Detik Akhirku Di Samone (31 Oktober 2014)

Play lagu Memori Tercipta nyanyian Shila Amzah.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Welcome November. Happy November. Dah masuk bulan November nilah agak cuak dan serabut sedikit sebab dah semakin dekat atau sudah masuk ke medan Sijil Pelajaran Malaysia, sebuah peperiksaan penentu masa depan semua orang yang berada di dalam Malaysia ni. Walaupun SPM dan cuak dalam hati, aku tak tahulah kenapa aku selamba je online update lagi enn. Tak apa, as a release tension activity ni.

Baiklah, kali ini aku ingin menceritakan tentang moments yang menarik yang berlaku pada 31 Oktober 2014. Boleh dikatakan hari itu merupakan hari terakhir bagi zaman persekolahan akulah sebab kali itulah kali terakhir aku menikmati perhimpunan, menikmati kelas dan sebagainya sebab lepas ni aku akan bertempur dalam dewan pula. Time 31 Oktober tu, berlaku Majlis Restu Ilmu dan pelbagai lagi yang aku rasa boleh buat aku leleh kalau aku ingat balik. Huuuu. Baiklah, biarlah gambar yang berbicara, ya tak?

[Thanks a lot to Nazrul Adzim and Arsyad Khan atas tukang tolong ambil gambar sikit-sikit]

Renung sijil nampak, Paan
Hal pengawas 2014 dan 2015 ketika perhimpunan
Tahniah, KU2014. Selamat Maju Jaya, KU2015.
Waiting for Restu Ilmu SPM 2014
Moga mengekalkan A dalam Bahasa Melayu ya.
Ucapan wakil pelajar
Ucapan Ustaz Nidzam
Tekun mendengar
Minta restu daripada guru
Kesungguhan meminta maaf
Tak mampu menahan sebak
Tunggu turn meminta maaf
Memberi nasihat untuk ingatan calon SPM 2014
Sebak bersama rakan-rakan
Antara guru yang hadir
Cenderahati daripada kami untuk para guru
Lelaki EOB97
Freestyle y'all!
Perempuan EOB97
Style mereka, girls be like...
Pelukan Tuan Pengetua dengan pelajar
Bersama Pengetua
Depa pun nak juga!
Alololo, so sweetnyalah mereka ni. Mawad & Faqu.
Bersama ahli 4 Ekonomi 1 yang pengawasnya dan yang exconya...
5 Akaun 1
Freestyle y'all!
Confirm terharu Ustazah Ummi tu.
Candid di tangga namanya ni.
Selfie dengan Cikgu Am

Itulah dia serba sedikit mengenai apa yang berlaku sepanjang 31 Oktober 2014. Memang kenangan manis gila tahap bersemut hari tu. Memang aku takkan lupakan macam mana aku jumpa cikgu-cikgu yang aku tak berapa rapat dan yang aku ada buat salahnya dengan mereka.

Di kesempatan ini, aku, Amirul  Syafiq bin Abdul Mutalib nak memohon maaf seandainya apa saja yang aku cakap, yang aku tulis kat blog ini, di laman sosial yang kau rasa sangat sakit hati dan terguris mendalam, aku minta maaf sesangat. Halalkan segala makan minum, hutang segala. Doakan aku untuk espiyem ni agar aku dapat mengharumkan nama sekolah dan membanggakan mak ayah aku. Maafkan aku sekali lagi.

Selamat maju jaya, aku dan espiyem candidates yang lain. Forever swag.

Sekian, undur diri. Nak setadi. Setadilah sangatttt.

Ulasan

Catatan Popular