Intelek dalam Tong Sampah


Masyarakat kita zaman sekarang dah start pelik
Padahal pembangunan dah moden lagi metropolitan bangun
Memang bagus sampai orang sekeliling thumbs up
Ramai yang maju dalam kehidupan masing masing
Cuma masih aku hairan lagikan pelik
Kenapa letak intelek dalam tong sampah?

Bila masyarakat cuba expiredkan mentaliti
Semua benda buruk, "Alaaa apa salahnya mencuba?"
Seolah menentang akan sebuah realiti
Melutut menyembah sujud akan adat yang songsang
Melutut menyembah sujud akan kebiasaan yang serong
Kerana membiarkan masyarakat letak intelek dalam tong sampah

Lelaki sekarang banyak kisahnya
Kenapa suka merosakkan anak dara
Suami lihat isteri bergaul berfoya-foya
Bapa lihat anaknya galak bersosial tak ingat agama
Letak kebodohan dalam memimpin membiarkan sahaja
Satu dunia fokus akan cerita kita
Tak sedar diri sendiri membusukkan negara

Perempuan sekarang entah apa cerita
Pakai tudung namun seksi berleluasa
Pakai niqab purdah tapi selfie buatkan lelaki naik mata
Pakai shawl elok dah tutup dada tapi bergaul tak kena gaya
Pegang Islam di dada tapi dunia peluk tak renggang aja
Jiwa remaja kotor lalat sudah hurung ke apa

Aneh aneh dan terus aneh
Padahal baru 11 hari 2015
Perangai dah macam hilang azam yang tertanam
Pemikiran dah tak setaraf pembangunan yang gemilang
Entah mana silapnya pun aku tak faham
Padahal negara baru sahaja diuji musibah
Tetiba menempah bala besar sendiri pula si bedebah
Hilang iman, berterabur sudah

Aku bukan pandai sangat bercakap
Sebab orang tak pandang apa yang aku ucap
Nanti hina kutuk belakang belakang remeh tertancap
Sudahlah dengan pemikiran lain yang setaraf sampah sarap
Nak harapkan kalian ubahkan huhhh tak boleh harap

Mana mak abah?
Mana ustaz ustazah?
Mana cikgu cemerlang?
Mana pemimpin kesayangan berjiwa rakyat?
Mana semua itu? Mana?
Kes besar berlaku depan mata, takkan duk diam aje
Agama dijadikan permainan, takkan biarkan ia terus dicabul sewenangnya

Sempena tahun baru yang baru menjelang tiba
Aku mohon kepada semua yang masih lagi ada jiwa intelektual kelas pertama
Yang merasakan mereka masih punya akal untuk membeza
Antara baik dan buruk yang berlaku di dunia
Tolonglah menegur jika anda punya kuasa
Sampai bila masyarakat Melayu malahan Islam hendak tercela
Dek tangan umatnya yang sendiri merosakkan nama
Kesian Rasulullah andai baginda hidup tengok dunia sekarang depan matanya

Tolong
Kembalikanlah intelek setinggi-tingginya
Jangan letak
Jangan buang
Jangan campak
Intelek kita sendiri
Dalam tong sampah

Biarkan jiwa rosak
Biarkan rosak tidak direpair
Bodoh namanya.

Duhai remaja, jangan tempah bala untuk negara kita lagi, please?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014