Memorandom Aidiladha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Sudah lama rasanya aku tidak meletakkan jari-jemariku di atas papan kekunci yang tersergam indah yang mana saat penulisnya menekan huruf di papan kekunci, itu bermakna sebauh idea, sebuah cerita, sebuah perkongsian dan kunci kepada kejayaan yang besar bakal tercipta. Bukan dipandang keyboard warrior ke apa, tetapi apa yang cuba disampaikan yang mungkin pengalaman hidupnya yang kita mungkin tidak pernah alami atau sebuah replay untuk diri kita yang akan mentafsir moraliti dan hikmah di sebalik apa yang berlaku daripada ceritanya. Ya. Introduction yang membawa definisi yang besar bukan kepada golongan blogger sahaja malahan semua individu yang masih lagi cakna akan pemikiran dan masih lagi mampu mendewasakan masyarakat melalui pandangan. Semua orang ada hak untuk bersuara. Tapi sejauh mana keberadaan suara kita?

"Tidak perlu untuk menjadi sempurna jika menyampaikan sesuatu kebaikan. Cikgu tak peru untuk pkai serban dan jubah untuk menasihati kalian. Jiklau cikgu rasa benda itu bagus, maka cikgu akan sampaikan." - Cikgu Azhani Marlan

Alhamdulillah, dengan munculnya post ini, maka aku ingin maklumkan bahawa aku telah selamat sampai, berada jauh dari peraturan, berada dekat dengan kesenangan dan mahabbah dalam nilai kekeluargaan. Alhamdulillah kepada Allah, Tuhan sekalian alam yang telah memberikan kami selaku warga SAM Muhammadiah Pekan Sabak yang dapat cuti extended sampai Selasa :D Jadi, dapatlah juga merelease tension yang telah membukit dan berkumpul dalam diri selama dua minggu di bumi perantauan dan pelajaran. Maklumlah, selama dua minggu, aku kini sedang menjalani gerak gempur untuk Sijil Pelajaran Malaysia yang akan menjengah sebulan lagi dan memang terasa gerak gempurnya itu yang begitu... begitu... begitulah. Memang menguji kesabaran dan penelitiannya. Huu... haru biru kepalaku. Dengan pelbagai masalah yang bukan daripada aspek pelajaran sahaja, perasaan, emosi, persahabatan... Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang tahu. Rasa tak perlu tahu kot apa masalah yang begitu memencilkan aku dan membuatkan aku bukan seperti aku. 

Baiklah. Entri kali ini bukan duk nak bercerita masalah sahaja sebab masalah ialah komponen wajib yang ken ada dalam kehidupan. Dalam suasana hujan renyai dan tak tahu nak memperlakukan apa apa, tanpa membuang masa, hari ini aku ingin mencoret mengenai peristiwa agung dalam sejarah duniaaaa. Buktiii... haishhh ternyanyi pula lagu Isra' Mikraj.

Aidiladha.

Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan suatu sambutan yang aku rasa amat sinonim dengan masyarakat dengan istilah pengorbanan. Di mana jika semua orang ketahui akan alkisah Nabi Ibrahim a.s dengan Nabi Ismail a.s, anaknya itu yang mana Allah S.W.T. telah menurunkan perintah untuk menyembelih atau melakukan korban. Kisah ini amat favourite di mana-mana masjid ataupun meniti di bibir-bibir penceramah apabila menjelangnya Aidiladha ini.

But is tapi.

Adakah kita menerapkan apa yang sebenarnya cuba disampaikan melalui sambutan atau hari kebesaran Aidiladha ini? Adakah hanya sekadar turun ke masjid untuk melihat ayah kita atau datuk kita menumbangkan seekor lembu untuk menyempurnakan ibadah korban? Adakah dengan sekadar menghirup sup tulang yang mak ayah kita masak? Nope.

Apa sebenarnya pengorbanan kita? Ok, bukan aku nak minta kita samakan pengorbanan kita dengan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail tetapi Allah nak uji sahaja Nabi Ibrahim, bukannya baginda sembelih betul pun, tetapi simbolik semangat yang Nabi Ibrahim cuba mentaati perintah Allah itu yang perlu wujud dan maujud dalam diri kita yang sepatutnya kena ada juga dan berterusan sampailah akhir hayat kita. Dah lama kita hidup, berapa banyakkah pengorbanan yang kita lakukan? Ya, banyak. Seikhlas mana? Terdiam.

Pengorbanan bukan hanya korban lembu apatah lagi aku ni pun tak mampu nak tumbangkan atau beli seekor. Namun, cukuplah sekadar pengorbanan yang membawa kebaikan yang penuh kepada masyarakat. Pengorbanan kita terhadap Allah, keluarga, kawan-kawan, guru, semua orang. Kita ada punya banyak peluang untuk membuktikan pengorbanan atau melakukan pengorbanan dalam hidup kita. Pengorbanan kita kepada keluarga dengan berkorban apa sahaja demi membuktikan bahawasanya kita mampu menggembirakan ahli keluarga dengan sebuah kejayaan hasil pengorbanan kita. Macam kita berkorban lembu kambing segala, kalau kita buat, kita akan dapat pahala. Macam tulah juga dengan pengorbanan yang orang lain tidak nampak, tetapi hasilnya dapat dinikmati. Senyuman terukir. Semua happy.

Berubahlah. Satu pengorbanan.

Di saat jemaah sudah di arafah, kita perlu bergerak juga. Menjadi perubahan dalam diri. Adakalanya, kita perlu berkorban bagi memperbaiki diri. Sampai bila kita nak jadi macam susu dalam kotak, walaupun kotak di luar cantik tetapi susu dalam rosak. Ingatlah, dalam diri, ada hati, rosak hati, badan mati. Hidup hati, hidup diberkati.

Akhirulkalam, Selamat Merayakan Aidiladha. Jangan sekadar meraikan, menerapkan, memahami dan mentafsirkan untuk diaplikasikan dalam hidup seharian. Kita bijak sebenarnya sebab punya akal, lembu tidak punya akal tetapi rela dikorbankan.

Ask yourself, apa pengorbananku? Jangan duk tanya, aku dah selfie ke belum hari ni masa korban. Selfie tak penting pun, yang penting selfie hati tu ada tak cacat cela, perlu ke nak kena pakai 'universal lens' untuk kelihatan hati kita sempurna.

Sekian. Salam pengorbanan.

P/S: Doakan aku agar dapat berkorban untuk Sijil Pelajaran Malaysia ya. Tahap kesedaran nak espiyem masih lagi di paras rendah. Hurmmm.

Ulasan

Catatan Popular