Langkah Tercipta

(Cerpen ini telah dihasilkan pada tahun 2011 tak silap dan kini dipost dan diolah semula untuk bacaan semua, sebab aku tahu, ramai yang tak tahu kan kewujudan cerpen ini. Hahaha. Cerita ini hanya rekaan semata-mata, bukan kisah benar. Mana tahu orang duk kata jiran aku teruk, mana ada, beragak sikit!

Maaf andai ayat tak matang pada certain part, macam aku kata, cerpen ini old seasoned punya. Tak sebombastik SPM. Ambil kisah, ambil teladan, ambil ibrah!)


“Nora cakap Nora taknak, Nora taknaklah!”

Kedengaran suara dari rumah Encik Arif. Lantang. Menarik perhatian aku yang sedang berteleku menghadap komputer.

“Lagipun, pakai benda ni tak trendy langsung.Nanti orang cakap, Nora ni berlagak alim, berlagak solehah, Nora tak nak!” Suara itu memecah kesunyian lagi. Ku amati perlahan.

Aku amat kenal sekali suara itu. Itu suara anak perempuan Encik Arif iaitu Nora. Masih lagi belajar di universiti tempatan. Tapi, sayangnya, dia selalu keluar malam dan balik lewat. Bukan untuk mengaibkan, kerana itulah realitinya bibir kawasan kejiranan aku yang sering memperkatakannya. Tanpa sedar, Nora seolah menconteng arang ke muka mak abahnya.

Aku pun mengintai dari tingkap. Apabila aku melihat keluar, aku segera memalingkan mataku dari melihat lama. Sakit bukan memandang keseksian? Seksi itu seksa. Malam itu, masya-Allah, Kak Nora mendedahkan rambutnya,memakai pakaian yang ketat dan berkain pendek.


            “Nora, dengarlah cakap mak. Kalau kau pakai tudung, sekurang-kurangnya keselamatan kau terjamin.” rayu ibunya lagi. Aku berasa kasihan melihat seorang ibu meyelamatkan anaknya daripada dosa itu. Kak Nora langsung tidak mempedulikan apa yang dikata oleh ibunya itu lalu terus keluar dari rumahnya.

Aku hairan. Memandang dan mengenang dunia yang semakin lari dari lumrahnya. Tertanya, mengapa kaum Hawa menganggap tudung sebagai ‘trend yang lapuk’ dan ketinggalan zaman? Adakah semakin moden dunia, semakin tudung itu dilupakan? Bukankah perempuan itu perhiasan dunia, dan perhiasan kena dijaga dengan elok agar tidak di‘ragut’ dan di‘curi’? Aku pun menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Kak Nora itu dan kembali fokus ke arah kerjaku.


         Keesokan harinya,ketika aku sedang menonton televisyen, telingaku menangkap suara dari rumah Encik Arif lagi. Getus aku dalam hati, apa lagi masalah yang dibuat oleh Kak Nora lagi?

“Nora, kau sungguh biadab dengan ibu kau!” kata Encik Arif dengan nada yang marah.

“Tak gunalah bersopan dengan mak kalau mak sendiri tak bersopan dengan Nora.Lebih baik Nora tiada mak dari ada!”

Astaghfirullahal Azim. Istighfar menyahut sapaan terkejutku mendengar pernyataan itu. Sanggup kak Nora berkata sedemikian kepada ibubapanya. Aku pun tidak tahan untuk mendengarnya. Kelihatan kak Nora sudah keluar dari rumah dengan muka geram. Aku pun tak faham dengan perangainya sejak dia mula bercinta dengan seorang pemuda yang cukup aku kenal. Pernah sekali pada waktu malam, dia selalu menjemput kak Nora di depan rumahnya. Tak silap aku, namanya Hashim Ismail ketika aku semak di Facebook. Kacak tapi kuat merokok, berjudi sudah seperti ibadah, membawa anak dara orang tanpa sempadan. Aku hanya mengucap istighfar dan berdoa agar kak Nora dan kekasihnya tidak melakukan perkara yang dibenci Allah dan sedar akan kekhilafannya itu.


            Pada waktu petang, aku selalu berbasikal di kawasan perumahanku. Selalu ada adikku, Amirah tetapi dia sedang menuntut ilmu di SAM Rawang sana. Setiap kali hendak keluar, aku ingatkan dia agar menutup aurat pada seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua telapak tangannya.Tidak kiralah sama ada dia hendak melawati jiran sebelah. Normal la, aku abang sulung, kenalah menjaga dan memelihara adik aku sendiri. Aku pun meronda-ronda di sekitar kawasan perumahanku. Ketika aku berbasikal, tiba-tiba aku mendengar seseorang menangis di celah-celah pokok itu. Aku pun menghampirinya dan mendapati Kak Nora sedang mengelap airmatanya dan duduk di bawah pokok yang rendang. Aku pun menegurnya.


“Assalamualaikum…” tegurku. Dia membisu.


“Kak, dalam al-Quran, Allah S.W.T. ada berfirman yang bermaksud:


Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

(Surah An-Nisa : ayat 86)


“Waalaikumussalam. Oh, Mirul. Maaf. Akak tertekan.” katanya sambil menyapu airmata yang mengalir perlahan daripada kedua belah matanya.


“Kenapa Kak Nora menangis?” kataku sambil duduk di atas basikal.


“Entahlah, Mirul. Akak pun tak faham dengan life akak. Kadang-kadang akak bertanya kpd diri akak sendiri, kenapalah akak tidak segembira orang lain?” katanya dengan suara tersekat-sekat.


“Kak, dalam al-Quran pun Allah ada firman yang maksudnya:


Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.

(Surah an-Najm : ayat 43)


“Kau ni, Mirul. Sampai ke sini membawa aura Pencetus Ummahnya. Aduh.” Belum sempat kak Nora menghabiskan ayatnya, aku menyampuk.


“Apa akak ni cakap macam tu? Saya bukannya motivator nak bagi ayat indah-indah puitis-puitis ke apa atau kaunselor yang pandai pujuk orang, kak. Saya hanya insan biasa, bergelar pelajar membawa imej agama.”


“Hah,apa-apa sajalah. Aku tahu kau alim, jadi, tak payahlah kau nak dalil tu, dalil ni. Rimaslah. Aku tahulah kau sekolah agama yang terbaik di Malaysia. Tak payahlah nak berlagak alim sangat.” kata Kak Nora seolah-olah aku mempergunakan ayat al-Quran untuk popularitiku.


“Bukan apa kak tetapi Allah S.W.T ada berfirman yang bemaksud:


Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Allah itu Maha Kaya lagi Maha Penyantun.

(Surah al-Baqarah : ayat 263)


Kak,saya bukan menggunakan kelebihan saya itu untuk berlagak tetapi menjadikan pedoman di dunia dan di akhirat kelak.” terangku. Apabila seseorang mengatakan aku bangga dengan ayat al-Quran, aku terasa terhina kerana menggunakan al-Quran untuk mem‘popular’kan diriku. Seharusnya, kita menggunakan agama untuk kita meneladani diri kita ke arah yang lebih baik. Mungkin juga akhir zaman di mana manusia berlumba-lumba berbuat kebaikan dan menggunakan agama untuk kemasyhuran. Mudah-mudahan, Allah menjauhkan aku dan kita semua daripada bahana agama untuk dunia.

Dia membisu seketika. Aku hanya memandangnya sekilas. Masih lagi dia terpana dan meratapi masalah yang membelenggu dirinya. Aku bukan nak jaga tepi kain orang. Tetapi, aku bukannya ingin menyibuk dalam halnya, tapi kalau ada masalah kenalah tolong.


“Kak,apa masalah yang akak alami sehinggakan akak menangis?” soalku. Aku bukan hendak menjaga tepi kain orang tetapi hendak membantu.


“Akak clash dengan Hashim. Ada ke dia tuduh akak pisau cukur, berkawan dengan dia semata-mata nakkan harta? Sedih akak tau.” katanya.

Benarlah kata Allah S.W.T yang bermaksud:


Fitnah itu lebih besar bahaya daripada pembunuhan.

(Surah al-Baqarah : ayat 191)


“Normal la tu, kak. Kadangkala akak kena tengok hikmah daripada apa yang berlaku semua ini. Ujian kadangkala menyedarkan kita daripada hanyut dan terkapai jauh. Manusia sekarang kena alert dengan ancaman sepertimana yang akak lalui. Apatah lagi, skop hubungan ni. Memanglah Allah S.W.T ada berfirman:


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah al-Hujuraat : ayat 13)


Tapi, bukan dengan cara bercouple. Realiti orang bercouple ini sebenarnya tak bawa masa depan langsung. Saya kadangkala hairan dengan remaja yang menganggap couple ini merupakan cara untuk memulakan jinjang perkahwinan. Salah tu. Janganlah kita percaya yang couple itu asas perkahwinan atau perhubungan yang istimewa. Selalunya couple ini kebanyakkan mendorong iman kita rosak, kehidupan semakin terasak-asak dan kalau clash, kita menangis teresak-esak. Belum apa-apa, masalah bersesak-sesak dalam kehidupan, belum lagi cerita pasal kahwin.

Banyak kita dengar cerita yang perempuan yang diclashkan dengan boyfriendnya nak bunuh diri. Haaaa, itu tiada iman namanya tu. Kalau mati pun masa itu, tak dapat tau ‘tiket’ masuk syurga. Malah, senang je tempah neraka. Kalau nak cara yang selamat, kita amalkan prinsip ‘No couple before  nikah’. Barulah Iman dan Islam kita terjaga.” kataku dengan panjang lebar.


“Ya.Akak faham semua itu.” katanya ringkas tetapi tidak memuaskanku.


“Cuma, satu saja yang saya nak tanya.Akak pernah terlanjur dengannya?” soalku tegas. Memang ambil tindakan berani tanya soalan macam itu. Membunuh orang kata. Bila aku tanya macam itu, mukanya tidak keruan dan runsing seperti risau.

“Jangan risau.Your secret is my secret.I not tell anyone.I promise.” sambungku lagi.


“Tidak.Kami tak pernah melebihi batas. Buat malu keluarga la Mirul buat macam tu.Kami sekadar simple saja.” katanya. Aku melepaskan nafas lega. Yalah, selalunya kes buang bayi ada sebahagiannya ada kena-mengena dengan couple. Selain daripadanya seperti tak nak anak.


 “Baguslah, tapi simple pun tak boleh juga kak. Sebab Allah kata:


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

(Surah al-Isra’ : ayat 32)


Ini bukan saya yang suruh, ibubapa atau sesiapa pun tetapi Allah.” kataku.


“Tapi,Mirul.Kalau bab manja dengan boyfriend, tak salahkan?” soal kak Nora seperti minat dalam bab agama.


“Maksud akak?” Aku kurang mengerti tentang persoalan yang dinyatakan.


“Macam pegang-pegang, cium tangan macam tu.Ok ke?”


“Astagfirullahal Azim. Salah tu. Itu pergaulan secara bebas. Haram berpegang yang bukan mahram. Dosa tu. Kalau orang nampak kita buat benda itu, imej kita jatuh, jangan kata imej kita, kan kita bawa nama Islam, so, secara automaticnya, imej Islam yang sepatutnya terpelihara dalam diri kita hancussss, maruah kita pun confirm rosak dan akan dipandang hina oleh masyarakat. Kita kenalah juga menjaga ‘pantang-larang’ juga. Kalau nak bercinta, bercintalah kerana Allah sebab cinta Allah itu sweet dan indah. Dan kalau kita bercinta semata mata mengharap keredhaan Allah, kita akan fikirkan nikah baru berchenta. Tapi, sekarang, kita kena jaga tatasusila, akhlak islamiah yang sedap dipandang orang.” terangku. Kak Nora diam membisu.


“Akak,akak tak terfikir nak insaf?” soalku sambil memandang wajahnya.


“Insaf. Buat apa nak insaf. Awal lagi kot. Muda lagi. Fun la dulu. Tunggu la bila dah nak mati.” katanya seolah-olah hidupnya masih panjang lagi.


“Akak, kita mana tahu ajal kita sampai bila.Entah-entah, 34 saat nanti, akak meninggal kat sini ke, manalah tahu. Cuba tengok masa orang main bola tu, ada yang dah kena tarik nyawa. Apa lagi...banyak kak peristiwa yang cukup membuktikan yang mati itu bila-bila sahaja.” kataku. Dia hanya membisu. Aku tidak berpuas hati sebab rasa macam berckap dengan rantai basikal pun ada, tetapi aku anggap ini sebagai ujian untuk kita berdakwah.


“Kak,dengar cakap saya. Insaflah, kak. Kita buat perubahan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan  yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Ra’d,ayat 11)

Kita buat transformasi. Pintu taubat sentiasa terbuka. Allah s.w.t. sentiasa memberi kita peluang kedua dan peluang yang tiada penghujungnya untuk kita kembali kepadaNya. Kita kena beruntung sebab apa, sebab Allah dah beri kita peluang dan Allah telah melorongkan jalan dan petunjuk ke arah yang lebih baik. Jangan fikir kita dah berdosa besar dengan Allah, Allah takkan maafkan kita, Allah terus ‘sumbat’ kita dalam neraka. Tidak! Allah itu Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Kita kena sedar yang kita bukannya hidup lama di atas muka bumi ini. Allah menciptakan kita untuk mengabdikan diri kepadanya, jadi khalifah di muka bumi. Allah ada berfirman yang maksudnya:

Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-An’am : ayat 165)


Jadi, tiba-tiba kalau akak mati selepas ini tanpa bertaubat, wallahualam saya katakan. Mulai sekarang, saya pohon akak jagalah diri. Jangan sampai kita mati dalam keadaan tidak beriman.” sambungku lagi dengan panjang lebar.Aku lihat Kak Nora menangis keinsafan.


“Akak minta maaf,Mirul…” katanya dengan sebak.


“Jangan minta maaf dengan saya. Minta maaf dengan Yang Maha Pemaaf. Dah. Kita buka lembaran yang baru. Akak balik rumah, sucikan diri dengan air wudhu’ tapi lebih afdhal akak mandi wajib sebgai permulaan hijrah, sucikan hati dengan zikrullah. Allah ada berfirman tentang zikrullah yang bermaksud:


Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(Surah ar-Ra’d : ayat 28)


Insya-Allah,hati akak akan menjadi tenang.” kataku.


“Mirul,akak banyak kurang ajar dengan orang tua akak. Akak banyak dosa dengan mereka. Akak takut kalau ibubapa akak taknak memaafkan dosa akak.” katanya tersedu-sedu.


“Kak, jangan fikir macam itu. Kita ambil secara positif. Akakkan anak mereka, darah daging kita. Takkanlah mereka sanggup tak memaafkan anak mereka sendiri?Anak mereka yang mereka tatang bagai minyak yang penuh? Anak yang diberikan susu ibu yang halal oleh mereka? Takkan. Macam ni sajalah. Akak pohon kemaafan dengan mereka secara baik. Insya-Allah, mereka confirm akan memaafkan mereka.” kataku.


“Oklah, jom kita balik. Hari nak senja.” katanya sambil menyapu airmata yang mengalir dari matanya.


Kami pun meninggalkan tempat itu dan pulang ke rumah apabila menyedari hari mula diselaputi senja. Kak Nora pulang dengan harapan yang baru, hati yang baru, diri yang baru dan semuanya yang baru. Dia mula berhijrah dari lubuk dosa dan nista ke lubuk yang diredhaiNya.


Kadangkala kita tak sedar akan kesilapan kita tapi ingatlah tanggungjawab yang Dia berikan kepada kita. Dan tanggungjawab kita adalah untuk memberi kesedaran dengan berhemah akan kemungkaran yang kita lihat. Bukan sekadar jauh dari mata tetapi hatinya kita tak sentuh dengan hidayah. Salah. Aku bersyukur kerana Kak Nora mula menciptakan langkah ke jalan kebenaran dan meninggalkan jauh berbatu-batu jalan kegelapan yang disukai Syaitan Laknatullah.


Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Surah al-Baqarah : ayat 168)


Pernah satu hari, bekas kekasihnya, Hashim ingin menjadi kekasihnya semula tetapi kak Nora tidak mahu. Dia inginkan pasangan hidup yang akan memimpinnya ke jalan yang benar. Imam bak kata orang Islamik sekarang. Dia tidak mahu memilih ‘produk’ yang belum siap. Dia nakkan lelaki yang ‘pakej’nya lengkap, bukan ‘memandunya’ ke jalan yang salah dan gelap. Baguslah kalau begitu kerana Allah S.W.T. ada berfirman yang maksudnya:


Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah al-A’raf : ayat 200)


Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.

(Surah an-Nisa’ : ayat 120)

                       

************************

Di suatu malam yang syahdu lagi mengindahkan...

“Bang, saya dengar ada orang baca al-Quranlah. Indah dan lunak betul.” kata ibu kak Nora yang mendengar seseorang membaca al-Quran dengan merdu.


“Yalah. Siapa yang baca? Nora ke baca? Kalau Nora, harapanlah saya rasa.” kata Encik Arif.


“Abang ada pasang ke kaset ayat al-Quran?” soal ibu kak Nora.


“Kasetnya ada, pasangnya tiada.” soal Encik Arif.


“Saya check dulu ya.” kata ibu kak Nora lalu turun ke bilik kak Nora.

Setelah masuk ke dalam bilik kak Nora, kelihatan kak Nora sedang membaca al-Quran dengan bertelekung. Ketika itu jugalah, air mata ibunya mengalir melihat anaknya itu yang sudah kembali ke jalan yang lurus. Yalah, firman Allah S.W.T. yang bermaksud:


Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikian Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjuk dan hidayahNya.

(Surah ali’-Imran : ayat 103)



************************

Malam itu,aku seperti biasa online dan membuka laman web sosial Facebook. Aku terkejut kerana gambar kak Nora yang tidak menutup aurat itu diganti dengan wajahnya yang menutup aurat. Ramai juga yang komennya seperti ‘sejak bila kau jadi ustazah’, ‘kenapa berlagak alim’ malah ada juga yang menyindirnya dengan kata ‘baru balik dari Mekah ke?’. Namun,segala komen itu dijawab kak Nora dengan stu jawapan.Jawapan yang memuaskan. ‘Aku tutup aurat kerana itu suatu tanggungjawab dan aku ikhlas melakukannya kerana Allah.’ Benar katanya.Lagipun, dalam al-Quran, Allah S.W.T. ada berfirman yang bermaksud:


Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri orang-orang Mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh badan mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah al-Ahzab : ayat 59)


Allah juga menegaskan kepada kaum Hawa yang bermaksud:


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An-Nur : ayat 31)


Keesokan harinya, aku pun bertemu dengan kak Nora. Penampilan kak Nora berubah.Dia mengenakan baju kurung yang labuh dan tudung yang labuh. Dia tidak kisah orang hendak memanggilnya apa tetapi asalkan dia mematuhi apa yang disyariatkan kepadanya. Dia pun sudah menghormati ibubapanya.Ibubapanya pun terkejut dengan sikap kak Nora yang berubah 100% itu. Lagipun,dia sentiasa ingat firman Allah yang aku beri kepadanya iaitu:


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

(Surah al-Luqman : ayat 14)


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Surah al-Isra' : ayat 23)




"Mirul."

Aku memandang Kak Nora.

"Akak nak ucapkan terima kasih sebab bantu akak. Kalau tak, akak pun tak tahulah apa jadi dengan hidup akak ini." katanya perlahan.

"Saya hanya wasilah daripada Allah untuk akak berubah." senyumku perlahan.

Akhirnya, kehidupan kak Nora kurasakan hidupnya diberkati dan diredhai Yang Maha Esa. Aku tidak menyangka kata-kataku telah mengetuk pintu hatinya untuk melalui jalan kebenaran. Sesungguhnya aku sudah melakukan tanggungjawabku untuk menyebarkan umat Islam dan memperbetulkannya. Seperti komputer juga. Kalau rosak, kita baiki. Kalau kena virus, kita pasang antivirus agar komputer kita dilindungi. Peristiwa itu akanku jadikan pedomanku untuk melalui dan menghadapi kehidupan yang penuh ranjau ini.

Hidup, bukan hanya meramaikan pendakwah, tetapi sejauh mana kita bawa dakwah itu. Andai berjuta pendakwah hanya berdakwah kepada masyarakat yang sudah masak didakwah tapi yang belum didakwah masih terpinga dan kehausan dalam mengharapkan dakwah, sayangnya, kita masih lagi gagal dalam berdakwah. InsyaAllah, kita doakan agar kita menjadi sebenar-benar pendakwah dan memotivasikan orang dengan cara berdakwah.

TAMAT

Ulasan

Catatan Popular