Hashtag Diari DoplohLimaJam ILDAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, aku akhirnya selamat sampai ke rumah menikmati cuti aku setelah bergelumang dalam arena menuju Sijil Pelajaran Malaysia yang semakin lama semakin penat dan membimbangkan hati. (Elehhh, bimbang hati konon, boleh berani online lagi ni.) Ya, hari ini aku nak share sikit story mengenai alkisahnya aku dan pelajar Tingkatan 5 Muhammadiah ni menjejakkan kaki ke ILDAS atau nama panjangnya Institut Latihan Dan Dakwah Nogori Selangor dekat hujung Sabak Bernam ni aku rasa. Apa function pergi sana? Apa lagi, kami mengikuti Bengkel Kecemerlangan Sains dan Matematik anjuran panitia sekolah. Terasa macam level kami untuk kedua subjek masih lagi di tahap lemas terkapai-kapai dalam lautan SPM. Dua hari sahaja kami di sini iaitu 10 dan 11 bersamaan hari Jumaat dan Sabtu yakni setelah dihitung-hitung hanya 25 jam sahaja kami di ILDAS.

Menunggu bas tak datang juga...
Tak sabar nak ke ILDAS
Pintu masuk
Menunggu untuk mendapat kunci bilik
Minum petang
Landskap ILDAS
Aduhai, gym tak bukalah pula...
Tabik sikit. Aduh, Aliff spoillah. Patriotik sikit.
Auditorium
Melihat bebudak MITS sedang beriadah
Court untuk asrama puteri
Petang petang macam ni eloklah berbasikal.
Riadah bersama-sama
Main bola keranjang pepetang ni mereka.
Ready nak ke surau.
Belum seminar apa-apa dah tersadai dah?
Slot pertama - Matematik
Cenderamata dari pihak sekolah kepada pihak penceramah
Maths weh tanya jangan tak tanya
Morning
Suasana di pagi hari, subhanallah.
Permandangan dari hadapan
Sarapan bihun dulu
Membuat roti bakar pun kenalah candid!
Candid sebelum slot Sains bermula
Ready for Science's slot.
Slot 2 - Sains
Hari last kan, isilah kejap borang maklumbalas...
Slot 3 - Jom Tekan Kalkulator
Makan tengahari nasi ambeng la kitaaa.
Girls nowadays pantang dapat kamera
Menunggu bas tak datang juga...
Jom balik Muhammadiah. Bye ILDAS.
Itulah dia sedikit sebanyak mengenai trip belajar kami ke ILDAS. Happy memang happy tapi sekurangnya kami dapat menimba kenangan almaklumlah tahun terakhir kan di bumi Muhammadiah. Takut tak jumpa lagi lepas ni. Terima kasih cikgu-cikgu, terima kasih kawan-kawan. Sekian, terima kasih.

Ulasan

Catatan Popular