Meratib Isu


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, aku bersyukur sekali lagi kerana dapat diberikan peluang untuk mengemaskini blog sebagai seorang yang boleh aku katakan masih lagi student yang meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu pengetahuan. Tahun ini, aku melangkah lagi ke SAM Muhammadiah Pekan Sabak menggenapkan enam tahun aku berada di institusi ini dengan meneruskan aliran STAM. Alhamdulillah. Mungkin rindu dekat Samone itu masih terikat. Hahaha.

Apa-apapun, tahun ini, aku merasakan kelainan yang begitu ketara dari segi bermacam aspek sehinggakan aku merasakan dan bertanya kepada diri sendiri, "Betul ke ini Samone?". Dah kenapa aku cakap macam tu? Sebab suasananya persekitarannya keadannya undang-undangnya menyebabkan aku rasa lain. Feel duduk asrama lain. Environment pembelajaran lain. Tang yang kawan baru dari SAMPP MITS tu aku tak kisah sangat sebab menjadi lumrah kalau dalam hidup kita akan create friends secara friendly and nicely with a warm welcome. Tapi yang masih lagi meneruskan pelantar kepimpinan, lubuk dalam quote pelajar lagi, mereka seolah-olah sudah menjadi lain berbanding feel aku sebagai seorang pelajar Ting. 5. Apa kes ek?

Tahun ini, seriously aku kata, sorry kepada yang terasa, sebab aku buat entry ni bukan atas dasar luahan hati ke apa tapi aku tengok orang di sekitar aku dah pandai mengetahui cara-cara kurang ajar. Hormat kepada aku entah hilang ke mana. Kadangkala hati ini mengurut kesabaran supaya tidak mengikutkan nafsu untuk amarah tapi alhamdulillah berjaya aku kawal walaupun ujian depa yang makin lama makin berkurang ajar seolah-olah duduk dekat sekolah macam tiada pendidikan agama haihhh. Tak kira la lelaki mahupun perempuan. Cuma aku nak nasihat sedikit la kepada mereka yang sudah hilang erti hormat antara satu sama lain, aku tak minta untuk korang sembah aku dekat kaki, cium tapak kaki aku, tidak. Apa yang aku nak adalah menghormati, berbicara dengan leklok, kalau aku salah, tegur leklok. Aku tak pernah kacau life orang lagi setakat ini, jangan sampai life kau kau rasa macam tak aman. Bukan sebab aku kacau, aku gugat keamanan ke apa tetapi kau ingat aku redha ke dengan sikap keterlanjuran adab semua ni? Makin lama marahnya makin berbisa dalam hati. Aku tak mahu doa yang buruk-buruk pasal hangpa sekolah lagi, belum takat U lagi, cabaran dia lagi besar, ujian terhadap emosi dia kemain lagi besar daripada apa yang hangpa lalui sekarang. Cuma berpesan-pesan kepada kebaikan dan sentiasa mengingati sabar kepada kawan-kawan, aku turutkan. Aku urutkan kemarahan itu dengan kesabaran. Aku taknak la nak memain lagi dengan hati sendiri atau menimbulkan rasa dendam atau marah atau rasa tak puas hati. Senang cerita, kau tak puas hati, kau boleh cerita depan-depan.

Please. Be matured. Grow up. 

2015 membuka tirainya dengan memperkenalkan satu undang-undang baru di sekolah aku iaitu merit. Sungguh tak disangka, merit a.k.a. penalty ini telah mengundang perbahasan yang cukup gamat di media sosial sehinggakan mendapat perhatian para wraden ketika perhimpunan asrama Khamis lagi yang aku rasa awesome gila beb cikgu Ilham kemain menintroductionkan dekat kepala bana yang masih lagi duk mengutuk kewujudan sistem merit ini. Entah apa-apa yang bermain di minda mereka mengenai merit ini. Rasa dah cukup jelas asrama tu bukan bapa kau punya, bukan bapa aku punya, tiada diwasiatkan kepada pelajar-pelajar yang boleh create their own rule sesuka hati. Kadang bagus juga merit apabila dilaksanakan, sekurangnya masa depan dakdak asrama ni alhamdulillah boleh menuju ke arah kebaikan dengan pembentukan disiplin yang begitu signfikan sekali dengan kecemerlangan. Namun, aku hairan dengan puak-puak keanehan atau otak level bodoh, seriously maaf la aku kata. Pesanan ini ditujukan khas kepada puak-puak anti-Merit, anti-Exco dan sebagainya yang menganti dan mengecam habis-habisan pentransformasian yang berada di bumi Muhammadiah ini. Be adult la, bro, sis. Takde imbuhan atau faedah pun kalau hangpa duk menyebarkan dakyah mengutuk transformasi yang dijalankan. Kadang, exco sendiri cakap dengan aku, macam Muaz Zakila seingat aku baru-baru ini, dia ada menyatakan bahawa dia nak sangat bagi bebudak nakal ala binatang terlepas dari kandang ni jadi exco, bair dia rasa apa yang exco rasa. Kau duk kutuk exco itu dan ini, buat merit sesuka hati, penalti tak ingat diri, kau ingat kau menteri besar ke beb? Anak Datuk ke beb? Bapa kau empunya asrama ke beb? Ini asrama. Ada rules, ada undang-undang bak kata Ustaz Nidzam. Kalau tak ada undang-undang, tak payahlah nak bergelar pelajar. Gentle beb. Ikut dan patuhi walau akur. Exco atau warden takkan buat merit atau penalti sesuka hati kalau tiada kepentingan? Mengongkong kebebasan? Aku rasa duduk asrama dah cukup bebas dah kau boleh main apa yang kau nak, kau nak tidur ke tak, kau punya pasal, bebas apa. Bukannya ada benda kau kena buat contohnya pecahkan batu ala-ala scene penjara ke apa. So, dalam kita memacu ke arah ketransformasian diri kita dengan lebih baik, fikirkanlah kemaslahatan masyarakat sebab kita tak duduk seorang diri dalam komuniti ini. Kita duduk ramai-ramai. Mengimarahkanlah kebaikan, menegakkanlah amar makruf nahi mungkar. Ehh kuliah Maghrib pula. Tapi betul la tu.

Aku duduk asrama sebagai pelajar Ting. 6 kau nampak aku diam ke apa tak bermakna aku tak menganalisis segala. Kadang duduk memalam dekat atas katil duk meratib isu yang berlaku dekat sekeliling aku ni. Kadang aku hairan dengan hangpa yang kaki memberontak kaki kuang hajakkk sangat ni, apa sebenarnya yang korang bawa? Apa sebenarnya yang kau cuba sampaikan kepada aku, kami (dakdak asrama) dan exco? Kau nak tunjuk kebebasan bersuara ke apa? Please doo. Aku sayang madrasah aku. Aku sayang suasananya. Mohon jangan mencemarkannya dengan perkara yang buruk. Hentikanlah mempolitik perkara yang tak sewajarnya dipolitikkan. Lambat laun, jikalau Allah takdirkan, kau akan rasa apa yang pemimpin rasa betapa hard to train bebudak ni.

Maruah.
Nama diri.
Imej kau.

Itu kau kena jaga. Tercalar, jangan impikan orang akan hormat kau.

Sekian, mohon berubah. Aku malas nak jerit-jerit suruh korang berubah. Tak batak untuk korang condemn aku, kutuk aku puas-puas, mengata tak tentu hala. Sebab aku nak ucapkan thanks sebab korang bakal mewariskan saham pahala korang kat aku. Aku mencuba untuk lali dari maki keji. Mencuba dengar akan nasihat yang memperbaiki. Mohon perubahan diri. Mohon insani individu meratib isu yang ada di sekitar kita ini. Sekian. Maaf aku terkasar bahasa. Sentap itu perlu, kalau cakap bebaik, buat gaya macam bedu. Wallahua'lam. Salam perubahan, kalian.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan Allahyarham Datuk Seri Hasbullah Awang. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.

Ulasan

Catatan Popular