Rasionalisasi Sebuah Perpisahan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Dia.
Aku dah habis SPM. Kiranya aku berada dalam zon menganggur sambil melakukan aktiviti yang aku susah nak buat atau tak dapat nak buat masa aku bergelar pelajar. Maklumlah, dah bergelar lepasan SPM memang macam ni la ceritanya. Tapi aku banyak juga tengok kawan-kawan aku yang dah start mencari kerja daripada duduk rumah duk menghabiskan duit mak bapak je kerja so keluar rumah start enjin pepagi mencari sesuap nasi demi nak menjejakkan kaki ke alam dewasa. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menyekolahkan diri dia dengan masuk mendaftar di sekolah memandu manalah tahu agak heaven sikit dapat lesen boleh pusing satu KL yang tak pernah diterokai. Ada juga yang mengambil kesempatan juga untuk menceburi bidang ala-ala Zalora Lazada bagai yakni berniaga online kata kau. Hahaha takpelah masing masing cuba mencari pengalaman di bulan Disember memandangkan nak menunggu result kemainlah 3 Mac tu punyalah lama enn. So, apa nak buat, mengisilah masa lapang yang banyak itu.

Bila dithrowback balik sebelum kita melakukan semau perkara ini, kita berada dalam zaman persekolahan yang begitu mengasyikkan. Apatah lagi aku tengok bebudak meraikan kemerdekaan la sangat daripada SPM padahal mak aku kata, kemerdekaan yang sementara padahal future tak tahu lagi macam mana entah cerah ke gelap. Tapi aku tengok sejuk mata memandanglah beberapa sekolah yang lepas habis SPM depa buat sujud syukur. Alhamdulillah. Moga keikhlasan hati tetap dikekalkan dalam melakukannya. Ada juga sekolah lain nak buat sujud syukur tapi kalau sekadar niat nak jadi timeline mukabuku burung kicau instageram bagai tak payahlah yaaa. Niat itu penting, bukan riak.

Then, mulalah babak babak yang sukar dibendung iaitu perpisahan. Yalah, takut lepas ni tak jumpa member yang selalu ada seia sekata di sisi. Buddyz takkan terpisahlah katakan. Mulalah peluk menangis bagai. Perempuan jangan ceritalah, sampai basah tudung tu kalau diperah mahu air penuh sebaldi woo. (Punchline) Really can't hold sad feelings anymore. Kalau boleh, time tengah meluahkan perasaan bagai tu nak pasang lagu nasyid yang ada pasal kawan-kawan bagai. Then, merancang nak buat dinner la, jamuan semua. Kalau macam batch sekolah aku, kami buat dinner itupun tak semudah yang disangka. Aku malas nak cerita pasal apa sebab bak kata sekolah aku, (Aku: Walaupun aku dah tulis surat berhenti sekolah, tapi) Cikgu: "Kamu masih lagi ada hubungan dengan sekolah ini." So, nak mengelakkan daripada sesuatu perkara yang tidak diingini, kita diam-diam jelah ya. Apa-apapun, majlis makan malam perpisahan extraordinary batch 1997 itupun berjaya berjalan dengan lancar gemilangnya di Hotel Sri Bernam. Aku (macam biasa, dah jadi carier agaknya) menjadi pengerusi majlis bersama abam sado. Huhuhu.

Dah habis prom night (depa gelarkan malam tu prom night), biasalah sesi tangkap gambar, sembang menyembang pun diadakan. Aku malam tu bolehlah merakamkan detik indah bersama my bae, Isma dengan tangkap gambar. Hahaha nyempat kauuu! Semua mulalah nak bersembang berbicara apa hala tuju lepas ni, apa plan lepas ni, and then sedar tak sedar malam semakin mencemburui kita, berpisahlah. Tak tahu lagi jumpa bila Kalau tahu pun, 3 Mac 2015 itupun sebab nak ambil result periksa.

Memang macam-macam gaya, macam-macam karenah apabila pengisytiharan perpisahan sudah diumumkan. Macam-macam. Tahu-tahu sehari lepas tu, ada member yang sudah mengikat tali percintaan, tak kurang yang telah lupa kawan, tak kurang laman sosial macam tanah perkuburan, tak kurang deringan smartphone sudah tidak bingit seperti kebiasaan. Senyap. Sunyi. Lainlah yang mengagungkan assabiyah itu aku fahamlah contact  bagai nak rak, jumpa bagai nak beranak.

Sampai aku rasa pelik, memang macam ni kah gaya perpisahan yang sebenar-benarnya? Adakah ini yang dimaksudkan dengan perpisahan? Inikah syarat dan terma selepas perpisahan? Inikah definisi sebuah perpisahan? Tertanya aku dalam hati, betul ke macam ni ke semua. Kadang ada yang melebihkan depa punya special relationship daripada depa punya ukhuwah. Aku sendiri dapat buat kesimpulan, ukhuwah bebudak zaman sekarang hanya berpointkan kegembiraan semata-mata. Susah nak cari susah senang setiap masa tak jumpa pun takpe tapi perhubungan masih gila-gila sebelum mengumumkan perpisahan. Hurmmm entahlah. Manusia senang berubah. Aku tak tahulah rasionalkah perpisahan itu kalau selepas itu ukhuwah macam sepi di tanah perkuburan. Adakah ukhuwah batch seterusnya selepas ini yang tinggal hanya alasan tuk bahagia? Adakah ukhuwah selepas ini hanya sekadar kegembiraan sahaja, waktu kawan hanya mengatakan "lantak pi mampuihlah diaaa"? Aku tak tahu siapa yang bertanggungjawab menjelaskan kepada kita semua apa maksud ukhuwah yang sebenar. Aku tak tahu siapakah yang bertanggungjawab mencipta fenomena LUPA KAWAN selepas perpisahan.

Cinta boleh dicari tapi ukhuwah tiada pengganti.

Kau sendiri ajar orang untuk berukhuwah cara ini. Herdik orang ingatkan orang, "jangan lupa kawan." Bila kawan kau lupakan kau, mulalah nak merusuh nak touching bagai tapi kau sendiri sekarang ni macam mana.

Kau ajar orang hidup dalam satu batch, hidup dalam satu komuniti tak payah nak berpuak bergeng bagai. Tapi kau sendiri selepas tu assabiyah nak overdose sampai orang sekeliling nak menyampah dengan group kau.

Sudah-sudahlah sekalian umat. Jangan mencemarkan lagi ukhuwah yang sebenar-benarnya. Kita tak tahu apa kesan daripada semua ini. Apa yang kita fikirkan sekarang hanyalah keseronokan tetapi bagaimana kesannya terhadap komuniti sekarang? Tercapaikah ukhuwah fillah? Terkecapkah ukhuwah till jannah itu? Tolong fahami erti ukhuwah yang sebenar dan sejujurnya. Kita tak mahu kita sendiri menunjukkan definisi ukhuwah yang salah kepada generasi muda daripada kita. Sampai bila-bila la, kita tak dapat menjelaskan apa ukhuwah yang sebenarnya seperti yang telah diterapkan oleh junjungan kita, Rasulullah S.A.W. Jangan terkejut kerana kita mengamalkan ukhuwah yang boleh saya klasifikasikan sebagai ukhuwah muhimmah saa'dah (persaudaraan yang memnintangkan kegembiraan) semata akan menyebabkan kita sendiri mencurahkan nila ke dalam susu persaudaraan. Merosakkan masyarakat atau istilah ukhuwah yang sebenarnya.

Fikirkan kembali rasionalisasi sebuah perpisahan yang kita kecapi. Wajarkah kita berkelakuan sebegini terhadap kawan-kawan kita, ukhuwah kita malahan lagi besar lagi batch kita dengan perangai lupa kawan secara senyap-senyap, secara halus dan terus diam membisu? Jangan saat kita dipertemukan semula dalam suatu takdir, kau dah tak mengaku aku kawan kau lagi.

Reminder for all and including me also.

Salam mengecap ukhuwah. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular