Di Bawah Ketentuan #Momento2015ku Aku Mengambil Ibrah

Bismillahir Rahmanir Rahiim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Nak ke intro panjang-panjang? Tidak usah. Sebelum-sebelum ini asyik entry panjang berjela, biarlah tahun ini kita simple sahaja (lagipun bukan ramai nak baca!).


Pertama dan selamanya, terima kasih Allah.
Sebab Engkaulah, aku kecapi 2015 yang bermakna dan smile always.
Adapun teguranMu kerana kau sayangkan aku.
Terima kasih kerana selamatkan aku drpd segala marabahaya dan azabMu.

Mak, abah.
Terima kasih kerana setia bersama.
2015 kurasa tak ada makna jika tanpa kalian berdua.
Moga keluarga kita bahagia sehingga ke sorga.
Oh, adik kesayangan, Amirah tiada kulupa.


Buat sahabat handai penguat perjuangan.
Terima kasih memberikan sokongan.
Terima kasih menghulurkan bantuan.
Terima kasih mencipta kenangan.
Baik yang rapat atau sekadar berkenalan.
Baik yang hanya mengintai keramahan atau senyum dalam diam.
Terima kasih.


Buat classmates yang memeriahkan suasana.
Terima kasih atas kenangan segala.
Tidak kulupa gelak ketawa bising sampai kena marah.
Buat kerja rumah hantar tak hantar macam tak kisah.
Buat classmates lelaki yang selalu ajak guwa lepak rumah Allah.
Hampir sahaja nama STAM kita dicalar punah.
Almaklumlah, duk berbau kes tak sudah.
Tapi, dek keramahan dan kesabaran kita, tak pernah menyerah.

Buat perjuangan Ustaz dan Ustazah.
Terima kasih duk mengajar saya tak kenal lelah.
Adakalanya mungkin sifat saya buat cikgu rasa nak marah.
Ampunkanlah dosa saya yang sudah.
Restuilah masa depan saya moganya cerah.
Ilmu yang diberikan harap terlanjur halal dah.
Maaf sebab jadi nakal tak bertempat dan tak mengalah.


Buat junior yang merindui diri.
Maafkan seniormu kerana terpaksa pergi.
Tempoh duduk asrama dah expired kini.
Takde chance nak menetap lagi.
Harap kalian menjaga diri.
Jangan nakal-nakal, jangan membuli.
Jangan jadi hamba abdi.
Jangan langgar seruan Ilahi.
Buat asrama macam asrama, bukan neraka diri.


Kenangan berlalu.
Setahun sudah.
Dalam 365 hari yang dihitung megah.
Tak sangka kita membesar sudah.
Segala pengalaman ditempuh gagah.
Jangan penat, jangan menyerah.
Mungkin 2016 lebih mencabar.
Mungkin 2016 lebih memerlukan kuatnya tabah.
Ku doakan kalian agar kental dan gagah.


2015. Aku senyum. Tak usah ku ceritakan apa benda yang buat aku senyum. Biarlah ianya menjadi suatu keharuman untuk aku kenang. Untuk aku tatap. Untuk aku ingat dan genggam.

Buat yang membenciku sepanjang tahun 2015, barangkali meluat atau menyampah,
Jangan risau, aku tak bersamamu sudah.
Dan mulalah untuk bertatih mengikis hasad dengki atau mazmumah yang bernanah membusuk dalam hati kaulah.


Buat yang menyokong perjuanganku sama ada langsung atau tidak,
Thanks kerana membuatkan aku wujud.
Membuatkan aku kuat.
Membuatkan aku mampu berdiri.
Membuatkan aku mampu berlari menempuh cabaran dan liku yang direntangi.

Cukup sekadar itu terima kasihku kerana 2015 tak mampu kugambarkan dengan gambar yang berjela. Maaflah sebab harddisk aku rosak damage seawal bulan keempat menyebabkan memori awal 2015 tak dapat ku kongsi bersama.


Selepas ini, menginjak 2016.
Tiada lagi kisah SAM Muhammadiah Pekan Sabak.
Kerana langkahku di situ sudah terhenti.
Yang tinggal hanya #Momento2015 untuk aku ambil pengajaran.
Yang tinggal hanya 365 hari untuk dicampak belakang.
Yang tinggal hanya kenangan.
Untuk kita senyum.

Kini aku bergerak sendiri.
Mencipta masa depan.
Tanpa suasana kawan-kawan.
Because I will start to take my step secara dewasanya.

Sudah-sudahlah membuka lembaran foto 2015 yang kau simpan.
Kerana masuk 2016 kita akan move on.
Tiada lagi tatapan, yang ada melangkah untuk memulakan perjalanan.
Menuju destinasi yang berpanjangan.
Yang pasti entah bila tarikhnya kita bertemu Tuhan.

Saat aku menulis entry ini sehingga ke baris yang kau baca ini, jam telah menunjukkan 11:50malam. Aku taknak dengar lawak bodoh mengenai tandas. Taknak dengar "nak buat azam baru, terbuat asam pedas" atau apa sahaja. Jangan bawa bodoh tu ke tahun 2016. Jangan bawa ketidakmatangan itu ke esok. Tinggalkan. Hapuskan. Kau tu dah besar!

Buat inspirasiku.
Peniup semangatku.
Kau tetap di hatiku. Biarpun kau tidak mengetahui.

Tiada lagi yang hendak aku bicarakan.
Mungkin idea sudah kekeringan.
Tibalah masa untuk aku melangkah pergi meninggalkan kenangan.
Selamat tinggal 2015, kau biarkan aku pengangguran. Eh.

Berat hati, namun perjuangan harus diteruskan!
Inspirasi tetap teguh berdiri, dalam gelap kau tetap menyinari, hanya satu persona tiada ganti, engkau bintang, kau tetap menyinari.
Mulakan 2016 dengan azam yang baru. Kita kini melangkah dewasa.
Once again, terima kasih 2015 kerana di bawah ketentuan momento 2015ku, aku mengambil ibrah.

Nampaknya post ini menjadi post pertama 2016. Kerana aku terlewat menerbitkannya, selamat datang 2016. Pum pam pum pam bunga api!

Ulasan

Catatan Popular