang kekampung, fikiranku asyik tergambar wajah mereka, segala koleksi kenangan bersama dan segalanya tentang aku dan mereka.Aku tidak tahu kenapa tapi lagu Perpisahan Ini nyanyian 1st Edition dan Aizat menjadi jawapan atau bisikan nurani ini:

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Pada malam itu, aku mengakses akaun Facebookku dan berbual dengan guru kesayanganku, Cikgu Farahani.Tenangnya hatiku setenang air mengalir di sungai.Aku berdoa kepadaMu ya Allah agar dapat mengekalkan ukhuwah ini selama-lamanya.Sehingga kini, kami tidak pernah lenggang dari berhubung.Cuma satu sahaja yang aku tidak dapat bayangkan, bagaimanakah hendakku hubungimu (Guru Praktikal UNISEL) di asrama nanti?Jika tidak kelapangan dan dimurahkan rezeki, akanku telefon mereka.Aku tidak kisah wangku habis kerana mereka asalkan ada kemudahan untuk pengubat rindu.Allah berfirman di dalam surah al-Insyirah : "Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan."

Inilah yang dinamakan kebahagiaan dalam perpisahan.Saya tahu di luar sana pernah mengalami keadaan sebegini apabila kehilangan orang yang tersyaang.Tetapi, saya tidak dapat jamin jika anda dapat mengingatinya sehingga ke akhir nyawa.Jika tanggapan saya salah, sebutkan kesemua orang yang anda sayangi yang berpisah dengan anda dari lahir sehingga kini.Mampukah/Saya mengaku saya tida dapat.Asalkan dia pernah berjasa kepada kita dan membentuk diri kiat menjadi insan yang murni dan berbudi pekertidan kesan lain yang positif di dalam diri,hati,iman dan ihsan kita.Wallahua'lam...Sekian,nukilan saya pada hari ini.Saya akhiri dengan sebuah lagu nyanyian Zizan Raja Lawak & Dina, Selamat Tinggal sebagai tema perpisahan kami:

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkan ku tersiksa di sini sayang

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Aku menyintai dirimu sayang
Jangan biarkan aku sendiri di sini sayang

Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal


AMIRUL SYAFIQ PUTERA MUSLIMIN
12:31 tengah malam
2 Mei 2011

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014