Temasya Sukan Sekolah SAMMPS 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam, 26 Mac 2014 menyaksikan satu temasya sukan SAM Muhammadiah Pekan Sabak telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti lontar peluru, acara balapan, rejam lembing, lompat tinggi dan lompat jauh yang telah disertai oleh wakil setiap firqah. Menariknya, pada tahun ini, baju firqah telah diperkenalkan dan menjadi pakaian rasmi peserta dan para peserta. Tahun ini menyaksikan juga firqah Wira merangkul juara keseluruhan bagai temasya kali ini. Berikut adalah paparan menarik sepanjang temasya suka ini berlangsung.

LIPUTAN OLEH: Amirul Syafiq & Muhammad Hafizzuddin

Naik bas untuk bergerak ke stadium
Suasana pagi di stadium
Warm-up personal dulu sebelum berjuang
Panaskan badan dulu
Berkumpul
Acara balapan perempuan
Ketepi! Ketepi! Kakak-kakak medik nak lalu!
Lompat jauh
Lontar peluru
Bersungguh-sungguh
Memberi sokongan padu
AJK lontar lembing
Kasi rejam!
Persaingan sengit
Terus menyokong
Milik siapakah pingat-pingat ini?
On your mark...
Guru-guru SAMMPS
Pengacara majlis membacakan keputusan rasmi
Pengetua menyarungkan medal
Nampak mendebarkan gaya dia ini
Berusaha dalam kumpulan
Menyambung perjuangan
Tekad
Antara pengerusi majlis yang mengulas
Tahniah diucapkan
Milik siapakah piala pusingan ini?
Gerai coconut shake penuh pelanggannya!
Antara tiga teraik acara lari berganti 4x100m perempuan
Senyuman kemenangan
Tiada erti musuh di luar pertandingan
Ustazah Hazleen, guru firqah Wira memegang piala juara keseluruhan yang telah menobatkan Wira sebagai team of the game
Berkongsi kemenangan bersama anak buah firqah
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya dan mewakili setiap acara yang telah dipertandingkan dalam temasya sukan. Terima kasih tidak berpenghujung kepada ahli jawatankuasa pelaksana Temasya Sukan Sekolah SAMMPS 2015. Semoga pelajar dapat melibatkan diri dalam kokurikulum secara aktif di samping menumpukan perhatian dalam akademik. Sekian.

P/S: Entri terakhir sukan sekolah bagi aku. Tahun depan, no more.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT