Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Assalamualaikum, Damai Pada Dunia

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mungkin anda sudah familiar dengan video ini. Video yang pernah trending di YouTube Malaysia selama seminggu ini. Video persembahan Faizal Tahir berjudul Assalamualaikum ketika bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 30 pada hari Ahad, 24 Januari 2016. Sebuah persembahan yang membuka mata dan menarik perhatian para pejuang keamanan dan dipuji oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Mesej keamanan buat saudara-saudara kita yang berada di luar sana yang mana negaranya bergolak hebat namun masih utuh bersabar, sehinggakan saat persembahan ini berlangsung (ketika AJL30) para hadirin kelihatannya senyap memahami mesejnya kerana di sebalik Faizal Tahir, paparan menunjukkan keadaan dan situasi kanak-kanak dan penduduk negara bergolak seperti Palestin yang cukup menyentuh hati dan jiwa.
Pada awalnya, video ini dimuatnaik di pagesaya, kemudian setelah merasakan mesej ini perlu disebarkan secara global, dengan beraninya saya memuat naik awal ter…