Majlis Pengumuman dan Penyampaian Keputusan STAM SAMMPS 2015

5:53 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments


SABAK BERNAM, 21 JANUARI - Bagaikan dapat diramalkan, Noorhidayati binti Misman, bersama adik kembarnya, Noorhidayani binti Misman diumumkan berjaya meraih pangkat Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 ketika Majlis Pengumuman Penyampaian Keputusan STAM SAM Muhammadiah Pekan Sabak, hari ini.

Majlis yang dijalankan di Bilik Gerakan SAMMPS itu dimulakan pada jam 10:30pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Jaafar bin Mohd Shodek seterusnya disempurnakan lagi dengan kehadiran Puan Saniah binti Darus, selaku wakil Pengetua. Majlis ini juga berjaya menyelesaikan teka-teki perjuangan calon-calon STAM 2015 sekolah ini dengan menyaksikan seramai 49 orang calon STAM 2015 lulus dalam kesemua sepuluh subjek wajib yang diambil dalam peperiksaan awam tersebut.

Mengikut analisis yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah, jumlah calon yang mengambil peperiksaan STAM bagi tahun 2015 adalah seramai 55 orang. Pada tahun ini, keputusan menyaksikan seramai 16 orang mendapat pangkat Jayyid Jiddan, 22 orang bagi Jayyid, 9 bagi Maqbul dan 6 orang Rosib.

SAM Muhammadiah Pekan Sabak berjaya mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.02 dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2.33.

Pasangan adik beradik kembar juga mendapat penghargaan al-Bukhari daripada pihak sekolah bagi menghargai kejayaan mereka. Selain meraikan kejayaan calon-calon STAM, pihak sekolah juga tidak ketinggalan meraikan keputusan MUET bagi tahun yang sama yang menyaksikan Aisyatul Syasya binti Md Ghaus meraih Band 4 dan juga beberapa pelajar yang meraih Band 3. - AMIRULASPM

Antara yang hadir
Ustaz Nurizat Kamal, selaku Pengerusi Majlis
Analisis STAM 2015
Rabiatul Adawiyah (Jayyid Jiddan)
Izzati Nadhirah (Jayyid Jiddan)
Adib Akmal (Jayyid Jiddan)
Aisyatul Syasya (Pelajar Terbaik MUET dengan pangkat Band 4)
Muhamad Zulfakar (Band 3)
'Afina Rahmat (Band 3)
Pihak sekolah menganugerahkan Anugerah al-Bukhari kepada Noorhidayani binti Misman (kiri) dan Noorhidayati binti Misman (kanan) atas kejayaan mereka dalam STAM 2015.
Bergambar bersama pasangan adik beradik kembar cemerlang
Memeriksa keputusan
Mengambil sijil
Antara pelajar perempuan yang hadir
Muhammad bin Noh, menunjukkan sijil MUET yang diperolehinya.
Izaz Izzuddin, bersama calon STAM SAMTSSAAS Bt 38, Abd Hadi Rahman
Alhamdulillah, lulus mereka semua.
(Dari kiri) Rabiatul Adawiyah dan Sheiba Najiha, kawan semeja di 6 Syafie saat mendalami STAM tahun lepas berjaya meraih pangkat Jayyid Jiddan sama-sama.
Membincangkan keputusan bersama Ustaz Khairil
Majlis bersurai

P/S: Tahniah diucapkan kepada semua calon STAM SAM Muhammadiah Pekan Sabak bagi tahun 2015 yang berjaya dengan keputusan masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar STAM SAMMPS atas mendidik kami tanpa jemu melayan karenah kami. InsyaAllah, kita bertemu nanti dalam Hari Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Graduasi SAMMPS 2016.

You Might Also Like

0 ulasan: