Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

#CatatanFB: Nazaknya Tergantung Sepi

Imej
Seorang tok imam bergegas ke rumah seorang wakil rakyat di kampungnya itu kerana menerima perkhabaran bahawa beliau tengah nazak. Sampai saja beliau di perkarangan rumah itu yang penuh dengan orang ramai, dia pun masuk. Beberapa orang memaklumkan ketibaan Tok Imam kepada ahli keluarga wakil rakyat tu.
Belumpun Tok Imam masuk ke dalam rumah itu, Tok Imam hairan kenapa lagu Tergantung Sepi nyanyian artis yang menghidap depresi dipasang dengan begitu kuat. Disangkakan ada kenduri kahwin berdekatan yang pasang lagu balada itu, tapi telahannya salah apabila ianya datang daripada dalam rumah wakil rakyat itu sendiri. Dalam hatinya, beliau beristighfar panjang kerana ahli rumah itu tidak menghormati keadaan wakil rakyat yang tengah nazak itu, tak kurang juga bersangka baik, mungkin drama Tanah Kubur atau Misteri Jenazah bakal dihadapinya selepas ini.
Tok Imam pun masuk ke dalam rumah dan mendekati wakil rakyat yang terbaring lemah di ruang tamu. Bersebelahan dengan wakil rakyat itu, ada speake…