#CatatanFB: Untung Mumtaz Timbul Tenggelam


Aku pernah didatangi oleh seorang junior. Mukanya nampak biasa-biasa, mungkin redha dengan keputusan SPM yang diterimanya baru sahaja selepas itu.

"Amacam result SPM? Okay?" Aku menyoalnya.

"Alhamdulillah la, bang. Cukup cukup makan sahaja." katanya. Biasalah, lelaki. Bagi lelaki ini, kalau dapat semua A tu umpama bonus. Kalau dapat yang cukup puas hati, umpama gaji. Kalau 'tergelecek' sikit daripada ekspetasinya, umpama untung sabut timbul tenggelam gamaknya.

Perempuan mungkin lain. Bagi mereka, apapun result hatta PT3 sampailah ke alam universiti, mereka sentiasa perform untuk berjaya luarbiasa. Maka, no wonder la populasi alam persekolahan lebih ramai gadis anak dara daripada anak teruna. Hashtag puji perempuan berdasarkan kenyataan. Dan semua kena terima. Huhuhu.

"Oh. Baguslah. Jadi, tetap istiqamah nak ambil STAM atau macam mana?" soalku kepadanya. Sebab kebanyakan sebaik sahaja result SPM keluar, ramai dah stop nak mengaji di alam 'biasa-biasa' dan tak sabar nak menggempur alam luarbiasa iaitu menara gading mammoth tu ha. (Apa barang gajah)

"Ermmm abang rasa macam mana?" dia tanya pandangan.

"Kalau kau tanya aku, aku rasa elok kau sambung je apa yang kau tengah usahakan. Aku bagi kau satu perumpamaan la.

Kau bina rumah banglo tahun ini, tetiba dalam 40-50% camtu persiapan rumah kau, kau beralih ke tanah lain yang baru kau dapat, untuk kau nak bina rumah banglo yang baru pula. Yang lama tu kau biar tergendala, biar jadi projek tanah putih sahaja. Dan kau beria-ria bina rumah banglo baru di tanah yang baru, yang baru kau dapat.

Sama la macam belajar ni. Tak kiralah kau ambil STAM STPM Matrik sebagainya, ya, memang kita nakkan pilihan yang terbaik, tapinya takkan kau nak 'gajah putih'kan, kau nak membengkalaikan ilmu yang baru nak dibina tersergam indah. Kan?

Ini bagi pandangan aku la. Sebab, dengan ilmu yang Allah cahayakannya, kita masih lagi bingai dalam menjaga adab dengannya." Celoteh panjang tak panjang la. Maklumlah, bekas pembahas dan moderator. Hashtag kerak nasi melekat di periuk, susah nak buang licin. Pasti ada kesannya.


"Baik, bang. Terimas." katanya sambil buat logo 'love Running Man' tu. Mungkin 'like' kot dengan kenyataan aku tadi.

Maka gigihlah junior tu menghabiskan pelajaran STAMnya sampailah ke penghujung tahun. Tup tup, sebaik sahaja result STAMnya keluar hari ini, dia dapat keputusan yang cukup baginya dia dah habis perform semaksima mungkin; Mumtaz. Kalau Sofi tu, bonus. (Masih mentaliti lelaki hahaha)


Kadang peperiksaan sebegini boleh menjadi kayu ukur buat kita. Ada orang dia tanya diri dia sendiri, "Aku ni elok ke ambil jurusan agama untuk masa depan aku nanti? Boleh ke aku jadi agamawan?" Ditambah lagi dengan minatnya yang mendalam, dengan matlamat yang sungguh diidam, membantunya mengurus masa depan yang cemerlang.

Jadinya, saja nak pesan dekat adik-adik yang bakal menginjak usia 'abang kakak' ni, dah kena tahu matlamat, cita-cita apa semua supaya kau tak tersalah langkah dan bidang dalam merencana masa hadapan. Kita semua bijak, kau bijak, aku bijak. Bijak dalam pelajaran sekadar memadaikah kalau dalaman kau masih bawah tempurung lagi?

Mungkin SPM kau macam kecundang, tetiba STAM kau gemilang. And then, kau tanya lagi, "Aku sesuai ke ambil bidang agama?" Kau rasa? Same as STPM dan sama waktu dengannya, what should you choose based on what have you choose.

Dan... Tak semestinya STAM cemerlang, kau kena ikut mentaliti masyarakat terbang ke Mesir Jordan Madinah apa semua. Seimbangkan. Pilihan kau dan the most important, kedua orang syurga yang terchenta itu. Masa depan, kau yang tentukan.

Jangan jadi macam orang dungu. "Saya tak kisah pun masa depan saya nak jadi apa sebab yalah, bang, dunia dah nak kiamat kot belajar cemerlang apa lagi, fokus beramal la."
Selamat berjaya dan berjaya menghadam. #Tahniah #MabrukAlaik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT