Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

#CatatanFB: Random Seorang Penegur

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, berhabuk sudah papan kekunci untuk buka blog sendiri ini, yang mana, kali terakhir aku update pada bulan Mei lepas, dan kemudiannya dibiarkan begitu sahaja terikat namun tak bertali, mencuba menyimpulkan mati, dan hari ini, terputus juga. Ya, tadi adalah lirik lagu. Aku pun sekarang dah banyak update di Facebook dan Instagram, jadi membiarkan habuk-habuk berdebu terkumpul di laman Twitter, Telegram dan blog ini.
Baiklah insyaAllah, dalam masa yang terdekat, aku akan up satu entri yang mana akan ku kumpulkan segala cerita daripada bulan Jun sampailah Oktober, sehinggalah bergelar kembali pelajar universiti setelah beberapa bulan bercucuk tanam anggur di rumah, shooting shortfilm and movie non-stop, dan sebagainya, memandangkan aku pun tengah cuti mid-semester.
Untuk entri kali ini, ianya bersifat random, yang mana, apa yang telah aku postkan di dinding Facebook aku, aku akan kumpulkan dan kalian hadamlah dengan baik-baik. Biar rin…