Temasya Sukan Olahraga, Padang & Balapan SAMMPS 2014

6:14 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 1 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam, pada 26 Jun 2014, bermula 8.00 pagi, telah berlangsungnya Temasya Sukan Olahraga, Padang dan Balapan SAMMPS untuk tahun 2014. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti larian, lontar peluru, rejam lembing, lompat jauh dan lompat tinggi. Pada tahun ini, firqah Satria sekali lagi mengulangi kejuaraannya pada tahun lepas dengan merangkul johan keseluruhan bagi temasya ini. Mari kita saksikan paparan menarik sepanjang Temasya Sukan Olahraga, Padang dan Balapan SAMMPS 2014 ini berlangsung.

[KAMERA: Muhammad Hafizuddin, Nazrul Adzim, Akmal Hakim & Redhuan Amran]

Menaiki bas untuk ke stadium
Pagi yang gelap, kini sudah terang
Guru yang hadir
Suasana stadium
Pelajar mengambil tempat duduk
Trek
Jet-jet atlet
Siapa yang akan sandang pingat dan trofi ini?
Bergerak memenuhi trek
Acara pembukaan - 200m Lelaki
Berkibar megah
Potong dia!
Semangat kesukanan
Macam sedap air itu
Rejam lembing
Lompat jauh
Memberi sokongan
Nampak muka kesungguhan di situ
Antara guru yang hadir menyaksikan temasya
Milik siapakah piala ini?
Melihat pemenang
Pungutan pingat bagi setiap firqah
Menerima pingat dalam acara yang dimenangi
Ustaz Rushdi Jamali
Memberi sorakan penuh sokongan dan semangat
Krew kecemasan
Kesungguhan menghabiskan larian
Suasana pentas
Ayuh tamatkan larian
Bersedia untuk berlari
Pengacara majlis (macam kenal...)
Selesai menerima pingat
Penutup temasya sukan - 100m L1 AKHIR
Tahniah pemenang
Kesian adik tu angkat sorang-sorang!
Wah, gaya macam atlet olimpik
Ustaz Nidzam merasmikan penutupan Temasya Sukan
Siapakah yang akan menerima piala ini?
Syafiq Amri, Pengerusi Firqah Satria menerima Piala Keseluruhan bagi Temasya Sukan
Bergambar bersama piala yang dimenangi. Well done, Satria!
Mengabadikan kenangan
Kemas kemas, dah nak balik
Pelajar beransur pulang
Semangat Satria!
Selamat tinggal, Temasya Sukan!

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah memenangi acara yang telah disertai untuk mewakili firqah. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana Temasya Sukan Olahraga, Padang & Balapan SAMMSP 2014 pada tahun ini. Sekian.

1 ulasan:

Malam Ambang Ramadhan 2014M/1435H

3:47 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada 24 Jun 2014, bertempat di Dewan Besar Muhammadiah Pekan Sabak, telah berlangsungnya Malam Ambang Ramadhan 2014M/1435H yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Rohani Asrama SAMMPS. Selain dipersembahkan dengan alunan qasidah daripada kumpulan Fathul Qalbi, majlis ini diserikan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Azmi. Berikut merupakan imbasan menarik sepanjang majlis itu berlangsung.

[KAMERA: Akmal Hakim & Nazrul Adzim]

Ustaz Nidzam bersama Ustaz Dr. Azmi
Bersalaman dengan pelajar
Kumpulan Qasidah Fathul Qalbi mengalunkan beberapa qasidah
Tekun mengambil intipati
Mendengar apa yang disampaikan
Antara pelajar lelaki yang hadir
Antara Muslimat yang hadir
Persembahan qasidah oleh Fathul Qalbi
Bersemangat mengalunkan qasidah
Ustaz Dr. Azmi menyampaikan ceramah
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Malam Ambang Ramadhan. Semoga majlis ini akan memberi kita panduan, peringatan dan sebagai persediaan untuk kita menghadapi bulan Ramadhan al-Mubarak yang semakin hampir, insyaAllah. Sekian.

0 ulasan: