Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Majlis Khatam al-Quran Asrama SAMMPS 2014

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pada 22 Julai 2014 hari Selasa, telah berlangsungnya Majlis Khatam al-Quran bagi peringkat asrama SAM Muhammadiah Pekan Sabak sesi 2014 yang menjadi penutup kepada program tadarus yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Acara ini dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim diiringi doa khatam Quran seterusnya ucapan ringkas oleh Ustaz Khairun Nidzam bin Tarmidji dan penyampaian cenderahati kepada Imam Tahlil, Imam dan Bilal Tarawih & Witir. Berikut adalah imbasan sepanjang majlis ini berlangsung.
Diharapkan agar majlis ini dapat menjadi suatu kenangan dalam kehidupan yang amat bermakna di samping mencari keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sekian.

Saat Perasaan Menulis...

Imej
Saat perasaan menulis...
Aku merasakan begitu sunyi
Kerana di sisi tiada yang memahami
Terasa diriku sudah mati

Saat perasaan menulis...
Aku merasakan aku hanya sendiri
Walau dalam ribuan manusia di sisi
Tapi mereka buta tidak melihat aku berdiri

Saat perasaan menulis...
Jutaan manusia sedang meminggirkanku
Insan yang kuharapkan berlalu pergi meninggalkanku
Mungkin mereka sudah mempunyai jawapan
Tentang semua kebahagiaan yang didambakan
Tanpa aku. Kini keseorangan.

Saat perasaan menulis...
Betapa kecewanya hati ini
Kerana tidak dapat mentafsir apa yang terjadi
Menangis hati ini
Kerana tidak dapat melihat bukti
Meronta jiwa ini
Memohon segala yang tak pasti

Saat perasaan menulis...
Aku berjuang untuk mendapatkan kegembiraan
Namun aku yang dulu sudah kehilangan
Setelah masalah banyak berteraburan
Menyesakkan aku dengan kepalsuan
Menyemarakkan aku dengan penindasan
Memperlekehkan aku dengan kehampaan

Saat perasaan menulis...
Aku mula berubah untuk mencari ketenangan diri
Berusaha menggarap sebuah identiti
Yang takkan …

Iftar Jama'ie 2014

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertempat di Dewan Besar Muhammadiah Pekan Sabak, telah berlangsungnya acara Iftar Jama'ie bagi tahun 2014 sebagai salah satu program di bulan Ramadhan. Program ini disertai oleh para guru, kakitangan dan pelajar SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Berikut antara paparan menarik sepanjang program ini berlangsung.
Program Iftar Jama'ie ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan menjadi pengisian bermakna di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sekian terima kasih.