Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Anugerah Juara Lagu 31 (2017) WEB-DL 720p x264 AC3-ASPM

Imej
Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 31 setelah berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Kesemua lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 31 dinilai oleh barisan juri professional iaitu Johan Nawawi, Habsah Hassan, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Yassin Sulaiman, AG Coco dan Azlan Typewriter dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri. Kebanyakan lagu yang layak pada AJL 31 kali ini adalah lagu popular dan bakal memperlihatkan kemunculan bekas pemenang Vokal Terbaik AJL terdahulu iaitu Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Black dan Misha Omar. Antara wajah baru yang bersaing di pentas AJL seperti Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Elizabeth Tan, Syamsul Yusof dan kumpulan Projector Band.
Malam kemuncak AJL 31 bertemakan Cerita Dalam Lagu bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 22 Januari 2017, bermula pukul 9 malam dan akan disiarkan di TV3 serta portal tonton.com.my. AJL 31 bakal menyaksikan gabungan empat pengacara iaitu Farah F…

#CatatanFB: Untung Mumtaz Timbul Tenggelam

Imej
Aku pernah didatangi oleh seorang junior. Mukanya nampak biasa-biasa, mungkin redha dengan keputusan SPM yang diterimanya baru sahaja selepas itu.
"Amacam result SPM? Okay?" Aku menyoalnya.
"Alhamdulillah la, bang. Cukup cukup makan sahaja." katanya. Biasalah, lelaki. Bagi lelaki ini, kalau dapat semua A tu umpama bonus. Kalau dapat yang cukup puas hati, umpama gaji. Kalau 'tergelecek' sikit daripada ekspetasinya, umpama untung sabut timbul tenggelam gamaknya.
Perempuan mungkin lain. Bagi mereka, apapun result hatta PT3 sampailah ke alam universiti, mereka sentiasa perform untuk berjaya luarbiasa. Maka, no wonder la populasi alam persekolahan lebih ramai gadis anak dara daripada anak teruna. Hashtag puji perempuan berdasarkan kenyataan. Dan semua kena terima. Huhuhu.
"Oh. Baguslah. Jadi, tetap istiqamah nak ambil STAM atau macam mana?" soalku kepadanya. Sebab kebanyakan sebaik sahaja result SPM keluar, ramai dah stop nak mengaji di alam 'biasa-bia…

2017: Menungan Tepi Jalan

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sebelum memulakan tinta yang sudah lama tidak bergerak, cerita yang sudah lama tersimpan kedap, suka untuk aku memetik kalam-kalam Tuhan yang sentiasa hidup dalam surat cintanya di dalam surah al-Hasyr, surah ke-58, ayat ke 18, yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukan untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Alhamdulillah, fasa demi fasa seterusnya kita lalui untuk tahun ini. 2016 kini hanya tinggal memori sebagaimana yang telah kita tinggalkan untuk tahun-tahun sebelumnya. Perubahan demi perubahan sudah kita tempuhi dalam kita meniti hari-hari yang penuh dengan cubaan, kenikmatan, ujian, kesedihan dan sebagainya yang telah Allah sajikan untuk kita, saat kita lupa kembali sedar, kembali nyata selepas alpa.
Namun, apa yang telah kita simpan untuk 2017?
Masih lagi menggunun…