2017: Menungan Tepi Jalan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebelum memulakan tinta yang sudah lama tidak bergerak, cerita yang sudah lama tersimpan kedap, suka untuk aku memetik kalam-kalam Tuhan yang sentiasa hidup dalam surat cintanya di dalam surah al-Hasyr, surah ke-58, ayat ke 18, yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukan untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Alhamdulillah, fasa demi fasa seterusnya kita lalui untuk tahun ini. 2016 kini hanya tinggal memori sebagaimana yang telah kita tinggalkan untuk tahun-tahun sebelumnya. Perubahan demi perubahan sudah kita tempuhi dalam kita meniti hari-hari yang penuh dengan cubaan, kenikmatan, ujian, kesedihan dan sebagainya yang telah Allah sajikan untuk kita, saat kita lupa kembali sedar, kembali nyata selepas alpa.

Namun, apa yang telah kita simpan untuk 2017?

Masih lagi menggunungkan sebuah kenangan yang maha realistik dan maha ohsem?

"Tahun ini, aku dah masuk universiti. Aku dah bukan lagi budak-budak. Aku dah bukan lagi remaja. Aku hampir melalui usia dewasa."

"Tahun ini, aku nak lepak dengan kawan-kawan yang baru, nak membina ukhuwah yang lebih padu, manisnya kalah madu, sucinya bak susu. Peh."

Dan banyak lagi impian yang kita impikan dalam diam. Sama ada kita sedar atau tidak. Ataupun saat kita masuk 2017 pun rasa macam baru lepas melepasi sempadan daerah mana-mana. Kalau time kita kecil-kecil dahulu, bolehlah kita teruja, "Wow, dah masuk tahun baru, yay yay dah besar!". Tapi sekarang? Entahlah.

Aku pun sedang membentuk diri aku yang mungkin tak adalah nampak baru. Nak buat apa kita jadi orang lain untuk membiasakan diri di tempat dan kondisi yang baru. Mungkin lebih tepat untuk aku gambarkan dalam melalui 2017 ini sebagai pembaharuan. Improvement. Yalah, aku dah bukan lagi melalui era sekolah yang sudah hampir setahun aku tinggalkan. 2016 sudah banyak mendidik dan mengajar kita bermacam-macam dengan kenal dan fasih dalam bab-bab manusia ini. Manusia macam jalan raya, kalau dah banyak 'kereta lalu lalang' lagi-lagi 'kenderaan berat', maka boleh rosak dan tak baiklah jalan itu. Manusia, kalau dah banyak ujian dan banyak perkara yang sudah dilalui dalam kehidupan, maka sedikit sebanyak akan mengubah orang itu sama ada persekitarannya suka atau tidak. Itulah realiti.

Maka, tak kisahlah apa yang kita lalui dalam hidup, se360 darjah macam mana kita berubah, sekejam mana kita menapak di atas muka bumi ini, dan se-apa apa yang kita telah lalui untuk digambarkan dengan mana-mana frasa adjektif yang terbaik, jangan pernah alpa dengan apa yang sepatutnya kita buat sebagai seorang manusia. Hamba. Still hamba

Maha Pencinta meninta kalamNya melalui surah al-An'am, ayat 60, "Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (kamu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah kamu kembali, lalu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan”.

Okay, tu baru mukaddimah.

"Ha, baru mukaddimah? Huhuhu. Ingatkan nak habis cakap dah."

Baiklah, aku mulakan entri ini dengan sebuah cerita yang kalau boleh, aku nak kita hadam sama-sama. Mungkin juga boleh buka mata. Dan cerita ini hasil menungan aku di tepi jalan. Ha, nama entri ini la.

Suatu hari, Ustaz Naim (bukan nama sebenar, pinjam nama member course) sedang berjalan-jalan di tepi taman (normal la cliche asal berjalan sahaja tepi taman, takkan jalan tepi pantai, jauh benar aku imaginasi macam tu). Sedang dia berjalan sambil menghirup udara di situ, tiba-tiba dia nampak ada sepasang kekasih sedang berasmaradana di situ. Apa lagi, dah nama pun Ustaz, dan belajar subjek Prinsip dan Amalan Komunikasi Dakwah di universiti, maka sesegeralah dia beristighfar dan mendekati kekasih yang acah-acah sweet di situ.

"Assalamualaikum." Orang Islam, mestilah beri salam kan tegur orang Islam yang lain. Lainlah kau, bagi salam dekat orang yang kau kenal je, haaa umat akhir zaman la tu.

"Wa... waalaikumussalam." Secepat mungkin pasangan itu membetulkan dan teringat dulu di sekolah ada belajar mata pelajaran Akhlak. Nampak benar dulu kecil-kecil ambil PSRA ke atau sekolah agama jenis KAFA Integrasi dan sebagainya. Ah, paling simple cakap, Islam la senang cerita.

"Apakah yang sedang kamu berdua lakukan ini?" Alah, Ustaz Naim ni pun besastera bertatabahasa sungguhlah dengan mereka ini. Cakap directkan senang, tak payah susun bahasa basa-basi dengan masyarakat macam ni. Kau pun dulu cakap dengan mak ayah takdelah setatabahasa begini, kecuali time minta duit. (Aku tak berdendam dengan watak ni ya hahaha harap maklum.)

"Errr takde apa-apalah, pakcik. Kami, duduk, tengok-tengok sekeliling je." Pakcik sekali digelarnya si Ustaz Naim tu sedangkan umur dia baru tahun ni masuk 20. Biasalah, matang tak semestinya tua, comel cantik tak semestinya geliga. Eh.

Maka bermulalah sesi tarbiyah sentap hasil mengikuti pembacaan di Pesbuk, Instantgeram dan sebagainya. Segala quote yang dihapal sekian lama, yang mana Ustaz Naim gunakan untuk mentarbiyah kawan sebiliknya yang malas solat, malas makan, makan tidur aje kerja, kini cuba diaplikasikan terhadap dua orang pinggan (kalau mangkuk kasar sangat) di depan matanya. Selepas done dakwah, dia pun berhenti bercakap, barangkali menunggu reaksi daripada mereka itu.

"Ermmm Ustaz." Oh, tadi pakcik, ni Ustaz pula. Biasalah, cliche drama Melayu.

"Ustaz tak payahlah nak tarbiah-tarbiah kami apa semua. Elok Ustaz pergi tarbiah pelakon drama-drama TV yang malahan lagi teruk daripada kami. Apa yang kami buat ni kecil dibandingkan dengan retis-retis yang memang dah macam nak beli tiket neraka dah jawabnya." Wah, disentapnya Ustaz Naim tu balik.

Darah muda Ustaz Naim mula tersirap. Tetapi dia cuba pujuk. Kos dakwahnya mengingatkannya untuk berdakwah secara bijak, bukan marah terlajak.

Okay, the end. Kesudahan cerita itu bergantung kepada kau. Kau nak yang macam mana.

Ada orang merasakan diri dia baik, dan juga rasa diri dia betul, walaupun cara yang dia tegur orang itu buruk, tengking dan sebagainya. Ada orang merasakan diri dia tak baik, jadi bila mana dia nampak kemungkaran, dia tak berani nak tegur dengan beranggapan bahawa dia bukannya begitu baik untuk menegur atau acah-acah rasa tiada hak untuk sibuk hal orang sedangkan dia mengimani hadis Nabi bab tegur kemungkaran pakai tiga cara tu namun dia prefer nak pilih hati.

Bak kata UNIC, 
Bersama menyusuri jalan, 
Para Rasul Nabi junjungan, 
Menuju ke puncak gemilang terbilang,
Iman di dada mengiring langkah
Actually, kita semua pun sebenarnya dah muak dan dah selalu dengar mengenai bab-bab perihal perubahan dan sebagainya.

Cuma, tak semuanya punya hati untuk dibuka. Bukan dibuka untuk saya. Cia cia ~

Tapi dibuka untuk menerima, malah dipertahankan dengan ego dan rasa.

Maka hiduplah untuk terus hidup, menghidupkan dan dihidupkan.

Kerana bila-bila masa kita yang dihidupkan Tuhan akan dimatikan.

Mati - the end of our life story.

Jadinya, marilah sama-sama kita jadikan 2017 sebagai tahun yang memperbaharui. Pemikiran yang sedia ada yang rasa-rasa tak matang tu boleh dipermatangkan lagi. Sudah-sudahlah menjadi generasi yang mengabdikan diri dekat Muzikgeli, Semulek dan sebagainya. Janganlah jadi generasi yang setiap kali tahun baru, asyik buat lawak keluar masuk tandas. Jadilah generasi yang berintelektual tinggi dan bijak dalam beragama, bukan sekadar beragama. Mohlah kita sama-sama membantai kejahatan dengan sekejam-kejamnya. Uish.

Moga Allah pelihara kita semua. Hidup dengan iman, mati dengan iman. Mana iman?

Lebih bagus, pergilah termenung tepi jalan. Kerana ada ibrah di sebalik jalanan.

Doakan aku sang mahasiswa yang teru berteleku mentajdid diri menghambakan kepada Yang Satu. Jangan terlalu desolasi sangat ehh. Okay, bye. Sayang semuanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT