Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Kem Ibadah SRI Darul Thulab 2016 #KemIbadahSRIDT2016

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada 20 dan 21 Ogos 2016 (Sabtu dan Ahad) yang lalu, bertempat di Kem Sri Raudah, Batu 11 Gombak, telah berlangsungnya sebuah Kem Ibadah Sekolah Rendah Islam Darul Thulab bersama Lajnah Majlis Ilmu dan Dakwah.
Kem ini diadakan dengan harapan dapat membentuk akhlak yang baik dalam kalangan pelajar selain suatu medan untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).
Terdapat banyak slot dan pengisian yang baik telah dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang program ini berlangsung. Berikut antara liputan menarik Kem Ibadah ini. - (Kamera: Amirul Syafiq)
(Nama-nama slot atau Latihan dalam Kumpulan [LDK] hanyalah rekaan penulis semata-mata, bukan realiti dalam kem itu. Fotografer hanya mengikut rentak perjalanan dan kelancaran slot sahaja. Harap maklum.)