Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Aku Bukan Siapa-Siapa, Kawan

Imej
Dulu, kita sama-sama bercita-cita menjadi seorang yang berpelajaran
Kita berhajat nak sama-sama panjat menara gading menempa kejayaan
Kadang aku tertinggal kau ke depan
Kadang aku gagal kau meraih kejayaan
Tetapi kau tak pernah lupakan aku yang selalu kekecewaan
Kau kuatkan aku dengan kawan-kawan kita yang lain
Kau bantu aku agar sama-sama bersaing
Kau marah aku, kau peringatkan aku saat aku kealpaan
Terima kasih, kawan.

Yalah, aku ini bukan siapa-siapa
Bukan artis untuk kau puja
Bukan menteri untuk kau hormat dan sekata
Aku hanya orang biasa
Macam kau
Eh, kau lain, kau tak macam orang lain
Kau berbeza
Kau orang bijaksana, kau orang yang ada bakat
Kau ada cita-cita kau sendiri
Kau ada macam-macam
Tak macam aku
Aku rasa kelebihan aku kacak sahaja, eh.

Tapi tidak mengapa
Seperjuangan kita melangkah
Tak pernah kau biarkan aku rebah

Tapi kini
Kita takkan macam dulu lagi
Kita akan berpisah, mungkin kau aku tak kisah
Sebab masa depan kita ditentukan Allah
Tetapi kita merancang agar semuanya cerah
Berdoa agar kejayaan m…

Majlis Pengumuman dan Penyampaian Keputusan STAM SAMMPS 2015

Imej
SABAK BERNAM, 21 JANUARI - Bagaikan dapat diramalkan, Noorhidayati binti Misman, bersama adik kembarnya, Noorhidayani binti Misman diumumkan berjaya meraih pangkat Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 ketika Majlis Pengumuman Penyampaian Keputusan STAM SAM Muhammadiah Pekan Sabak, hari ini.
Majlis yang dijalankan di Bilik Gerakan SAMMPS itu dimulakan pada jam 10:30pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Jaafar bin Mohd Shodek seterusnya disempurnakan lagi dengan kehadiran Puan Saniah binti Darus, selaku wakil Pengetua. Majlis ini juga berjaya menyelesaikan teka-teki perjuangan calon-calon STAM 2015 sekolah ini dengan menyaksikan seramai 49 orang calon STAM 2015 lulus dalam kesemua sepuluh subjek wajib yang diambil dalam peperiksaan awam tersebut.
Mengikut analisis yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah, jumlah calon yang mengambil peperiksaan STAM bagi tahun 2015 adalah seramai 55 orang. Pada tahun ini, keputusan menyaksikan seramai 16 orang mendapat pangkat Jayyid…

Langkah Tercipta

Imej
(Cerpen ini telah dihasilkan pada tahun 2011 tak silap dan kini dipost dan diolah semula untuk bacaan semua, sebab aku tahu, ramai yang tak tahu kan kewujudan cerpen ini. Hahaha. Cerita ini hanya rekaan semata-mata, bukan kisah benar. Mana tahu orang duk kata jiran aku teruk, mana ada, beragak sikit!

Maaf andai ayat tak matang pada certain part, macam aku kata, cerpen ini old seasoned punya. Tak sebombastik SPM. Ambil kisah, ambil teladan, ambil ibrah!)

“Nora cakap Nora taknak, Nora taknaklah!”
Kedengaran suara dari rumah Encik Arif. Lantang. Menarik perhatian aku yang sedang berteleku menghadap komputer.
“Lagipun, pakai benda ni tak trendy langsung.Nanti orang cakap, Nora ni berlagak alim, berlagak solehah, Nora tak nak!” Suara itu memecah kesunyian lagi. Ku amati perlahan.
Aku amat kenal sekali suara itu. Itu suara anak perempuan Encik Arif iaitu Nora. Masih lagi belajar di universiti tempatan. Tapi, sayangnya, dia selalu keluar malam dan balik lewat. Bukan untuk mengaibkan, kerana itula…