Kem Ibadah SRI Darul Thulab 2016 #KemIbadahSRIDT2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Pada 20 dan 21 Ogos 2016 (Sabtu dan Ahad) yang lalu, bertempat di Kem Sri Raudah, Batu 11 Gombak, telah berlangsungnya sebuah Kem Ibadah Sekolah Rendah Islam Darul Thulab bersama Lajnah Majlis Ilmu dan Dakwah.

Kem ini diadakan dengan harapan dapat membentuk akhlak yang baik dalam kalangan pelajar selain suatu medan untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Terdapat banyak slot dan pengisian yang baik telah dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang program ini berlangsung. Berikut antara liputan menarik Kem Ibadah ini. - (Kamera: Amirul Syafiq)

(Nama-nama slot atau Latihan dalam Kumpulan [LDK] hanyalah rekaan penulis semata-mata, bukan realiti dalam kem itu. Fotografer hanya mengikut rentak perjalanan dan kelancaran slot sahaja. Harap maklum.)

Bertolak ke Kem Sri Raudah
Tiba di Kem Sri Raudah
Pelajar berkumpul
Taklimat
Berkumpul di dewan untuk sesi ice breaking
Membuat bulatan
SLOT 1: Kapal Terbang Kertas Kawan
Pelajar diminta untuk menulis nama panggilan dan ciri-ciri yang memudahkan orang mengenali mereka
Dilipat menjadi kapal terbang kertas
Pelajar menunjukkan kepada Ketua Fasilitator, Ustaz Muhammad Haziq Faris
Kapal terbang kertas berlepas!
Mencari kawan empunya kapal terbang kertas itu
Ustaz Muhammad Haziq Faris
Perbincangan
SLOT 2: Buang Sifat Negatif
Pelajar diminta menulis aktiviti yang dilakukan oleh mereka hujung minggu jika mereka tidak hadir ke kem itu
Antara aktiviti hujung minggu seorang pelajar

Senyuman manis
Perbincangan

SLOT 3: Ice Breaking
LDK 1: Mesej Rantaian
Menyampaikan mesej yang diterima kepada rakan-rakan sehingga rakan di belakang sekali.
Membacakan kembali mesej yang diterima

Makan dahulu

Fasilitator bermusyawarah
Perbincangan ringkas oleh setiap fasilitator
Guru-guru turut menikmati sarapan pagi
LDK 2: Selamatkan Anak Buah Kapal
Jangan ada yang jatuh!


Amboi, sampai naik atas badan orang selamatkan diri.

'Kapal' dikoyak oleh fasilitator dan pelajar perlu mencari idea menyelamatkan diri.
LDK 3: Tulis Apa Saja
Ustaz Haziq Faris memberi objektif
Menerima Barang Amanah
Fasilitator memberi barang amanah kepada pelajar

Candid Saudara Syamil
Belajar tepukan
Kak Mastura mendekati jiwa pelajar
Antara barisan guru dan fasilitator
Belajar tepukan dari Ustaz Haziq Faris
Makan tengahari
Meletakkan barang dalam bilik
LDK 4: Kertas Cerminan Diri

Pengajaran dari LDK ini melalui tayangan video
Guru Besar turut serta
SLOT 4: Ustaz Muhammad Najib menyampaikan slotnya (motivasi)
Kepenatan yang dilegakan
Mandi kolam dulu di petang hari
Kuliah Maghrib
Sempat melayan Datuk Lee Chong Wei berentap
LDK 5: Malam Kebudayaan
Ketua Kumpulan dipanggil untuk mencabut undian
Menyampaikan persembahan bertemakan Kemerdekaan
Fasilitator turut membantu kumpulan
SLOT 5: Night Walk
Dibawa ke tengah padang
Mentaliti mereka perlu kuat
SLOT 6: Muhasabah Diri
SLOT 7: Qiamullail
Mendengar tazkirah
SLOT 8: Senamrobik
Memanaskan badan
Stretching
Lawan Pisang Goreng
SLOT 10: Birru Walidain
SLOT 11: Memanah sebelum pulang
Nampak bergaya anak ini
Menunggu giliran
Mencuba masing-masing
Guru juga turut mempelajari memanah
Mampukah tepat kena sasaran?
Hasil bidikan Ustaz Najib
Ada gaya tu, Ustazah
Bersedia untuk pulang ke rumah
Ustaz Najib menyampaikan majlis penutupan
Para fasilitator menerima sumbangan daripada Puan Pengetua
Antara fasilitator dan guru yang menjayakan kem 
Freestyle

Selamat pulang, semua
Selamat tinggal, Kem Sri Raudah
Begitulah antara paparan menarik sepanjang Kem Ibadah ini berlangsung. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dengan meriah sekali sama ada secara langsung ataupun tidak. Semoga kem ini meninggalkan seribu satu kesan buat semua dan berharap agar dapat diteruskan lagi program sebegini di masa yang akan datang.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014