Assalamualaikum, Damai Pada Dunia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Mungkin anda sudah familiar dengan video ini. Video yang pernah trending di YouTube Malaysia selama seminggu ini. Video persembahan Faizal Tahir berjudul Assalamualaikum ketika bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 30 pada hari Ahad, 24 Januari 2016. Sebuah persembahan yang membuka mata dan menarik perhatian para pejuang keamanan dan dipuji oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Mesej keamanan buat saudara-saudara kita yang berada di luar sana yang mana negaranya bergolak hebat namun masih utuh bersabar, sehinggakan saat persembahan ini berlangsung (ketika AJL30) para hadirin kelihatannya senyap memahami mesejnya kerana di sebalik Faizal Tahir, paparan menunjukkan keadaan dan situasi kanak-kanak dan penduduk negara bergolak seperti Palestin yang cukup menyentuh hati dan jiwa.

Pada awalnya, video ini dimuatnaik di page saya, kemudian setelah merasakan mesej ini perlu disebarkan secara global, dengan beraninya saya memuat naik awal terlebih dahulu video ini di YouTube sejak seminggu yang lepas. Akhirnya, setelah seminggu video ini dimuat naik oleh saya, akhirnya YouTube telahpun menurunkan video ini atas hakcipta Media Prima. Mungkin ramai yang tercari-cari ke mana menghilangnya mesej keamanan yang terlebih dahulu di muat naik sebelum persembahan ini dimuat naik di official channel TV3 Malaysia di YouTube. Sayang seribu kali sayang, video ini telah terhenti di sini untuk dimuat naik sejak 24 Januari yang lalu sehinggalah saya mendapat notis yang (bagi saya tidaklah rasa terkejut, tetapi) saya dah maklum kerana pernah saya memuat naik siri-siri video berhakcipta sehinggakan akaun saya pernah diibaratkan telur di hujung tanduk.


Saya tidak hairan dengan penurunan video ini kerana ya, saya akui ianya hakcipta TV3 keseluruhannya. Namun, saya berasa bangga dan terharu dengan reaksi 324 714 penonton yang mendapat manfaat daripaa video ini. Sepanjang seminggu ini, saya sering menerima komentar video ini melalui notifikasi dan membacanya. Cadangan memuat naik subtitle ke Bahasa Inggeris oleh seorang penonton akhirnya menarik penonton luar negara atau foreigner untuk sama-sama memahami manisnya mesej keamanan yang disampaikan. Komen juga tak semestinya daripada masyarakat Islam sahaja malahan daripada bukan Islam sendiri yang memuji Faizal Tahir dalam menyampaikan lagu ini. Saya ucapkan tahniah sekali lagi buat Faizal Tahir kerana menghasilkan sebuah masterpiece yang cukup mendalam maknanya dan memerlukan hati untuk memahami bait-bait lirik yang tersusun indah ini. Teruskan berkarya dan #SpreadTheMessage untuk semua.
Thanks, bro Faizal Tahir. Persembahan anda benar benar menyedarkan kami yang terleka. Mesej keamanan buat dunia. #Assalamualaikum
Posted by Inche Mirul Syafiq ASPM on Monday, January 25, 2016
Assalamualaikum, damai pada dunia.

Assalamualaikum - Faizal Tahir #AJL30
Posted by Inche Mirul Syafiq ASPM on Sunday, January 24, 2016

Ulasan

Catatan Popular