Aku, Isma & Our Story


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah. Dah masuk 16 haribulan Disember dah kitaaaa. Dalam dua minggu lagi kita akan menyambut tahun yang baru denagn perspektif yang baru dengan gaya hidup yang baru dengan keazaman dan ketekunan yang baru dalam tahun 2015. Sedar tak sedar, masa semakin pantas berlalu sehinggakan terasa cepat dan pantas hingga tak sampai hendak melakukan sesuatu perkara yang diimpikan untuk direalisasikan. Apa-apapun, tidak dapat dinafikan, 2014 telah meninggalkan seribu satu pengalaman sama ada baik atau buruk yang berkemungkinan dapat mendewasakan diri kita ke arah lebih manusia atau sebaliknya. Mudah-mudahan pelajaran yang diajar atau apa saja yang terkandung dalam lembaran 2014 mampu menjadi titik perubahan agar menjadi lebih baik pada tahun 2015. Siapa tahu, mungkin lebih mencabar daripada 2014. Wahhh intro yang agak sarkastik gamaknya.

Entry kali ini ingin bercerita sedikit mengenai...

"Wahhhh! Girlfriend  baru ke?"

Pertanyaan sebeginilah yang boleh menimbulkan pergaduhan dan pertumpahan darah kau tahu kerana masyarakat yang semakin menyerkap jarang tanpa mengetahui asal usul atau khabar atau berita sebenarnya. Kadang kami (aku dan Isma) lebih banyak mendiamkan diri alahhhh tak tergugat pun la relationship kami dengan mulut puaka neraka hangpa tulah! Hahaha nampak macam marah ke? Just want to say, aku punya bae, kau yang terasa, kau pahal?

Ismashazwa Ishak. A girl. (Memanglah perempuan.)
Hahaha perempuan perempuan dia pun ada la sikit terselit kelelakian dia tu haa.

Ok. Function aku buat entry pasal dia ni sebab nak menjawab frequently asked questions pasal dia daripada wartawan tidak bertauliah macam hangpa duk sibuk keluarkan kenyataan entah apa-apa entah. Apa yang aku jawab ni disahkan sendiri oleh Isma supaya semua orang puas hati, dengar dari kedua belah pihak, ya tak? Nak kata entry ni ke arah menjawab FAQ pun ta juga sebab aku nak cerita macam macam pasal dia. Sebab dia nilah aku kata, wasilah kekuatan aku. Heeeee. ^^

"Macam mana boleh kenal Isma?"

Seriously aku kata, masa aku form 1 and form 2, aku tak menyedari pun kewujudan gadis bernama Ismashazwa Ishak. Betul. Aku start sedar kewujudan dia ni masa aku form 3 memandangkan aku ni sekelas dengan dia. And aku baru tahu dia juga melalui kekasih hatinya iaitu Ridzuan Sahrom (pada masa tu) tapi sekarang dah clash of clans dah. Opsss mulut mulut neraka dah start bising dah. Agak tak selesa baca ni, boleh close ahhh! Maafkan saya kalau terkurang ajar. Bengang bengang. Huh.

Walaupun sekelas, ehhh kami tak kenal lagi, bersembang pun tidak pernah. Berjumpa lagilah. Kami kenal tahu bila? Dah habis PMR, dah start holiday akhir tahun, haaa barulah kenal? Kenal kat mana kenal kenal kat mana? Ecehhhh punchline pula. Masa tu dekat Facebook, dia tanya aku cerita Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS). Aku pun ajar la macam mana nak download cerita tu enn. Bermula daripada episod Facebook itulh, Facebook yang jarang jarang aku buka, dah jadi selalu. Yang selama ni phone aku tak bergetar hebat, jadi riuh macam ayam telur sekampung. Hahaha. Kadang kadang azan subuh baru tidur. Tapi takde la selalu. Maklumlah, happening enn baru kenal, baru tahu perangai sebenar yang selama ni duk malu-malu dekat sekolah, tengok depan orang ramai macam ni tapi belakang orang haaa macam ni ghupenyaaaaa. Hahaha.

Benarlah kata orang, semakin lama kenal, dalam jangka masa itulah ujian dia 'mai' (datang). Nak kata silap aku berkawan baik dengan girlfriend orang tak juga. Kalau dah ada persefahaman, dia paham yang aku just nak kawan baik je dengan si Isma ni, semuanya boleh jadi okay tapi itulah kan orang kata ego orang kita tak boleh nak kawal dan tundukkan. Masa Form 4 ni takde aa sangat kami berface-to-face pasal tulah enn malu-malu menebal dalam diri maklumlah tak pernah dapat best friend forever perempuan ni. Kalau setakat surat-menyurat tu benda biasa tapi tahun 2013 aku rasa boleh kira je berapa surat dia pernah bagi kat aku. Aku rasa sekali je kot. Awal tahun then tak dapat dah.

2014 menyaksikan suatu perubahan dalam perhubungan kita orang. Selama ini perhubungan kami belum pernah mendapat liputan media massa dan mulut neraka, akhirnya berlaku juga suatu perkara yang kami tidak sangka akan terjadi. Masa awal 2014, aku dah kena warning dengan Wan (boyfriend Isma yng kini bergelar ex dah sekarang) pasal 'kacau' Isma. Siap bagi surat, kata nak tumbuk muka nak pecahkan muka alah bisa tegal biasa dah aku dengan situasi macam ni orang kuat cemburu. Aku menyalahkanlah diri aku sendiri sebab yalah kacau awek orang siapa tak marah. Nak jelaskan dekat si Wan ni memang taknak dengar biasalah kalau lelaki dah cemburu buta, jangan kata buta, pekak semua ada. Tu yang payah jadi couple ni Patutnya batch aku menyaksikan ramai gadisnya yang men'janda'. Ecehhh mahu marah widows ni karang.

Bukan setakat itu sahaja, benar (lagi) kata orang, biasa bab bab percintaan ni, perempuan la yang kena menanggung apa yang terjadi. Masa PPT (Peperiksaan Pertengahan Tahun), si Isma ni menangis teruk sebab perangai Wan yang aku tak tahu nak tafsirkan macam mana sebab aku pun tak tahu apa yang Wan buat, kalau aku main buat spekulasi jadi fitnah pula enn. Kalau nak tahu, tanyalah si Isma tu sendiri. Aku pernah dapat surat ugutan bolehlah ugutan kot, daripada salah seorang member Isma ni walaupun dia tak beritahu siapa penulisnya tapi aku tahu siapa berdasarkan tulisan tangan dia. Dia kata macam ni la ada la sikit baris aku ingat, "Kau tak kesian ke kat Isma? Kau ni dikira kawan makan kawan bagi Wan kau tahu. Bla bla bla bla." ayat dia memang menghiris dan mengganggu mood aku yang time tu nak PPT. Tapi peduli apa aku. Aku tak faham kenapa orang tak boleh nak faham. Adakah sebab cinta, persahabatan perlu ditolak atau dah memang ditetapkan dalam hukum dunia bahawasanya orang yang bercinta tak boleh dijadikan kawan. Hadoomakkkk kesiannya mentaliti bodoh dalam batch sendiri ni. Tak tahu nak kata apa. Sorrylah aku kata mungkin pedas. Member dah kenal lama dari form one tapi sebab seorang gadis, tak boleh nak faham. Bukan aku ngan Isma tak pernah beritahu hubungan kami takat mana. Tapi itulah hal. Manusia boleh berubah kata Isma.

Pernah suatu ketika dalam aku menjayakan filem pendek Legasi untuk Sambutan Hari Guru sekolah aku, dia tetiba mengangin tak tentu pasal sampai spoil mood depa yang nak menjayakan ni. Yang Isma ni datang bilik gerakan, menangis then normal la perempuan ada yang tukang pujuk. Kita orang tak tahu nak kata apa, walaupun aku tahu depa ni menyalahkan aku atas perkara ini terjadi. Adakalanya aku nak stop buat Legasi ni, tapi memandangkan pelakon, pengarah, MT Hari Guru memberi high expectation dalam Legasi ni maka diteruskan jugalah dengan hasil usahasama kawan-kawan yang support. Thanks guys. Sejak peristiwa Isma-Wan dalam Legasi, aku dah tak nampak dah muka diorang untuk hari shooting seterusnya. Aku tanya co-director macam Fyqa, tetiba Syasya pula datang menjadi co-director mungkin mewakilkan Isma la kot. Sampailah hari terakhir Legasi, barulah nampak si Isma ni haa. Wan ni jangan cakap la. Dah habis babak dia, kira dah selesailah tugas dia dalam Legasi. Apabila memention Legasi, mungkin orang kata superb, gempak jalan ceritanya. Tapi di sebalik Legasi inilah, hanya crew, co-director, pelakon dia je yang tahu kisah depa (Isma-Wan) ni.

Hari ini, kami sendiri mewarnai kisah kami yang baru. Wan telah putuskan hubungan dengan Isma pada Raya yang lepas atas sebab yang perlu dirahsiakan. Isma memang menanggung derita. Ramai kawan yang telah menyalahkan aku tapi Isma selalu pujuk aku, dia selalu buat statement, "Weh kalau dah kami tiada jodoh, apa jadahnya nak salahkan Mirul juga doo." Aku taknak jadi masalah baru dalam hidup dia setelah tahun ini aku telah menghadirkan masalah dalam hidup dia. Aku taknak tinggalkan dia (alolo sweetnya...) bukan sebab apa, senang aku kata, kau tak faham cerita kami sebab tu kau boleh kata macam macam buruk dekat kami. Kami dah alah bisa tegal biasa, stay along dalam relationship BFF kami ini yang mungkin orang takkan faham sampai bila-bila. Thanks Isma sebab hadir dalam hidup aku. 12 November 2012, saksi kami memulakan langkah dan sehingga kini, kami dah lalui macam-macam. Ecehhhh. Sekali lagi nak tegaskan, kami tidak bercinta, kami hanya berBFF sahaja. Janganlah terpengaruh dengan drama Melayu hanya mengatakan, "saya suka awak" dah dikira ecehhh ada perasaan bunga-bunga dalam diri. Tak okay, tak. Drama dan dunia sebenar memang jauh berbeza. Kita tak boleh nak samakan atau cipta sendiri cerita kita berdasarkan drama yang ada di televisyen. Langkah yang kita ambil dalam menentukan keputusan membawa jalan cerita yang berbeza dalam setiap langkah.

Thanks for understanding us. This is me, Isma and our story. 2014 end of stupidity. Hahaha.

Ulasan

Catatan Popular