Tersepit di Ruang Sempit (Prologue)

10:37 PG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Dengan namaMu Rabb, Kau still berikan aku peluang untuk hidup.
Dengan nikmat Iman dan Islam, serta nikmat sihat dan masa lapang, alhamdulillah, kurafakkan syukur buatMu.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Penghujung 2015 dah tak lama dah. Dah tiba masa untuk aku kemas buku, pack barang kerana selepas ini aku akan tinggalkan zaman persekolahan dan aku akan tutup segala cerita yang terpahat sepanjang aku bergelar pelajar. Dengan rasa bangganya (tapi berat hati), sisa sisa hari lagi aku bakal letakkan title pelajar SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Lepas ni aku dah nak kena berhijrah kepada suatu suasana yang baru, suatu biah yang baru yang perlu aku biasakan dan tidak pasti apakah cabaran yang terselindung yang barangkali sudah tersedia oleh Allah untuk tahun depan dan hari hari yang kian mendatang.

Namun sayang, seribu kali sayang.

Biah yang berlaku di sinu bukan seperti yang dibayangkan. Cliche, conflict are everywhere! Masalah demi masalah semakin lama semakin menyesakkan dan membebankan warganya. Kesian. Bukan isu jerebu atau pembentangan #Bajet2016 baru baru ini, jauh lagi kadar kenaikan harga tol, tetapi masalah perpaduan yang ada dalam diri masyarakat pada hari ini. Bagaimana kita lihat tidak optimisnya masyarakat pada hari ini kebarangkalian ingin mengagungkan nama batch sendiri sehingga membenarkan sesuatu yang salah. Isu ini bagi aku bukanlah baru kerana saban tahun atau saban ketika asyik berlaku tanpa henti. Malas nak menyatakan kekurangan dan kebodohan segenap masyarakat yang semakin lama semakin terkikis adab dan nilai murni. Nanti dikatanya menghina dan memalukan pihak. Nanti kena kecam. Masyarakat pemikiran cetek. Tahu nak marah, tanpa kaji dan selidik.


Waktu mula-mula memandang institusi sekolah aliran agama, aku menyangkakan sebahagian besar pelajarnya adalah 'antara yang memang ahli sorga'. Namun, silap seribu kali silap, syaitannya di sini memangnya begitu kuat. Maka, tidak hairanlah kalau aku tengok banyak kes dekat TV atau dalam biah aku sendiri macam 'neraka dalam dunia'. Malangnya, tiada siapa yang mampu memberi dakwah atau ingatan kepada masyarakat ini. Atau barangkali ada di kalangan kita, namun sia sia sahaja apabila ianya dicampak ke tepi longkang dosa.

Malas nak fikir dan renung. Pasal aku pun dah nak meninggalkan sekolah ni, so aku rasa itu bukan hal aku, bukan hal aku. Sebab, kalau aku ambil port, bukan ada kesan pun. Yang perempuannya, serious talk, dah ada yang jalang, assabiyah semakin menyengat, mulut makin bernanah bangsat, adab semakin hilang kemurniaan akhlak dan sebagainya. Kalau terus komen lagi, menambah dosa. Ahhhh tersepit aku dalam biah penuh dosa ini.

Langkah keluar daripada biah ini tidak lama.
Aku tak mengharap apa apa.
Aku minta agar ukhuwah dieratkan bersama.
Jangan kerana dibutakan nafsu semata.
Semua benda baik diperlekeh sahaja.


Kau student sekolah agama, tapi kau sendiri yang menghancurkan agama kau sendiri dengan attitude kau yang entah apa apa. Muhasabah diri sendiri. Kau bukan Nabi yang sempurna sahaja tingkah laku. Kau tanyalah diri sendiri, kau tu celakakah untuk mengheret orang lain untuk tersepit di ruang yang sempit setelah ruang yang luas habis kau kotorkan dengan nista kau sendiri?

Istighfar. Ampunkan aku Rabb. Mohon Kau keluarkan aku daripada golonganMu yang kufur nikmat.

(Post ini mungkin bersambung lagi. Atau mungkin tidak. Who knows. Doakan aku kuat. Bukan doakan aku kuat menahan makian celaan kau.)

You Might Also Like

0 ulasan: