#Momento2015: Kem Kepimpinan dan Bina Insan SAMMPS 2015 (Day 2)

6:08 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, post ini disambung buat kesekian kalinya untuk hari kedua cabaran para peserta Kem Kepimpinan dan Bina Insan SAMMPS 2015 pada 12 September 2015 hari kedua. Berikan tepukan. (Dah macam program The Amazing Race lagaknya)

Baiklah, aktiviti mereka seacah-acah PLKN untuk hari kedua ini tetapi yang pentingnya, mereka happy, satu. Kedua, suatu adventure buat mereka. Ketiga, kau tanyalah mereka. Tanpa membuang masa dan bicara, ayuh kita izinkan gambar berbicara untuk hari kedua (last day and last post about this program) ini, silakan menthrowback.

ATTENTION! SPOILER ALERT!

DAY: 12 SEPTEMBER 2015 (SABTU)

Pagi-pagi sudah pekena kolam renang. Kemain.
Para peserta sudah bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya.
Encik Bakri mencelup tangannya ke dalam bekas berisi lumpur. Pasai apa pula?
Untuk dijadikan 'krim pencerah muka' buat depa. Kesian. Cabaran sangat ini.
Kasi lumpur itu Rauf.
Para guru memerhatikan mereka yang sedang mandi lumpur.
Tiada seorang pun terlepas, semua kena.
Dah kena lumpur, kena redah parit pula!



Habis keruhnya lagi air parit itu.
Kemain enjoy mereka yaaaa.
Hilang seri wajah tapi mereka peduli apa, cabaran yop!
Kini, mereka bersedia untuk cabaran melatih stamina diri.
Kasi redah dan terjah! Ekstrem!
Jangan sekerat jalan, gelongsor ajar pembentung itu.
Kerjasama sepasukan menjaga langkah.
Sokongan tidak putus.
Come on, you can do it! Kipidap!
Redah 'pagar tali' itu, jangan sampai kena!
Askar wanita cuba melepasi cabaran 'pagar tali' ini.
Kambing.
Redah, Amin. Jangan stop!
Sambut si Aiman jangan terjatuh sudah!
Tu dia, sambut yang berjaya suksesnya!
Nice, disembur air bersihkan segala selut lumpur yang ada.
Lelaki mandi sungai aje.
Kasi sental segala lumpur dan daki itu, boys!
Candid satu kali.
Encik Bakri mengambil bahagian dalam menyembur gadis-gadis ini.
Tu dia, seni fotografi. Tak sakit kan air kena muka?
Fresh kemain selepas mandi.
Nak juga kena sembur.
Kembali ke base.
Bersedia untuk majlis penutupan.
MC dah bersedia untuk memulakan majlis.
Isi testimoni dahulu.
Antara yang hadir; (dari kiri) Encik Bakri, En Khalilullah, Pengerusi PIBG dan Puan Aisyah Mujab, PK Pentadbiran.
Mendengar ucapan Penghulu, Ashraf Mustaqim
Terima kasih, Penghulu kerana menjaga anak buah.
Selamat tinggal, Sungai Limau Resort.
Alhamdulillah, mereka berjaya (dah lama dah) menamatkan kem ini sebaik mungkin. Apapun, syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kem ini sebaik mungkin. Bagi mereka yang mungkin mahu mencuba Sungai Limau Resort, harapan agar post ini dan sebelumnya telah menjadi review buat anda untuk mencuba dan menilai. Berharap agar progarm ini dapat diteruskan untuk pelajar yang akan datang sebagai suatu motivasi dalam diri mereka, insyaAllah.

#Momento2015 berehat setakat ini. InsyaAllah, akan bersambung dengan kisah lain yang menarik dan (mungkin anda) sebahagian daripada kenangan yang telah aku menjadi saksi.

You Might Also Like

0 ulasan: