Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada 20 November 2016 (Ahad) yang lalu, bertempat di Auditorium Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kepong, telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam dan Tadika Islam Darul Thulab kali ke-19 bagi tahun 2016.
Majlis tahunan ini diadakan bagi meraikan para graduan Tahun 6 dan pelajar tadika yang akan menamatkan pelajaran di Sekolah Rendah Islam Darul Thulab, di samping memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang menunjukkan prestasi yang baik dan berkualiti sepanjang menuntut ilmu di sekolah ini.
Berikut antara liputan menarik sepanjang majlis konvokesyen ini berlangsung. - (Kamera: Amirul Syafiq)