Insiden PARAH Sebelum Cuti @ SAMMPS

7:34 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments


(Petikan dari blog ---- ---- ---)


Terima Kasih sebab curi barang aku !!

Dua minggu lepas aku bawa kamera pergi sekolah. Aku tak de DSLR. Aku bawa kamera digital olympus je. Aku letak dalam beg. Lepastu aku tinggal dalam kelas sebab nak pergi perhimpunan dekat surau. Lepas je perhimpunan aku naik kelas. Aku tengok beg aku kamera dah tak de. Sekejap. Dunia aku gelap seketika. Aku tak tipu. Cuak pon ada masa tu. Aku tertanya-tanya mana pergi kamera aku.

Nak cakap spotcheck mustahil la. Tak kan la handphone kawan-kawan aku boleh lepas pulak. Duit member aku hilang pulak tu. Memang la tak banyak tapi kalau dah duit tu berguna kan. Dalam otak aku dah kata kamera aku kena rembat. Duit member aku pon kena rembat. Serius. Kena curi bukan kena rampas.

Aku tak tahu apa motif kau curi kamera aku. Kau rasa mencuri ni bagus ke. Manusia ni macam-macam. Tak boleh nak tengok orang senang sikit. Aku tak kacau kau. Kau jangan la kacau aku. Aku tak curi barang kau. Kau jangan la curi barang aku. Sekarang kat dunia kau buat la apa yang kau suka. Memang aku tak nampak.Tapi Allah nampak dan akan ada balasan untuk orang seperti kau. 


Aku dah malas nak cari sebab memang tak akan jumpa. Tapi aku ada ikhtiar aku sendiri. Kepada manusia yang mencuri tu. "Aku mohon kepada Allah agar Allah buka hati kau tu untuk pulangkan balik kamera aku dengan duit member aku tu. Aku minta supaya Allah lembutkan hati kau agar kau boleh berubah kepada yang lebih baik." 


Aku tahu manusia yang mencuri tu seorang lelaki. Mana aku tahu ? Kan aku dah kata. Aku ada ikhtiar aku sendiri. Kalau kau tak nak pulang. Tak pe la. Mungkin lepas ni barang kau pulak yang kena curi.



Berdasarkan status di atas, aku harap empunya blog di atas tidaklah memblock blog aku kerana di sini aku ingin menjelaskan serba-sedikit tentang kes ini. Kes ini agak sulit untuk diselesaikan dan agak rumit untuk dikhabarkan.

Pada hari (apa aku lupa) tapi yang pasti sebelum cuti, aku dan kawan-kawanku (iaitu Nazrul dan Adiel serta Ridzuan Shahrom) telah dipanggil untuk soal-siasat secara mengejutkan hati dan akal fikiran. Aku di panggil oleh seorang pengawas yang cukup aku segani dan merupakan seorang blogawan iaitu --- ----- --- ---- (bukan dia tuduh aku) mengesyakiku dan member.

Aku ingat lagi ayat si ----- ni. "Wei, aku tahulah kau orang kaya. Bagi kau kamera aku murah tapi bagi aku mahal." Ya, aku akui takkan ada orang yang sanggup kehilangan kamera yang seperti dinyatakan di atas. Lainlah kalau kamera itu berharga RM2.99, ya tak?

So, kawan-kawan yang lain pun (bukan kawan aku) mencondemn aku habis-habisan. Ada yang kata mereka tuduh kami 97% (habis lagi 3% siapa pula?!).

Aku ada saksi yang membuktikan aku tiada di tempat kejadian. Muzzamil, Muizz, Arsyad (F1) dan ramai lagi Form 1 yang dapat membuktikan yang aku tak bersalah time tiu.

"Aku tak nampak kau pun dalam barisan Form 2." seseorang mencelah.

Dah korang suka duduk hujung kononnya tak mahu mencari publisiti atau dengan erti kata lain bahasa seharian korang, mencapap (menCAri PAPblisiti). Siapa yang bersekolah di SAM Muhammadiah Pekan Sabak tahulah insiden tersebut dan tahulah kedudukan tersebut.

Aku sanggup bersumpah atas nama Allah, agama Islam dan al-Quran yang aku tak mencuri semua itu. Buat apa aku mencuri sedangkan mak bapak aku boleh bagi kat aku dengan hasil titik peluh mereka? Dan lagi satu kenapa kau orang attack aku dan kawan-kawan aku? Bukankah sekolah ini ada 6 tingkatan. Dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 6, jadi kenapa kena attack aku?

Lagipun, kalau nak kata yang korang tuduh aku sebab aku datang awal ke sekolah, ini bermakna yang korang pun datang awal jugalah kan. Yalah, korang kat rumah / asrama boleh pulak aku mencuri dari jauh? Apa? Ingat Bluetooth ke?

Banyaklah saksi aku di tempat kejadian! Jangan nak tuduh aku dan kawan-kawan sembarangan sahaja!

Nak je aku berdoa kepada Yang Maha Esa:

Ya Allah, aku berharap agar kau memberi balasan yang setimpal terhadap pencuri itu. Yalah, kerana dia, aku dipersalahkan.

Inilah yang dinamakan ujian seperti yang aku katakan pada status yang lepas. Ujian datang tak kira masa. Betul tak? Tak apa, aku tak kisah kepada mereka yang di luar sana yang dapat menghidu kes ini, aku tak kisah korang nak tuduh aku ke apa. Tapi, kalau korang tak minta maaf sebelum aku pergi meninggalkan dunia yang fana' ini, jangan harap korang boleh berjaya di akhirat kelak! Termasuklah yang selalu memanggil nama aku selain nama aku yang mak bapa aku bagi penat-penat. Apa? Kau fikir yang mak bapa aku bagi nama Amirul Syafiq bin Abdul Mutalib untuk diedit-edit dan diphotoshopkan ke? Jika aku masih hidup di tahun 2012, itu merupakan kesempatan korang untuk minta maaf. Kalau tak, setiap nama 'adjust' korang tu akan aku tuntut kat akhirat kelak. Termasuklah yang menulis nama 'adjust' itu!

Apa-apa pun aku nak kongsi ilmu bersama korang tentang Mencuri atau bahasa Arabnya, sariqah.


Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.

Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

(Riwayat Bukhari Muslim)

Macam mana kalau kita nak tahu barang tu barang curi, inilah ciri-cirinya:-

1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.

Dalam Islam, mencuri dikategorikan sebagai hukum hudud. Hukum dalam Islam tentang mencuri :-

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-

i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”

(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.

(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.

(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.

SABIT KESALAHAN MENCURI

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-

i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang
mencuri.

PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.
1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.

HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.


Jadi, aku harap dengan input yang diberikan dengan status panas ini dapat membuka mata korang besar-besar!