Sentiasa Gigih Meneleku Hidup

3:31 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments


Dengan nama Allah, Kau Yang Maha Esa, Maha Mencipta Keawesomean dalam hidup hambaNya yakni aku. Bismillah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pehhh lama rasanya tak update blog. Atas saranan dan impian Afzal Sainul di laman Twitternya yang tak sabar-sabar nak membaca luahan yang terbuku di hati dan juga mungkin sweet stalker yang ada di luar sana yang menanti khabaran berita. Ketawa kecil sebentar. Maaflah, nak update cerita atau event pasal SAMone ni rasa malas pula disebabkan kekangan masa dan jet-jet fokus dalam study, makanya blog ini agak berhabuk dan jarang diberikan tumpuan yang sewajarnya. Mungkin lebih baiknya memberi tumpuan kepada cara menyelesaikan masalah negara yang semakin lama semakin memancing runcing. Tidak mengapalah, biar ringgit jatuh, jangan maruah jatuh. Eh?

Sejak bulan Jun sehinggalah kini, almacam macam kisah berlaku di sekelilingku yang aku rasa sudah masanya untuk aku bangun dari mampir. Hidup seperti zombi yang tidak berfikiran dalam makan daging manusia (kata lain: mengumpat). Hidup seperti pemimpin zalim yang membiarkan rakyatnya ditindas dan tertindas, tertiarap dan terkulat-kulat. Entahlah, sebab apa rasa life macam tu? Sebab aku tahu, kepimpinan yang sedia ada di sekitar aku sudahpun mengangkat bendera putih, sudah mengalah dalam mentarbiyah dan memimpin bawahannya. Bukan aku nak mengutuk atau mempersoalkan jauh lagi mengata kepimpinan kalian (bagi yang terasa), tapi aku rasa kalian seolah-olah membutakan mata kalian dengan isu yang semakin lama semakin mentribulasikan keamanan dan "sekolah agama" yang ditatang selama ini. Seriously talk, keadaan di sini bukan seperti yang dulu lagi. Kini makin asing. Makin kebaratan dan makin gigih memadam aura "sekolah agama" dalam hidup. Tiada siapa yang ingin aku persalahkan, mungkin juga salah sendiri sebab dah tegur, atau mungkin sebab dah penat nak tegur kerana aku tahu, eventhough aku tegur pun, mereka still watdono dan watbodo. Sabar. Benteng iman. Ku sembunyikan dan ku tegur di dalam hati aku akan kemungkaran di sekelilingku dan ya Allah, lemah doo iman aku.

Semakin lama semakin hilang kritis.
Semakin lama adabnya makin tertiris.

What happened actually in my community?

Entahlah. Actually, serba salah sebenarnya nak meninggalkan bumi terchenta, Sabak Bernam ni. Almaklumlah, banyak sangat kenangan yang tercipta di sini sejak seawal memulakan zaman persekolahan. Tapi sayangnya, aku agak terkilan kerana aku akan meninggalkan sekolah guwa dengan masih lagi ada fasad (kerosakan) di sini. Aku terkilan kerana aku gagal mengekalkan identiti 'sekolah agama' yang digagas di sini. Aku taknaklah apabila ada orang besar, pihak besar datang sekolah aku tengok sebuah lakonan tak berpengarah, sebuah drama swasta kanak-kanak yang mana tidak kekal akhirnya apa yang dilakonkan itu. Apa-apapun, a big clap buat warga pendidiknya kerana setiap hari saban gigih dan sabar dalam mendidik dan mentarbiyah warganya yang mungkin mengharap keajaiban yang berlaku untuk mengubah mentaliti dan personaliti warganya yang masih tidak sedar diri. Seriously aku cakap. Bukan aku nak kutuk sekolah, bukan aku maki warganya di mana majoritinya adalah student tapi aku caci pegangan mereka yang macam tak nampak atau tak sedar yang depa ini sekolah agama.

Mengurut dada. Hmmm.

Put aside for a while my school environment issues. May Allah bless us.

Sehati sejiwa.

"Haaaa nak cerita pasal Hari Kemerdekaan lettew..."

Ehhh.

Alhamdulillah, our beloved Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yang ke limaplohlapan. Yayyy. *acah budak kecil* Tanggal 31 bulan lapan limaplohtujuh... Dengan tema yang agak freshy and more to society, Sehati Sejiwa. Wahwah. Aku rasa tak perlu nak describe panjang mengenai moto ini sebab sebut sahaja sehati sejiwa, fikiran kita akan membayangkan masyarakat majmuk bersat teguh bercerai roboh, bulat air kerana oembentung, bulat manusia kerana muafakat, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, bagai aur dengan tebing, bagai Dato Sri Najib dengan Datuk Dr Zahid Hamidi, his new 'friend'. Eh. Rajin benar menyelit politik kat sini aku sekarang. Abaikan.

Actually, bila menyentuh status Sehati Sejiwa, aku terkenangkan zaman kegemilangan Extraordinary Batch 97. Aku terkenangkan batch batch legend terdahulu yang pernah menyemarakkan zaman asrama aku. Aku menggambarkan betapa bersatunya STAM SAMOne sekarang. Aku menggambarkan bersama bersatunya puak puak terulung dan (acah-acah) teragung dalam sekolah aku. Cukuplah surrounding kita telah membawa gagasan Sehati Sejiwa itu dengan kita. Sebab apa? Sebab, if kita dalam satu komuniti, satu group, satu society yang sentiasa bersatu hati memahami jiwa dan menepati ciri-ciri ukhuwah fillah bukannya ukhuwah sampah, menegakkan apa yang sepatutnya dan tidak mengagungkan assabiyah (ini aku rasa kurang aa pada masa kini), kita sebenarnya tidak perlu untuk mempertikaikan apa yang dimaksudkan dengan Sehati Sejiwa sebenarnya. Sungguhpun begitu, ecehhh ayat Bahasa Melayu keluar secara bertatabahasanya, kita masih gagal dalam menegakkan prinsip Sehati Sejiwa. Pulaaaa, pasai apa?

Kerana masih berassabiyah.
Masih ada batch lain dengan batch kita bertelagah.
Masih ada individu yang batu api.
Masih ada orang yang tikam belakang.
Masih ada yang menabur fitnah.
Memecah belahkan organisasi.
Menambah nila dalam susu keamanan.
Merosakkan persahabatan yang sedia ada.
Dengki.
Cemburu.
Dendam.
Acah acah agungkan puak.
Tidak persefahaman.
Membuat orang berpecah dan amarah dalam politik, for surely.

Binatang-binatang (amboiii kurang ajar bahasa, peduli apa aku!) seperti mereka inilah yang gagal mentranskripsi apakah itu sehati sejiwa. Tolonglah. Aku dah muak, kerimasan dengan individu yang masih lagi tidak menghargai dan menghayati surrounding sebenarnya. Kerana apa surrounding is more important than society, politic and interaction? Kerana persekitaran kita, individu di sekeliling kitalah yang meliputi aspek-aspek yang aku sebutkan tadi.

Malangnya kita tidak menghargai rasa kasih sayang persahabatan yang Allah turunkan. Dia hadirkan. Malangnya, hambaNya sendiri kufur, rosak malah merosakkan lagi perasaan itu. Astagfirullah. Ingatan diri yang khilaf dan lupa dan ingatan tulus untuk kalian.

Please. Put aside isu-isu bodoh dan bangang yang selalu korang jadikan permainan, even aku menjadi mangsa keadaan sekalipun. Cukuplah aku dah nikmati tahun lepas dan pertengahan pertama tahun ini. Hiris hati dalam dalam. Kita asyik duk fikir hati orang lain, nak senangkan hati orang lain, nak jaga hati orang lain padahal kita sendiri, hati kita LEBIH TERUK terlukanya! Jagalah diri sebelum jaga orang lain. Hormati perasaan orang lain dalam masa yang sama, kita hormati apa yang kita prinsipkan dalam diri. Barulah kita mampu mengecapi society dan surrounding yang sehati dan sejiwa.

Puas menghentam dinding kehidupan.
Tak pernah terfikir nak lari dari permasalahan.
Ingatan dari Tuhan, sentiasa gigih meneleku hidup.

Should I akhirulkalam? Little bit.

Aku teringat kisah Hari Guru tahun ini. Alhamdulillah, still diberi mandat untuk menjadi AJK eventhough aku Tingkatan 6 but the problem is mengikut kebiasaannya, Hari Guru ini for sure Form 5 handle fully majlis ini. So, aku ibarat tersepit dalam masa yang sama, berani. Haaaa begitu dong aku, masakan kalian tak kenal. Nak dijadikan cerita yang lebih dramatik, aku ditugaskan bahagian muzik latar je sebenarnya, memandangkan aku ini DJ dan MC unofficial sekolah hahaha. Tapi, disebabkan ada kelompongan orang yang menjaga di bahagian tayangan slaid, aku pula suruh orang yang tak berapa mahir sangat dalam bab-bab slaid ini, makanya aku perlu turun padang bersama dengan mereka ini, alah takde la asing sangat orangnya, STAM juga hahaha. Malangnya, eventhough Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, although PIBG dikutip RM300++ seorang dalam keluarga, malangnya laptop sekolah still outdated. Haihhh nak buat macam mana. Laptop canggih pun semua personal cikgu punya, takkanlah depa nak bagi pinjam, aku yang nak pinjam pun fikir dua tiga kali. Hahaha, back to our story, pada awalnya laptop ni 'berkhidmat', dia takdelah buat hal sangat. Namun, saat terpancar video khas Tingkatan 5 sedang dimainkan di layar, pappppp, tetiba laptop ini hang dan overheated. Tayangan terpaksa distopkan. Sidang hadirin terkejut. AJK Tingkatan 5 serong memandang. Form 5 students, especially girls mula melaungkan kata-kata ketidakpuashatian. Dewan gamat seketika.

Until the end of Teacher Day, pertikaian terus berlaku. Dua tiga cikgu bertanyakan hal sebenar. Pehhh aku yang time tu tengah serabut hambar dengan Peperiksaan Pertengahan Tahunnya kena kacau dengan mood macam tu memang taklah. Apa-apapun aku tetap sabar. Even ada individu yang cuba menyemarakkan api kemarahan batch ninety-eight dengan isu-isu lain seperti isu aku mengkritik kepimpinan mereka. Kan aku dah kata aku mengkritik bukan mengutuk. Celah mana high-education pun aku tak pasti. Namun, berkat nasihat dan pujukan kawan-kawan EOB97 yang berada di U sana, yang berada dalam STAM, aku watlek watpeace watbodo sahaja dengan semua ini. Almaklumlah, nama pun sehati dan sejiwa. Really killing me wehhh.

Namun, isu itu sudahpun berlalu. Menjadi memori yang pahit untuk ditelan. Yalah, berkhidmat tungkus-lumus usaha keras tak tidur malam tapi balasan untuk semua itu adalah makian cacian. Thanks. Takpelah, aku dah lupakan hal itu, tak terguris. Our diplomatic is still going on, adek bawahan aku. Hahaha.

Itulah ceritanya. Tak pernah tak ratib isu sekeliling. Just shut up my mouth and keep accepting whatever comes to my life. Apa-apapun, I would like to thank to persons who light up my life, even yang buat hal dengan aku atau yang support aku very much. Tanpa kalian, tak sempurnalah kehidupan. Takdelah aku sentiasa gigih meneleku hidup aku sendiri berbanding orang lain. Sebahagian besar orang sekeliling aku merasakan life aku lebih enak jika diganggu. Hahaha.

Itulah sahaja coretan hati untuk kali ini.
Forgive me for all my salahtaip, terguris hati, terkasar bahasa (kisah apa aku!).

Aku hanya memerhati dan menilai, tiada daya untuk mengkritik. Sedayaku menegur dalam diam. Diamku bukan bermakna setuju. Tidak mahu menunjukkan kebangkitanku. Orang Melayu akan terbang... eh!

Sekian salam hormat untuk semua.

Proud to be me. Hahaha jangan tanya kenapa tersesat di bumi SAMPP ni.

You Might Also Like

0 ulasan: