Ramalan Komen & Umpatan Orang [Bae's Birthday Teaser]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, masuk sudah bulan ketiga. Bulan Mac atau dalam bahasa arabnya, Maris (almaklumlah calon STAM mestilah tahu menahu arab sikit, tak tahu sikit, banyak pun jadilah). Kinda busy maybe after this holiday dengan debatnya, amal Islaminya, sukannya dan bermacam lagi perkara yang mungkin akan memelesetkan masa dan ruang untuk study dan sebagainya. InsyaAllah.

Dan...

Detik yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Esok merupakan hari istimewa someone special dalam hidup aku. Di mana andaikata aku timbulkan hal ini di laman sosial sesungguhnya hubungan kami ini amat complicated dan sukar diterima oleh masyarakat ramai. Aku tak tahulah sama ada aku ini kacak sangat sehingga tak boleh dimiliki oleh sesetengah individu (perasan mungkin), atau apa jua alasan yang telah diberikan oleh mana-mana individu yang tak pernah nak habaq kat saya apa diaaa alasannya. Apa-apapun, seteleh diterangkan melalui press conference dan sebagainya, cukuplah umum mengetahui bahawasanya Ismashazwa Ishak hanyalah bae semata-mata dan sahabat sejati sampai bila-bila. No istilah kami bercinta, bercouple, berkahwin jauh lagi dan sebagainya sepertimana yang telah diuar-uarkan oleh manusia yang bermulut penuh sampah sarap hasad dengki caci maki. Titian sirat pun belum tentu lepas ke tidak, nak label orang macam-macam (sentap atau tidak, muka aku ada muka kisah?)

Malam ini, cadang nak buatlah suprise yang as usual, main post berpanjang lebar dan mengharapkan Isma tu cair a.k.a. melting dengan apa yang aku post sama ada di Facebook Instageram dan sebagainya. Sebelum aku nak wish panjang-panjang dekat bae aku seorang ni, aku rasa aku dapat meramalkan beberapa komentar ataupun buah mulut orang mengenai post aku tentang Isma malam ni. Hahaha. Sama ada benar atau tidak, aku tak kisah pun, tak marah pun just ramalkan apa orang nak cakap pasal aku dengan dia. Pelik, dah berbuih menjelaskan hubungan tapi mulut neraka maasihhhh tak boleh nak diam. Pelik betul. Kadang cakap dekat Isma, "Isma, jom pindah negara lain." Hahaha.

Post successfully updated.

"Fikir sweet la?" Sebab sweetlah aku buat, apsal? Nak aku buat kat kau juga? PM kalau nak.

"Tak habis-habis untuk si Isma tu.Orang lain takde ke?" Ada je aku buat tapi tak seshow-off si dia ni. Orang penting kot selepas family. Kau? Krik krik.

"Bukannya lawa si Isma ni pun." Tak tahu pula kena tengok lawa dalam memilih bae.

"Dahlah rampas orang punya." Tak tahu pula Isma ada boyfriend pun sekarang. Isma, tak cerita pun enn?

"Isma Isma Isma... meluat aku." Kisah cinta hidup kau aku tak kacau pun pehal kisah bestfriend aku kau nak meluat.

"Orang kata mula-mula memanglah kawan, sahabat, last-last couple marriage juga." Not us. Kami lain. Hang samakan dengan orang lain, hang tak tahu pun kisah hidup kami.

"Like." Thanks for understanding us without keluar statement yang entah apa-apa.

"Wahhhh dah bau nasi minyak." Gila. Post macam ni pun bau nasi minyak. Lapar la tu. Tak pun kat kenduri kahwin sape-sape ntah hahaha.

"Saya doakan agar kalian menemui jodoh." Amin. Jodoh masing-masing Allah tahu bukan kami menentukannya. Hikhiks.

Dan apa jua komen-komen yang tertera di laman sosial nanti, aku terima dengan hati yang terbuka tanpa melenting tak tentu pasal sebab takde pekdah pun nak memarah dengan golongan sekular macam ni. Amboi, golongan sekluar aku panggil bak anggg.

Apa-apapun, happy birthday Ismashazwa. Sweet eighteen and hopefully kau mampu mendepani cabaran yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah. Wait for my special post on FB and IG, dear ~

Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Chowww ~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014