Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

D1L3M4

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, cuti persekolahan penggal kedua kini telah memasuki hari yang ketiga. Mungkin ramai yang telah menarik nafas lega setelah berhempas pulas menjayakan diri dalam peperiksaan percubaan tak kira apa jua tahap. Namun, ada juga yang mengambil pit-stop gara-gara kertas peperiksaan yang dikeluarkan telah bocor dan perlu diulang semula. Moga adik-adik guwa yang ambil UPSR tahun ini mampu bersabar dan meredhakan kerepeatan soalan peperiksaan itu.
Makin lama persekitaran semakin aneh.
Aku tak tahu nak menuding jari kepada siapa sebab aku tak suka nak menuding jari. Yang agak mengecewakan apabila batch sendiri terkena tempias yang cukup besar bapakkknya. Makin lama kes demi kes menjadi suatu perkara yang amat menyedihkan kita. Tak pernah duhhh aku nak tanya mereka, apa yang sebenarnya kalian harapkan untuk penutup 2014 ini? Apa matlamat mereka merealisasikan sesuatu yang akhirnya menambah kecundang di hati semua pihak?
Belajarlah tutup mulut …

Aku Penat

Imej
Susah hendak menutup mulut orang, Kadang kalamnya membuatku berang, Hingga berazam ingin berperang, Bahayanya senjata mereka lidah nan pedang, Matanya tajam mampu membuat manusia kecundang.
Aku penat
Hati ini sabar menahan Memohon ketabahan dan dugaan Namun tidak aku menyalahkan Tuhan Walau hati perit dilukakan Walau emosi banyak dipermainkan Walau perasaan dihiris kesakitan
Hampirku bertanya meminta dorongan Namun sayangnya, aku keseorangan Hidup sendiri bersahabatkan angan-angan Bercinta dengan nostalgia yang bermain di ingatan
Aku penat
Airmata setiap hari tak berhenti menitis Kerana hati dicincang dihiris Peluang untuk mengecap bahagia semakin menipis Hadir kesedihan petah berpuitis Setiap hari terasa sadis Menghadap hari bertema tangis Membiarkan kenangan bernanah berkudis Memohon ketenangan kepadaNya tak pernah muflis
Aku penat
Ya Tuhanku Rabb Maha Memahamiku Tenangkan hati sedamai-damainya Ikhlaskan hati memaafkan sejujur-jujurnya Moga aku menemui hikmahMu
Serius aku penat Dii …