Tiada Laman Sosial di Padang Mahsyar

11:18 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments




(Sajak ini telah dikarang melalui Facebook suatu masa dahulu dan kini telah diolah semula pada tahun ini untuk kesesuaian dan kesentapan semua. Terimalah.)

Diri kita ini
Orang kata, kita sebarkan
Sebarkan?
Doesn't mean kita jual tubuh kita ke apa.

Sebab sekarang
Makin lama kemodenan itu
Kisah hidup kita no privacy
Just being public untuk orang tahu
Dah masuk zaman era baru
Zaman orang jaja kisah hidup melalui pelbagai bentuk.

Kisah hidup kita
Disebarkan sepuasnya
Melalui Facebook, Blogger,
MySpace, Friendster dan sebagainyalah
Sampaikan screenshot WhatsApp pun diviralkan
Voice note pun disebarkan
Berpusu masuk tanpa mengesahkan kesahihan
Cerita kita sampai tak sedar dimanipulasi

Bila orang tegur kita
Komen "ehh tak baguslah kau share mende ni"
Apa kau kata dekat orang?
"Lantaklah. FB aku."
"Timeline aku, aku punya sukalah."
"Hak alah! Menyemak memekak."
DIsebabkan kedangkalan kita memahami hak bersuara
Di situlah kita memberitahu segalanya pasal kita.
Dari kecil sampai sekarang...
Sampai Facebook pun dah rajin sekarang
Ada fungsi On This Day
Kita pun ketawa tengok status tak matang dulu-dulu
Agak-agak bila kau dah dewasa nanti
Kau baca balik tak apa yang kau taip selama ni di Facebook

Anda membuatkan orang seronok dengan anda
dan membuatkan mereka tidak salah pilih anda sebagai kawan
Kita siarkan rupa paras yang menawan, cantik,
gah, hensem dan sebagainya
Kita beritahu kisah hidup kita yang berjela-jela
Kisah chenta Ombak Rindu di bawah Langit Chenta
Meluahkan kekecewaan di Facebook
Meluahkan kehampaan setelah perasaan dihampakan
Seperti gaya minta orang faham kita
Minta orang fahami isi hati kita
Seolah olah meraih simpati atas kekecundangan kita

Tak kurang juga
Hijabister dan niqabis
Celah mana menjaga maruah aku tak tahu
Yang pasti okaylah nice
Menutup aurat dan urat...

Orang kata
Dengan internet apa pun boleh...

Tetapi,
kita mungkin terlepas fikir
Tanpa kita sedar
tahukah anda
suatu masa nanti
segala peribadi yang kita tidak hebohkan itu
Mesti tersiar

Bukan mesti, tapi pasti.
Yang kau sorokkan
Dosa.
Aib.
Benda bodoh-bodoh yang kau taknak public tahu.

Internet? Nope.
Bukan di laman web
Mulut orang atau apapun
Tetapi di Padang Mahsyar.

Gotcha.

Tulah masalah kia
Tak fikir seribu daya
Ingat nanti di akhirat boleh edit status edit event ke apa.
Nak menipu pula.
Mampukah kita menipu?
Di mana ada Yang Maha Bijaksana.
Mengadili dengan semaha adilnya.

Ketika itu,
apa yang kita lakukan dari kecil sampai mati
PASTI dipaparkan
Yang kau sorokkan kecacatan
Keaiban
Kau akan kekecundangan
No setting privacy macam biasa kau buat.

Bila aib kau dah buka.
Adakah kita ini mampu untuk menafikannya
semata-mata menjaga maruah?

Ingatlah...
Mahsyar milik Allah...
Internet milik manusia...
Bandingkan di antara kedua-dua itu...
Siapa Maha Mengetahui...

Beringatlah sebelum post.
Sebab segala post about our life
Akan diceritakan satu persatu di sana without limit
Sebab tiada laman sosial di Padang Mahsyar.

You Might Also Like

0 ulasan: