Coretan #1 - Ukhuwah Sampah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Menghitung hari, detik demi detik, mungkin tidak lama lagi penghujung dan pengakhiran bagi tahun 2014 bakal tiba. Mungkin ada di antara mereka yang berasa hiba mendengarnya lantaran kenangan manis dan pahit tercipta menambah rasa dalam kehidupan yang tiada tara dengan tahun sebelumnya. Maklumlah, aku sebagai tahun terakhir bagi tahun ini menyambut zaman persekolahanku dengan penuh nostalgia yang mendalam seandainya tapak kaki ini melangkah keluar dari penjara zaman persekolahan yang entah aku tidak tahu perlukah aku genggam erat seeratnya meraikan semua momen indah bersama kawan-kawan, guru-guru mahupun warganya?

Sepanjang tahun 2014,
Aku tidak menemui apa-apa meaning of friendship. Hanya aku temui, kosong. Pengharapan memohon kemanisan itu punah musnah siap aku sumpah seranah sampai bernanah. Kebarangkalian benarlah apa yang kurasa, sahabat, kawan disekeliling aku hanya menumpang, mengais keseronokan tanpa memikirkan apa yang bermain di padang hatiku yang kini lara dek dimusnahkan sendiri oleh kawan-kawan malah best friend forever sendiri. Aku tidak mengerti dan cuba untuk memahami apakah meaning di sebalik ujian yang telah Allah tabalkan buatku yang kecil ini. Mungkinkah Allah ingin aku mengubah pandangan dan landskap terhadap pengertian sepenuhnya sebuah ukhuwah yang mana dulu aku telah menganggap ukhuwah fillah tetapi ukhuwah SAMPAH?

Ukhuwah sampah...
Tak semestinya kawan yang kita ada boleh dipercayai 100% kerana kita tak tahu mungkin kawankita itulah yang akan menjadi 'pengarah' kepada 'drama'nya di mana kitalah 'pelakon'nya secara tidak sengaja tetapi itulah hakikat. Yang baik, tak semestinya sejernih air. Yang buruk, tak semestinya sehitam arang. Rambut sama hitam, tetapi hati berbeza colournya. Aku tak perlu atau kena hairan kalau ada kawan sebegini sebab aku dah lalui sepanjang 8 bulan di bumi Muhammadiah ini tentang ukhuwah yang aku tak tahu apa motifnya mereka ini bersahabat dengan kau. Sama ada mereka ini menjadikan aku sebagai permainan atau mereka menganggap aku hanya boneka yang aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana aku tak sedar diri aku dibonekakan. Aku tak nampak nilai ukhuwah bernasab fillah (kerana Allah) ini. Cukuplah selama ini mata aku telahku butakan demi menjaga hati mereka dan hati sendiri walaupun hati sendiri kadang diabaikan atau tak dijaga langsung oleh puak ukhuwah sampah ini. Alah, bukannya mereka caring pun. Asalkan guwa dengar cakap mereka, guwa follow cara mereka, sudah. Memang sampahlah cara macam tu, kan?

Kecewanya aku terhadap sahabatku. Kawanku. Persahabatanku.
Yang hanya memeningkan kepala aku dan cuba mentransformasikan diriku ke arah kemurungan.
Hanya berdiri di atas prakarsa batch padahal hanya tahu menjatuhkan nama dan air muka rakan sebatchnya sendiri.
Tiada erti brotherhood or sisterhood kalau hanya tahu nak jadi Robinhood dalam persahabatan.

Benar-benar kecewa. Hati menggumam luka. Mungkin 2014 aku bersama ukhuwah sampah aku sendiri. Yang hanya tahu mencari kesilapan dan berlagak seolah-olah pejuang kebenaran dalam batch sendiri. Aku tak tahu. Hanya Allah tahu maksud sebenar dalam hati, yang mungkin kau sendiri tak rasai ataupun ada pernah terlintas dalam hati.

Mungkin benar orang kata, belajarlah hidup sendiri. Dari terus ditikam belakang tanpa disedari. Malahan oleh kawan sendiri.

Cikgu Ilham Rafii ada berkata kepadaku,

Inilah asam garam kehidupan, Amirul. Rakan sendiri yang kita sangka dia baik, kita percayakan kita, rupanya dialah yang akan tikam belakang kita sendiri.

Mungkin betul kata cikgu. Aku hanya sampah di mata mereka. Mereka mempergunakan aku untuk kebaikan mereka, cikgu. Semua ini telah membuka mataku dan mata hati kecilku ini. Biarlah. Sekurangnya aku telah mempelajari sesuatu dalam lembaran hidup yang mungkin akan ada seseorang yang Allah hadirkan untuk mengubah dan menggubal tanggapanku kini. Tiada lagi meaning of friendship or brotherhood sisterhood or whatever sekalipun tentang ukhuwah. Bagiku, apa yang ada sekarang ini di sekitarku hanyalah UKHUWAH SAMPAH.

Right?
UKHUWAH SAMPAH!

Terima kasih kalian kerana mengajarku erti persahabatan yang sebenar.


A deep quote from her blog, talkandspeaking.blogspot.com

Ulasan

  1. Berhati-hatilah ketika berkawan. Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui. Yang kau temui itu adalah kawan umpama SAMPAH. Betul kata kau ASPM.

    BalasPadam
  2. Aku sentiasa mendoakan supaya kamu tabah menghadapi baki hari-hari persekolahanmu di SAMMPS serta peperiksaan SPM 2014 yang bakal menjelma tak lama lagi. Aminnn......

    BalasPadam
  3. Inilah asam garam kehidupan, Amirul. Rakan sendiri yang kita sangka dia baik, kita percayakan kita, rupanya dialah yang akan tikam belakang kita sendiri.

    #copypaste redzuansaifullahrazali

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular