#Momento2015: Kem Kepimpinan dan Bina Insan SAMMPS 2015 (Day 2)

6:08 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, post ini disambung buat kesekian kalinya untuk hari kedua cabaran para peserta Kem Kepimpinan dan Bina Insan SAMMPS 2015 pada 12 September 2015 hari kedua. Berikan tepukan. (Dah macam program The Amazing Race lagaknya)

Baiklah, aktiviti mereka seacah-acah PLKN untuk hari kedua ini tetapi yang pentingnya, mereka happy, satu. Kedua, suatu adventure buat mereka. Ketiga, kau tanyalah mereka. Tanpa membuang masa dan bicara, ayuh kita izinkan gambar berbicara untuk hari kedua (last day and last post about this program) ini, silakan menthrowback.

ATTENTION! SPOILER ALERT!

DAY: 12 SEPTEMBER 2015 (SABTU)

Pagi-pagi sudah pekena kolam renang. Kemain.
Para peserta sudah bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya.
Encik Bakri mencelup tangannya ke dalam bekas berisi lumpur. Pasai apa pula?
Untuk dijadikan 'krim pencerah muka' buat depa. Kesian. Cabaran sangat ini.
Kasi lumpur itu Rauf.
Para guru memerhatikan mereka yang sedang mandi lumpur.
Tiada seorang pun terlepas, semua kena.
Dah kena lumpur, kena redah parit pula!



Habis keruhnya lagi air parit itu.
Kemain enjoy mereka yaaaa.
Hilang seri wajah tapi mereka peduli apa, cabaran yop!
Kini, mereka bersedia untuk cabaran melatih stamina diri.
Kasi redah dan terjah! Ekstrem!
Jangan sekerat jalan, gelongsor ajar pembentung itu.
Kerjasama sepasukan menjaga langkah.
Sokongan tidak putus.
Come on, you can do it! Kipidap!
Redah 'pagar tali' itu, jangan sampai kena!
Askar wanita cuba melepasi cabaran 'pagar tali' ini.
Kambing.
Redah, Amin. Jangan stop!
Sambut si Aiman jangan terjatuh sudah!
Tu dia, sambut yang berjaya suksesnya!
Nice, disembur air bersihkan segala selut lumpur yang ada.
Lelaki mandi sungai aje.
Kasi sental segala lumpur dan daki itu, boys!
Candid satu kali.
Encik Bakri mengambil bahagian dalam menyembur gadis-gadis ini.
Tu dia, seni fotografi. Tak sakit kan air kena muka?
Fresh kemain selepas mandi.
Nak juga kena sembur.
Kembali ke base.
Bersedia untuk majlis penutupan.
MC dah bersedia untuk memulakan majlis.
Isi testimoni dahulu.
Antara yang hadir; (dari kiri) Encik Bakri, En Khalilullah, Pengerusi PIBG dan Puan Aisyah Mujab, PK Pentadbiran.
Mendengar ucapan Penghulu, Ashraf Mustaqim
Terima kasih, Penghulu kerana menjaga anak buah.
Selamat tinggal, Sungai Limau Resort.
Alhamdulillah, mereka berjaya (dah lama dah) menamatkan kem ini sebaik mungkin. Apapun, syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kem ini sebaik mungkin. Bagi mereka yang mungkin mahu mencuba Sungai Limau Resort, harapan agar post ini dan sebelumnya telah menjadi review buat anda untuk mencuba dan menilai. Berharap agar progarm ini dapat diteruskan untuk pelajar yang akan datang sebagai suatu motivasi dalam diri mereka, insyaAllah.

#Momento2015 berehat setakat ini. InsyaAllah, akan bersambung dengan kisah lain yang menarik dan (mungkin anda) sebahagian daripada kenangan yang telah aku menjadi saksi.

0 ulasan:

#Momento2015: Kem Kepimpinan dan Bina Insan SAMMPS 2015 (Day 1)

4:26 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, ada juga masa untuk aku update blog yang bersawang dan semakin lama semakin terabai dek pelajaran yang perlu difokuskan dan kerja-kerja khidmat masyarakat dan plan masa depan yang tersusun rapi. Now, it's time for me untuk men'campak belakang' segala memori atau bahasa (acah-acah) hipsternya, momento. Untuk #Momento2015 kali ini, aku nak membawa korang untuk menelusuri sebuah program di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Oh, sedihnya nak 'habaq' yang 'cheq' dah officially ex-SAMONErs dah sekarang. Dah bergelar alumni. (Emoji airmata setitik keluar daripada mata) Tak apalah, zaman persekolahan 'guwa' sudahpun berakhir. Baiklah, back to the topic, please.

Seperti biasa, untuk program yang diberi 'judul' Kem Kepimpinan dan Bina Insan SAMMPS 2015 yang mana melibatkan orang-orang penting dalam SAM Muhammadiah ini, seperti Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Exco Asrama daripada tingkatan 2 hingga 5. Bertempat di Sungai Limau Resort, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. 'Idok lerrr' jauh mana tetapi experience mereka di sini (dan juga aku yang menangkap gambar 'depa' ini) merupakan experience yang mereka (dan aku) tak akan dapat kutip di mana-mana. Really rare, bak kata orang putih.

Sungai Limau Resort
Memandangkan kisah ini (eventhough dua hari sahaja iaitu 11 September dan 12 September 2015 hari Jumaat dan Sabtu, tetapi) amat panjang, maka aku singkatkan dan concludekan dokumentasi kem ini kepada Hari 1 dan Hari 2. Mari sama-sama hayati dan (buat mereka yang merindui gambar hasil tangkapan aku yang 'acah-acah ohsem' ini. Cettt!) biarlah gambar bercerita segala. Ayuh, mulakan cerita!

DAY: 11th SEPTEMBER 2015 (Jumaat)

Bersiap sedia untuk bergerak ke pantai
Ecehhhh happy dia ni. On the line, please, jalan tu.
Haaa yang papan tanda kuning tulah lokasi mereka menginap dan adventure kami bermula. Ini baru nak masuk lorong kecil ke pantai.
Time ni, jerebu dah mula manja-manja datang ke Malaysia. So, sorrylah kalau gambar little bit hazy.
Memancing di pesisiran pantai
Angin bertiup kencang dan semua dirasuk perasaan amazed.
Baik-baik turun tu jangan ada yang terkehel terjatuh pula.
Kasi candid satu kali, boys!
Praktis dulu cari remis.
Dengar abang komando dulu beri arahan untuk berteamwork dalam mencari remis.
Kak, kasi tutorial ini gadis dalam mencari remis.
Gali jangan tak gali. Cari jangan tak cari.
Meremis di pasiran pantai.
Apa yang penting, kerjasama.
Mengemis remis bersama-sama.
Sea scenery.
Tu dia bersusun semua cari remis.
Amboi, happy Nabilah dan Syafiqah mencari remis.
Daripada tadi aku duk sebut remis, bagi yang tak tahu remis tu 'natang mende', haaa inilah bentuk dan wajah remis itu.
Ikan belacak di atas batu.
Jerebu jerebu juga, moh candid.
Mengumpulkan semua remis yang sudah dicari dan dikutip untuk bersedia balik ke resort.
Kenangan manis tahap potong kaki dalam mencari remis buat mereka.
Swag 'cikeddddd', semua.
Setelah sepetangan mencari remas, isi perut untuk dinner.
Semua dah macam menanti detik berbuka ya menatap juadah yang memang menguji selera itu.
Syazwan Rusydi selaku Imam tampil mengetuai bacaan doa makan.
Manjanya Muaz disuap Zaki; suapan persahabatan.
Tu dia berehat mereka dalam bilik penginapan.
Azan Maghrib berkumandang
Selesai Isyak, mereka dimotivasikan oleh owner resort ini, Encik Bakri.
Tekun mendengar semuanya.

Kasi tiup belon itu sampai pecah!
Kena denda menyelam peserta lelaki ini dalam kolam yang memang sejuk gigil!
Rendam kepala mereka!
Peserta perempuan sebahagiannya tidak terkecuali
Kemain semua kelaparan selepas berendam dalam kolam. Sejukkk.
Nightwalk mereka tanpa cahaya.
Meredah parit yang besar.
Muaz dan Ashraf tampil memberikan bantuan dan sokongan.
Redah parit itu, hati-hati, licin.
Setelah selesai aktiviti nightwalk dan meredah parit, mereka pun kembali ke resort untuk mendapatkan bantal dan tilam masing-masing sebagai persediaan hari berikutnya.
Itulah dia rangkuman sepanjang seharian mereka mengexplore sekitar Sungai Limau Resort yang mencabar mentaliti dan fizikal serta semangat kerjasama yang jitu dan ampuh dalam menjayakan aktiviti yang disediakan.

Nantikan Hari Kedua dalam kem ini dalam #Momento2015 berikutnya.

Sebelum mengakhiri entry, terdapat sebuah gambar yang mencetuskan pelbagai spekulasi bagi mereka yang sudah melihatnya. Gambar ini ditangkap ketika mereka menjalankan aktiviti nightwalk sebelum meredah parit.


Anda rasa apakah 'benda' yang 'bersandar' di pokok itu? Pada firasat mereka, mereka merasakan itu adalah dahan kayu atau batang pohon tetapi melihatkan kepada bentuknya nampak ianya tidak bercantum dengan pohon itu. Jadi, adakah ianya....

Terpulang kepada anda untuk menilai dan memerhati. Wallahu taa'la a'lam (Allah yang Maha Mengetahui).

Ok. Jangan seram sangat. Selamat menikmati sisa-sisa 2015 ini. Assalamualaikum.

0 ulasan: