Aku Bukan Siapa-Siapa, Kawan


Dulu, kita sama-sama bercita-cita menjadi seorang yang berpelajaran
Kita berhajat nak sama-sama panjat menara gading menempa kejayaan
Kadang aku tertinggal kau ke depan
Kadang aku gagal kau meraih kejayaan
Tetapi kau tak pernah lupakan aku yang selalu kekecewaan
Kau kuatkan aku dengan kawan-kawan kita yang lain
Kau bantu aku agar sama-sama bersaing
Kau marah aku, kau peringatkan aku saat aku kealpaan
Terima kasih, kawan.

Yalah, aku ini bukan siapa-siapa
Bukan artis untuk kau puja
Bukan menteri untuk kau hormat dan sekata
Aku hanya orang biasa
Macam kau
Eh, kau lain, kau tak macam orang lain
Kau berbeza
Kau orang bijaksana, kau orang yang ada bakat
Kau ada cita-cita kau sendiri
Kau ada macam-macam
Tak macam aku
Aku rasa kelebihan aku kacak sahaja, eh.

Tapi tidak mengapa
Seperjuangan kita melangkah
Tak pernah kau biarkan aku rebah

Tapi kini
Kita takkan macam dulu lagi
Kita akan berpisah, mungkin kau aku tak kisah
Sebab masa depan kita ditentukan Allah
Tetapi kita merancang agar semuanya cerah
Berdoa agar kejayaan mengiringi langkah
Kau akan masuk certain university matrikulasi dan sebagainya
Kau akan ambil course sesuai dengan apa yang kau cita

We never be like past
But don't forget me in present
Tapi, aku tak marah, tak benci kau pun kalau kau lupa aku
Sebab macam aku cakap tadi
Aku bukan siapa-siapa
Aku cuma... kawan.

*******

Hei, kau.
Aku masih ingat kau lagilah
Jangan fikir aku lupakan kau pula
Kau lupa ke kau yang selalu cakap aku inspirasi kau?
Kau lupa ke kau yang tackle perhatian aku untuk berkawan dengan kau?
Kau ingat aku boleh lupa perangai gila-gila kau, Mirul?
Kaulah kawan paling peliklah juga
Yalah, kau ni multifunction.
Tak pernah tak aktif
Cuma janganlah terlalu aktif sampai terabai yang paling important, tau?
Jangan sedih, kuatkan usaha

Kau kena tempuh dunia baru, tahu?
Kau dah kena belajar kenal dunia yang baru
Kau kena bersedia untuk menjadi dewasa eventhough kau tak bersedia lagi
Kau kena berjalan terus tak boleh patah belakang
Anggap apa yang kita lalui selama ini adalah past
Dan barangkali kalau Allah takdirkan in present, kita semua akan bertemu
Kawan sekelas kita semua, kawan satu sekolah kita
Tak mustahil kan
Itu namanya jodoh kita masih kuat
Bukan jodoh dengan cinta tapi jodoh dengan sahabat dan kawan

Senyumlah
Hadapi masa depan dengan tenang
Ya, aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kau
Aku sebagai kawan aku hanya tolong kau
Kau tak mampu menongkah sendirian, kawan
Even Nabi Muhammad kita pun memperjuangkan Islam bersama sahabat
Inikan pula kita yang merasa berseorangan pun dah cukup kuat

Kuatkan hati, cekalkan semangat
Aku pun macam kau, macam orang lain
Macam individu yang baakl kau jumpa lepas ini
Jangan pernah menyerah
Kau ingat kan anologi kompas kau yang kau pernah cerita dekat aku?

Aku dan kau kompas, kalau kau guna aku, kau pandu aku ke tempat yang betul
Kalau aku guna kau, aku pula akan pandu kau ke tempat yang betul
Jadi, aku takkan lupakan orang yang pernah guide aku ke sesuatu yang baru
Even kau hadir dalam hidup aku sebagai seorang kawan
Tapi kau ajar aku macam-macam
Be proud, babe sebab kau dah happykan aku dan kawan-kawan yang lain
Yang dah jauh sebatu dua daripada kau
Yang dah mula mengorak masa depan yang cemerlang

Jumpa nanti, tau, kawan
Aku pun macam kau juga
Aku bukan siapa-siapa, kawan

*******

Terima kasih kau yang bergelar kawan
Jumpa kita nanti di masa depan
Berjayakan hidup, tahu?

Entry ini diterbitkan sempena lima tahun penubuhan channel rasmi YouTube aku. Bila aku skrol balik dekat channel itu, aku tengok betapa banyaknay kenangan aku dan kejayaan kita semua. Moga itu semua menjadi saksi bahawa persahabatan kita biar jauh di mata tetapi dekat di hati, terpahat dalam diari life aku. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014