"Di Sebalik Ucapanmu, Adakah Kau Masih Hormat?" #SelamatHariGuru


"Bangun!"

Ucap ketua kelas saat aku berdiri di hadapan mereka.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ustaz Amirul."

Lantas disambut oleh seluruh murid di dalam kelas itu dengan penuh bersemangat. Budak-budak, masih lagi suci dan lurus, namun etika terhadap gurunya masih ada.

Aku tersenyum lalu memandang anak muridku satu persatu. Usai bacaan doa belajar, mereka semua duduk. Termasuklah aku.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semua.

Ya, tahun 2016 menyaksikan aku menjadi seorang pendidik. Seorang guru. (Tapi sampai sekarang, aku rasa macam tak layak dipanggil Ustaz because terlalu mulia sangat gelaran itu untuk aku and I feel not suitable for me.)

Tetapi kan setelah hampir tiga bulan aku menjadi seorang guru, aku belajar macam-macam perkara. Mungkin juga apa yang aku alami sama dengan apa yang guru-guru aku selama ini jumpa dan kenal dan mendidik aku bermacam-macam ilmu. Ataupun apa yang mereka rasa lebih berat sebenarnya dengan apa yang aku rasa.

Adakalanya, aku start mengenangi guru-guru aku. Boleh menangis beb kalau fikir. Kalau kau punya hati, kau fikirkanlah dalam-dalam.

Cuba kau bayangkan, tak payah bayangkan, cuba kau rasa. Sebenarnya aku pun selalu ingatkan anak muridku tentang isu adab dan akhlak dengan guru.

Namun, kita dah terbalik dah sekarang. Kau selamba panggil guru kau tanpa gelaran cikgu seolah-olah cikgu kau tu member sebaya dengan kau. Tapi kau tak tahu ilmu aku dengan dia antara langit dan bumi. And then, everyday, you're always wondering apahal kau bodoh apahal kau macam tak terang ilmu apa semua.

And then lagi, kau gunakan konon hujah agama untuk katakan kebiadapan kau tu benda yang betul dan tak salah. "Elehhh aku dengan Allah pun aku guna kau dengan aku, setakat dengan guru apalah sangat."

Ha ha ha. Aku gelak je jenis student macam ini. Jangan kata student, kadang kawan-kawan aku, junior senior pun ada sifat macam tu.

Mungkin kita lupa akan suatu perkara...

Hubungan kita dengan manusia.

Arabnya, hablumminannas.

Dengan Allah, tak kisahlah. Itu soal peribadi, kau nak kau-aku ke, gua-lu ke apa, janji dengan Allah kau taat, kau patuh dan sebagainya.

Tapi, ingat. Dosa dengan Allah boleh terampun boleh terhapus dengan taubat nasuha, tetapi dengan manusia, selagi kau menjujuri kesilapan kau, selagi itulah kau akan merangkak melutut mencari cikgu kau atau manusia lain dekat Mahsyar kelak.

So, every year kau duk wish Happy Teachers Day, Selamat Hari Guru bagai, tapi at the same time, kau berlaku biadab belakang dia. And then, kau wonder apahal kau bodoh? Hahaha. Kesian.

Normal la tu beb. Kau ego, dengan guru pun kau nak ego.

Sebelum aku meninggalkan zaman persekolahan, aku tengok macam-macam bentuk pembiadapan terhadap guru. Conteng majalah sekolah dan kutuk cikgu itu dengan gelaran buruk. Tinggi suara dengan cikgu. Mengumpat cikgu belakang-belakang. Kenakan cikgu dan sebagainya. Tak kisahlah sekolah menengah berstatus agama ke apa, tapi kesian, agam kau belum cukup untuk mendidik kau untuk menghormati guru dengan cara agama. Tapi, sayangnya, kau bertindak macam kau tak percaya Allah tu tengok kau.

Guru la wasilah ilmu daripada Allah. Rasa kau pun tahu. Even kalau takde guru, takdelah sekolah. Rasa dah boleh fikirkan. Dah besar, kan? Dah matang, kan?

Aku tak perlu nak tunggu Hari Guru setiap tahun 16 Mei untuk melihat bagaimana kau betul-betul appreciate apa yang cikgu telah korbankan. Dan kau pun tak perlu tunjuk akan betapa kau menghormati guru kau terlebih overacting menghormati guru hanya kerana tarikh keramat 16 Mei tapi selepas itu kau punya lakonan dah tamat. Dan kau dah start jadi syaitan balik.

Sudah-sudahlah. Kembalilah kepada Islam.

Buat guru-guru yang pernah mengajar diri ini...

Maafkan anak muridmu ini jika pernah membuatkan dirimu mengalirkan airmata kekesalan dan kekecewaan ke atas diriku. Maafkan segala dosa dan kekhilafan anak muridmu yang pernah menyakiti hatimu itu dan menjejaskan perasaanmu dalam bidang pendidikan.

Sesungguhnya, gurulah komponen terpenting dalam bidang pendidikan.

Guru ibarat lilin dah tak sesuai dah sekarang. Kerana membakar diri itu membunuh diri, dan cikgu-cikgu aku bukan menyeksa dirinya dengan mengajar.

Guru tiada metafora untuk diumpamakan. Kerana tiada apapun yang boleh menandingi betapa besarnya jasa guru terhadap kita. Kita tak mampu menjadi apa yang kita mahu jadi jika taid aguru hadir mewarnai kehidupan kita sekarang ini. Makanya, berterima kasihlah kepada guru.

Guru tak minta sesen pun daripada kau atas setiap ilmu yang dia ajar.

Guru tak minta mak bapa kau bagi anugerah kepada dia atas besarnya ilmu yang dia beri.

Apa yang boleh membuatkan guru kau rasa bangganya dia, berbaloinya dia menjadi guru adalah... kejayaan kau.

Senyumannya mengalahkan emas dan perak yang bersinar, melihat kau menangis kegembiraan, sujud kesyukuran saat kau meraih keputusan yang menggembirakan.

Di balik kejayaanmu, ada guru menanti ucapan terima kasihmu. Jika tiada pun, melihat kau berjaya membuatkan dia merasa puas!

Setiap tahun, aku dah diceramah pasal jasa guru. Ditazkirah ilmunya yang luas.

Dah, aku tak perlu nak tazkirahkan kau untuk hormat guru kau sendiri.

Kejap. Aku sebenarnya nak buat post untuk guru-guru aku, asal aku marah anak murid guru-guru aku pul? Adeh.

Apapun cikgu, cikgu nak tahu tak...

Barulah saya merasa bagaimana sukarnya nak jadi seorang guru ini, cikgu. Kena kawal emosi, kena layan karenah anak murid baik-baik. Taknak sampai anak murid kita berlaku biadab dengan kita. Nak didik dia sampai berjaya dan sebagainya. Baru saya rasa susahnya itu.

Saya rasa anak murid kita kena jadi guru dulu baru dia nak kenal erti penyesalan atas berlaku biadab ke atas cikgu kot hahaha.

Apapun cikgu, selamat hari guru. Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu. Mari menyanyi bersama-sama.

"Tulus setiamu cikgu... telah mengajar kami..."

Tiba-tiba, anak murid aku yang seusia 5 hingga 6 tahun menyambung lirik aku menyanyi.

"Terima kasih padamu cikgu. Jasamu akanku kenang selalu," lalu kami ketawa bersama-sama.

P/S: Boleh tak kita menyanyi lagu Kami Guru Malaysia bersama-sama nanti? Selamat Hari Guru, guru-guruku yang pernah hadir dan mengajar apa-apapun dalam hidupku.

Ulasan

Catatan Popular