Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Sentiasa Gigih Meneleku Hidup

Imej
Dengan nama Allah, Kau Yang Maha Esa, Maha Mencipta Keawesomean dalam hidup hambaNya yakni aku. Bismillah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pehhh lama rasanya tak update blog. Atas saranan dan impian Afzal Sainul di laman Twitternya yang tak sabar-sabar nak membaca luahan yang terbuku di hati dan juga mungkin sweet stalker yang ada di luar sana yang menanti khabaran berita. Ketawa kecil sebentar. Maaflah, nak update cerita atau event pasal SAMone ni rasa malas pula disebabkan kekangan masa dan jet-jet fokus dalam study, makanya blog ini agak berhabuk dan jarang diberikan tumpuan yang sewajarnya. Mungkin lebih baiknya memberi tumpuan kepada cara menyelesaikan masalah negara yang semakin lama semakin memancing runcing. Tidak mengapalah, biar ringgit jatuh, jangan maruah jatuh. Eh?
Sejak bulan Jun sehinggalah kini, almacam macam kisah berlaku di sekelilingku yang aku rasa sudah masanya untuk aku bangun dari mampir. Hidup seperti zombi yang tidak berfikiran dalam makan daging manu…