#campakbelakang2014: Yang Tinggal Hanya 365 Hari Untuk Dithrowback


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Insert disc. Playing music entitled Senyum by Aziz Harun.

Before aku memulakan entri ini, tadi, smartphone guwa berbunyi tadi. Ada WhatsApp masuk dari seseorang yang amat guwa kagumi.

"Weh Mirul. Hmmmm aku sedihlah."

Laaa kenapa pula kau bersedih ni? Pasal kawan kawan ke, aku meneka.

"Bukan. Sebab 2014." balasnya siap emoticon orang menangis lagi.

Aku tanya kembali, maksud kau?

"Sebab apa yang terjadi pada tahun ini, banyak mengubah life aku."

Ohhh hurmmm. Let's elaborate this.

31 Disember 2014. Genap 365 hari kita melalui bermacam-macam perkara, pelbagai kenangan yang boleh dikatakan bersepah bagai memenuhi kotak kehidupan kita. Ada yang mengatakan 2014 merupakan tahun yang agak mencabar, sesetengahnya mengatakan agak berat berbanding tahun-tahun sebelumnya dan ada juga yang tidak merasakan apa apa saat melalui 2014.

Jom kita sahut seruan inche Afzal. Let's us throwback. (Ecehhhh... jet-jet je!)

Macam nama Twitter Afzal sekarang ni, 200 Days With Aspurians (aku tak tahu la maksud dia Aspuri ke Aspura ke tapi semestinya Aspura, kan Afzal?). Ya, kalau duduk asrama ni kan lagi bertambahlah kenangan yang terpahat dalam ingatan. Tak campur sekolah lagi. Hahaha.

Tahun ini merupakan tahun pertama aku menjadi Tingkatan 5. (Ehhh ada tahun kedua ke?) Lagipun, bak kata cikgu-cikgu sekolah aku enn, dia kata jadi form 5 ni hanya sekali seumur hidup je. Pernah ada seorang cikgu (aku lupa pula namanya apa tapi dia) mengatakan bahawa, "Walaupun kamu ambil STAM sekalipun di sekolah yang sama, ianya takkan sama dengan apa yang aku alami sepanjang kamu bergelar pelajar Tingkatan 5." Yup. Betul. Bermula 1 Januari 2014, aku mengagak mungkin bermacam-macam perkara aku lalui sama ada pahit atau geitr cuma bendanya aku tak jangka sebab akdangkala apa yang berlaku terhadap diri kita, kita sendiri tak dapat duga dan tak dapat nak fikir apa sebenarnya jalan penyelesaian terhadap perkara itu, apa reaksi kita terhadap peristiwa itu. Ecehhhh.

Ini kisah throwback a.k.a. campak belakang aku. Mungkin juga ada kena mengena dengan orang lain yang sesekolah dengan aku, seasrama dengan aku.

Inilah permulaan pelajar Tingkatan 5 yang aku rasa mana-mana sekolah atau asrama akan lalui benda ini. Mungkin dengan pelbagai nama, Sesi Suai Kenal, Tautan Kasih, Rangkai Kasih, Ahlan Wasahlan Ila Baiti Tholabah (Maksud: Selamat Datang ke Asrama Pelajar) dan sebagainya. Tak kisahlah, ikut sekolah memasing ya tak? Apa-apapun, aku nak mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada Majlis Tertinggi dan Kepimpinan Exco 2014 atas berjaya juga memomentkan kenangan manis walaupun aku tahu korang melalui kedegilan batch kita dalam memberi kerjasama tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun kena kutuk maki hamun dengan individu luar yang mungkin sengaja menjatuhkan semangat kita untuk meneruskan program ini tetapi alhamdulillah nice to be memory on our life.







Memang guwa akan miss moments guwa dengan adik-adik junior guwa ini. Karier aku sebagai AJK tidak dilantik sepanjang program di Samone pun best juga, walaupun tak dilantik, tetapi guwa nak juga menyakan program-program yang diuruskan oleh batch 97 ini yang digelar EOB97. Extra Ordinary Batch 97. Apa-apapun, exco 2014, guwa telah meletakkan 4 bintang per 5 atas orientasi ini. Aku yakin dan percaya bahawasanya exco 2015 dan so on akan menjadikan orientasi kita sebagai 'sumber' penambahbaikan untuk orientasi depa pula.


Moment seterusnya yang guwa takkan lupakan apabila Anis Mat Shom telah meninggalkan asrama sekaligus meninggalkan pada akhir bulan Januari 2014. Mungkin bagi lelaki nampak biasa-biasa sahaja Anis meninggalkan asrama, tetapai Anis yang telah berkecimpung lama dalam asrama menyebabkan warga Aspuri agak sedih dan pilu. Malam lepas Anis get out dari asrama, mulalah timeline aku penuh dengan gambar Anis ngan bebudak, konon kenangan ke apa enn. Tapi melihatkan kesan Anis meninggalkan asrama, aku dapat lihat betapa eratnya hubungan Anis dengan bebudak yang perlu dijealous oleh mana-mana individu. (Anis, aku mention pasal kau ni bukan nak buat kau riak ke apa enn. Moment.)

20 Januari 2014. Kami ambil result SMA. Alhamdulillah, batch kami berjaya mendapatkan Izzati Nadhirah sebagai Mumtaz. Seorang pun okay apa. Aku tak ingat aa balance yang Jayyid Jiddan berapa. Tapi, disebabkan SMAlah, aku telah memulakan karier sebagai pereka banner pula untuk peperiksaan awam seperti PMR, SMA, SPM dan STAM. Hahaha. Kerja baru beb. Dapat gaji dari Cikgu Fadzilah lagi. Hahaha thanks cikgu.






Cerita seterusnya untuk kita throwback apa yaa?

Tahun ini, alhamdulillah, SAM Muhammadiah perlu berbangga kerana buat pertama kalinya dala sejarah sekolah Samone telah terhasilnya filem pendek Legasi dan buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku berjaya menghasilkan filem pendek aku sendiri. Dengan bantuan kawan-kawan, sahabat handai dan para pelakon, thanks to all yang tidak terhingga. Maafkan aku sebab tak dapat tunaikan janji belanja makan, harap dihalalkan ya ~ Walaupun buat filem Legasi ini nampak pada permulaannya quite easy tetapi bila dah campur personal matters orang yang terlibat dan kesabaran yang tinggi dek karenah semua orang termasuk mood sendiri, memang agak rumit. Sampai aku rasa nak berhenti doo buat Legasi tetapi disebabkan aku nak membuktikan sesuatu kepada sekolah demi menebus kembali maruah yang tercalar akibat men'isu'kan Hari Guru 2013 inilah sahaja peluang yang ada. Dan aku taknak menghampakan co-director aku yang lain seperti Muzzammil, my lovely cameraman, Fyqa, Naz, Isma, Syasya dan lain-lain lagi penting lagi para pelakon yang terpaksa berkorban walaupun shooting time exam mid-year pula tu. Memang banyak jasa yang telah dikerah oleh semua yang terlibat. Terima kasih banyak-banyak kerana menghidupkan Legasi. Menangis pula aku. (lap air mata)







Mungkin ini cerita terakhir guwa nak cerita, sebab guwa rasa kalau nak cerita banyak pasal throwback ni, sampai pertengahan 2015 baru habis rasanya. Masa KAMIL dan Sukan Asrama, guwa lagi perit sebab guwa kena jadi pendokumentasi dan ketua firqah. Adoomakkk memang berat, letih semua ada. Tapi sayangnya, masa penutupan, guwa tak ada pula time tu. Hurmmmm. Mana pingat debat aku woi?! Hahaha. Melalui KAMIL Sukan asrama ni la, gua boleh test keupayaan guwa nak tangkap gambar orang sukan. Selama ini, boleh setting bergambar, kena kaku dulu atau freestyle and then capture. Tapi kali ini idakkkk ler... Mana tidaknya, kamera pun kamera digital bukan DSLR. Masa ini, memang stress aku rasa exco sebab yang menjayakan sukan dan amal islami ni hanya ada beberapa kerat je. Yang lain, yang termakan cili masa entry aku ni maaf la ya, tetiba balik kampung. Duduk diam tidur dalam dorm entah apa-apa taknak beri kerjasama. Kadang aku tengok Afzal dan Chik, bukan kadang, selalu, aku tengok depa je yang buat kerja. Kesiannnn. Tapi takpelah, aku pun dah kira bersyukur dah sekurangnya asrama dapat fill masa dengan kerja yang berfaedah.













Sesungguhnya 2014 telah banyak mengajar aku macam-macam. Persahabatan, kerja, kerjasama, perpaduan dan lain-lain. Apa-apapun, aku nak mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan 2014 sebaik mungkin. Terima kasih yang tidak ternilai kepada mak abah yang sering sabar dengan perangai aku, Isma my lovely best friend, Fyqa yang banyak tolong aku memudahkan dokumentasi, Farhana Aida yang banyak melayan kebebalan aku dalam kelas, Awalluddin dan Fakar yang sentiasa melayan aku dekat asrama cari WiFi dekat sekolah, Cikgu Am, Cikgu Ayu yang beri dorongan, Ustaz Hussin yang memberi peringatan senantiasa dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menggembirakan tidak kurang memporak perandakan 2014 yang penuh ekstrem ini.

Benarlah. 2014 banyak mengubah aku. Personaliti aku. Penampilan aku. Peribadi aku. Thanks yang mengubahnya. Mungkin aku yang dulu telah tenggelam dalam lautan 2014.

Esok 2015. Aku akan meninggalkan kenangan aku yang berbagai pada tahun 2014. Namun takkan aku lupa kenangan kita bersama. kenangan dari awal tahun, sampailah ke Hari Usahawan, dokumentasi program-program, annual dinner sampailah ke prom night, terima kasih atas semua kenangan (Ecehhhh tiru ayat Anis pula!) Terima kasih pak pak makcik makcik yang ada kutuk-kutuk puji-puji maki-maki aku di laman sosial ataupun mengumpat bersama kawan-kawan. Tanpa korang, 2014 aku takkan seindah ini. Indah ke? InsyaAllah.

365 hari kini tinggal dithrowback. Yang tinggal hanya kenangan. Goodbye 2014, farewell 2014. Welcome 2015. Moga 2015 lebih indah, amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014