Temasya Sukaneka dan Hari Keluarga & Sambutan Hari Raya SRI Darul Thulab 2016 #SukanekaSRIDT2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Bertempat di Padang Awam Taman Selasih, pada hari Ahad 31 Julai 2016, telah berlangsungnya Temasya Sukaneka dan Hari Keluarga serta Sambutan Hari Raya Sekolah Rendah Islam Darul Thulab yang menggabungkan tiga cawangan dalam satu acara - Bandar Tasik Puteri, Gombak dan Selayang. Tahun ini, cawangan Gombak menjadi tuan rumah bagi temasya yang ke-19 ini.

Temasya ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hasbullah bin Mohd Ridzwan, ADUN Gombak Setia. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan dalam sukaneka ini, antaranya Isi Air dalam Botol dan Bawa Bola Pingpong dalam Sudu (Tadika), Leret Bola Dengan Gelung (Tahun 1 & 2), Lontar Bola Dalam Bakul dan Lari Sambil Mengepit Bola (Tahun 3 & 4), Boling Kelapa dan Menggelecek Bola (Tahun 5 & 6).

Menariknya, yang menjadi tumpuan setiap tahun dalam temasya ini adalah Piala Pusingan Bolasepak yang menjadi rebutan tiga penjuru (cawangan) tersebut. Dan, tahun ini, Selayang berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lalu dengan menewaskan Bandar Tasik Puteri dengan 5-0 selepas Bandar Tasik Puteri berjaya ke peringkat akhir menentang Gombak dengan 0-0 yang disudahkan dengan sepakan penalti, 3-1.

Selain itu juga, Bandar Tasik Puteri menjuarai acara tarik tali bagi acara Ibu Bapa dan Guru. Temasya dimulakan seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Berikut antara paparan menarik sepanjang temasya ini berlangsung.

[JURUKAMERA: Amirul Syafiq]

Berhimpun di tengah padang
Antara hadiah dan pingat yang dipertandingkan untuk setiap acara
Piala Pusingan Bola Sepak yang diidamkan
Maskot berdiri di setiap tahun
Persembahan pembukaan oleh wakil pelajar Bandar Tasik Puteri
Ucapan oleh Guru Besar, Puan Rosidah Senong
Antara ibubapa yang hadir
Ucapan perasmian oleh YB Tuan Hasbullah, ADUN Gombak Setia
Pelajar tadika menunggu acara dimulakan
Ibu bapa tampil memberikan sokongan
Cepat isi air itu sampai penuh!
Acara bawa bola pingpong dalam sudu
Hebat abang-abang Tahun 5 menggelecek bola!
Qistyna dan Qistina, pelajar Tahun 5 memulakan acara boling kelapa
Sasaran hampir mengena
Kepantasan
Acara lontar bola ke dalam bakul
Ibu-ibu urusetia
Tersenyum kenapa?
Berbeza cawangan, namun mereka tetap satu
Acara tadika - bawa bola pingpong dalam sudu
Acara tahun 1 - tarik bola dengan gelung

Acara Tahun 3 - lari kepit bola
Cepat, jangan sampai jatuh!
Berusaha keras tu
Memanah kan sunnah
Ustaz Faris meniupkan wisel memulakan saingan
Mencipta kemenangan
Anak dan ayah berteduh di bawah terik mentari
Teliti betul tu
Menganggar dulu, baru boleh masuk
Buktikan kepantasanmu!
Kaum bapa memulakan acara tarik tali
Kaum ibu bermain kerusi berirama (musical chair)

Ustaz Najib mengendalikan sistem PA
Perlawanan akhir Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - kontijen Selayang
Perlawanan akhir Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - kontijen Bandar Tasik Puteri
Perlawanan akhir di atas padang
Persembahan penutupan oleh wakil pelajar Selayang
Persembahan penutupan oleh wakil pelajar Gombak
Acara penyampaian hadiah
Memberikan pingat kepada pelajar yang menang
Tempat ke-3 Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - Gombak
(Tewas penalti 3-1 dengan Bandar Tasik Puteri)
Tempat ke-2 Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - Bandar Tasik Puteri
(Tewas dalam perlawanan akhir menentang Selayang dengan jaringan 5-0)

Juara Piala Pusingan Bolasepak SRIDT 2016 - Selayang
(Menang 5-0 ke atas Bandar Tasik Puteri)
Antara barisan guru yang menjayakan temasya
Majlis merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada semua pelajar yang menyertai acara yang telah dipertandingkan, ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan temasya bagi tahun ini, juga para urusetia dan guru yang sentiasa memastikan temasya berlangsung dengan lancar dan sempurna. Juga tidak dilupakan kepada para penaja dan penyumbang yang membantu menjayakan dan menyempurnakan kekurangan dalam temasya ini, tidak dilupakan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan temasya ini dengan gilang-gemilang sekali. Semoga Allah membalas segala jasa yang telah dicurahkan, insyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014