Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

#Ini 2K17KU: Tuan Director Tak Susun Plot Hidup Dia

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, aku dah adjust kerusi dan senang bersandar, merapatkan badan aku ke papan kekunci yang sentiasa menanti berada di dalam gelanggang untuk dipertarungkan. Dan akhirnya sepasang jari sedang hebat memijak huruf yang akhirnya membentuk ayat yang berharap masdarnya akan mencipta sebuah cerita, sebuah lembaran dan sebuah kata-kata yang bersifat konfrontasi dengan idea dan pegangan. Uishh tinggi sangat ayat tu, takut orang tak faham pula.
Aku kini berada di awal bulan Januari, dek kerana examnya, aku tidak dapat untuk mengemaskini apakah coretan menarik sepanjang tahun 2017. Apa-apa hal aku teah muatnaik di YouTube akan kisah 2017ku yang penuh manis dan dengan bersama orang-orang yang merasakan nilai penghargaan dalam diri. Aku tekahpun move on dengan segala sisa-sisa 2017 dengan banyak cerita yang selalu tak terduga untuk aku laluinya. Wuishh masa awal awal masuk Tahun 2 ni tak 'ajet-ajet' senior sangat memandangkan kebanyakan