Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Majlis Pengumuman Rasmi dan Penyerahan Keputusan SPM 2014 #ResultSPM2014

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, pada 3 Mac 2015, berlangsungnya Majlis Pengumuman Rasmi dan Penyerahan Keputusan #SPM2014 di Dewan Besar Muhammadiah Pekan Sabak bermula jam 10.30pagi. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran barisan pentadbir SAMMPS bagi meraikan kejayaan para pelajar yang telah mengambil peperiksaan #SPM2014. Alhamdulillah, tahun ini, rekod SPM tertinggi untuk kali ini berjaya dikecapi oleh Saudara Akmal Hakim bin Mohd Zamin dan Muhammad Afzal bin Sainul yang berjaya memperoleh 9A. Tahniah diucapkan kepada semua calon #SPM2013 dan semoga berjaya dalam hidup. Berikut adalah pelajar-pelajar cemerlang yang berjaya meraih kejayaan dalam #SPM2014.
6A Muhammad Fitri bin Rashumi (5PDG) Muhammad Azim bin Rosli (5A2) Muhammad Syauqi bin Suhaimi (5E1) Indah Miftahusolihah binti Hj Marhaban (5E1) Hani Athira binti Ahmad Safari (5E1) Rafidah binti Mohd Rasid (5A1) Nurul Farhana binti Samsuddin (5A1) Muhammad Izaz Izzuddin bin Haji Abu Bakar (5A1) Izzati Nadhir…

Ramalan Komen & Umpatan Orang [Bae's Birthday Teaser]

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, masuk sudah bulan ketiga. Bulan Mac atau dalam bahasa arabnya, Maris (almaklumlah calon STAM mestilah tahu menahu arab sikit, tak tahu sikit, banyak pun jadilah). Kinda busy maybe after this holiday dengan debatnya, amal Islaminya, sukannya dan bermacam lagi perkara yang mungkin akan memelesetkan masa dan ruang untuk study dan sebagainya. InsyaAllah.
Dan...
Detik yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Esok merupakan hari istimewa someone special dalam hidup aku. Di mana andaikata aku timbulkan hal ini di laman sosial sesungguhnya hubungan kami ini amat complicated dan sukar diterima oleh masyarakat ramai. Aku tak tahulah sama ada aku ini kacak sangat sehingga tak boleh dimiliki oleh sesetengah individu (perasan mungkin), atau apa jua alasan yang telah diberikan oleh mana-mana individu yang tak pernah nak habaq kat saya apa diaaa alasannya. Apa-apapun, seteleh diterangkan melalui press conference dan sebagainya, cukuplah umum mengetahui…