Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Jamuan Akhir Tahun 5 Ekonomi 1 2014

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, pada 12 Oktober 2014, telah berlangsungnya Jamuan Akhir Tahun bagi kelas aku, 5 Ekonomi 1 dalam kelas aku sendiri. Alhamdulillah, hampir semua boleh datang dan memberi kerjasama bagi menjayakan majlis ini dengan girangnya. Kenangan akhir tahun mungkin kalau bab jamuan kelas ini.

Hashtag Diari DoplohLimaJam ILDAS

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, aku akhirnya selamat sampai ke rumah menikmati cuti aku setelah bergelumang dalam arena menuju Sijil Pelajaran Malaysia yang semakin lama semakin penat dan membimbangkan hati. (Elehhh, bimbang hati konon, boleh berani online lagi ni.) Ya, hari ini aku nak share sikit story mengenai alkisahnya aku dan pelajar Tingkatan 5 Muhammadiah ni menjejakkan kaki ke ILDAS atau nama panjangnya Institut Latihan Dan Dakwah Nogori Selangor dekat hujung Sabak Bernam ni aku rasa. Apa function pergi sana? Apa lagi, kami mengikuti Bengkel Kecemerlangan Sains dan Matematik anjuran panitia sekolah. Terasa macam level kami untuk kedua subjek masih lagi di tahap lemas terkapai-kapai dalam lautan SPM. Dua hari sahaja kami di sini iaitu 10 dan 11 bersamaan hari Jumaat dan Sabtu yakni setelah dihitung-hitung hanya 25 jam sahaja kami di ILDAS.