Coretan #3 - Akan Mengakhiri Zaman Persekolahanku

Jadikan malamku lebih indah. Jadikan siangku lebih terang. Biarkan bungaku mewangi selamanya. - Akim Ahmad.

Tetiba pula pasang lagu Mewangi ni dah kenapa. Ok, next song.

Buka hard disk. Buka folder lagu.
Kena berani take a risk. Jadikan cabaran sebagai regu.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Sebuah post yang mana saat aku tengah menaip entry ini, aku sedang mendengar lagu Di Langit Awan Biru nyanyian Putri Ceria Popstar 2. Lagu komposer Ajai ini memang agak deep kalau difahami liriknya. Ok, entri ini bukan nak memuji atau mereviewkan lagu ini, tetapi berbalik kepada topik pada hari ini yang seperti biasa, aku ni bukannya mastermind atau nak mempengaruhi pemikiran kau yang membaca dengan idealogi aku yang entah apa-apa. Aku tak ajak pun kau baca, kan? Kalau kau rasa, kau nak baca entry aku dengan rasa terhormatnya, silakan baca. Kalau asyik nak komen, buka blog sendiri, meh aku cilikan keyboard kau tu. Hak bersuara jangan kacau boleh tak? Janji guwa tak kutuk agama, negara atau isu sensitif sudahlah. Ini cerita aku. Ini pemikiran aku. Inilah jiwa menaipku. Baiklah, tangan dan jari, pedulikan apa yang akan berlaku, ayuh kita menaip.

Ke garisan...
Sedia...
Mula!

Hari ini, aku lihat post members guwa mengenai hashtag Majlis Wida' 2014 oleh member pengawas sekolah guwa. Memang aku tersenyum melihatnya kerana inilah kepimpinan yang aku rasa walaupun tak layak dinobatkan sebagai kepimpinan tahap SBPI ke apa tapi boleh kita angkat ibu jari kepada mereka. Guwa sebagai rakyat jelata Muhammadiah just want to say congratulations kepada kalian kerana telah berjaya mengangkat disiplin Muhammadiah ke arah yang lebih baik. Walaupun aku tahu, banyak aral melintang pukang dalam kalian menguruskan karenah rakyat jelata SAMOners tetapi aku rasa kalian sudah melakukan yang terbaik tanpa terbalikkan sesuatu yang tak manis dipandang. Cukuplah jasa, tanggungjawab dan amanah yang telah kalain selesaikan dengan sempurna mungkin telah mengukir senyuman dan kebanggaan warga pendidik Muhammadiah dengan seikhlas mungkin. Good job, guys, again. Aku harap agar adik-adik bawah yang akan meneruskan legasi kalian, haa legasi terusss dapat mengambil sedikit sebanyak apa yang telah abang-abang dan kakak-kakak telah tunjukkan sebagai peneraju atittude rakyat jelata Muhammadiah ini.

Throwback, hurmmm not throwback actually...
Unit Disiplin melantik pelajar yang bolehlah seberapa nakalnya menjadi pengawas. Jadi isu benda ini, alah, yang jadi isu inipun di kalangan orang yang memohon borang pengawas tetapi direject. Aku kadang hairan juga dengan spesies hutan Amazon yang gila pangkat jadi pengawas mahupun jawatan tinggi bapakk kau di sekolah. Alhamdulillah, kepimpinan pengawas Avengers Muhammadiah tak macam ni. Once kau dah kena select jadi pengawas, kau seolah-olah sedang membawa barang yang beratnya x tan. Apsal x? Sebab tak tahu beratnya berapa, kiranya memang berat. Jadi pengawas ini bukan kerana nak dapat nama, tetapi guru disiplin tengok kau ini berkemampuan atau berkelayakan utnuk memimpin rakan kau, adik-adik di bawah kau supaya kau jadi contoh, ikutan dan mampu menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Huishh boleh masuk Dunia Pencetus Ummah ni. Jadi, aku berharaplah kepada semua yang apply borang permohonan atau register atau promote diri sendiri kepada guru disiplin menjadi pengawas, fikir dua ke tiga kali ke apa sebelum memohonnya sebab menjadi pengawas ini senang, tetapi tanggungjawabnya takut kat akhirat kau tak tenang. Ada akal, fikir.

Jadi pengawas bukan mudahlah senang cerita.

Apa lagi nak cerita ya, duhai idealogi?
Haa jari. Standby. Idea dah masuk.

2014 merupakan tahun terakhir guwa di bumi zaman persekolahan. Selepas ini, kalau ditakdirkan oleh Yang Maha Menentukan ini masuk universiti, maka aku akan melangkah ke zaman universiti pula. Macam-macam pahit manis mual muntah aku berada di Institusi Muhammadiah ini. Macam-macam. Tak kira baik buruk senyum nangis. Aku amat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan aku dengan Muhammadiah sebagai mengisi perjalanan aku di zaman persekolahan sebelum aku kenal lagi dunia luar, sebelum aku kenal lagi dunia dewasa, sebelum aku kenal lagi manusia yang entah bermacam-macam di atas bumi ini. Apabila aku berada di zaman persekolahan ini, of courselah, pelajaran menjadi tumpuan aku. Dan tak semestinya kita akan tumpukan seratus peratus percent kepada pelajaran, mesti ada aspek-aspek lain. Haa aspek-aspek lain inilah yang menyebabkan kita akan rindu genggam erat zaman persekolahan kita. Biasanya kalau orang dewasa sekeliling kita bercerita mengenai zaman persekolahan ni, mereka akan bercerita examplelah dialognya, "Dulu, pakcik masa sekolah dahulu, pakcik mengurat makcik kau nilah." atau "Dulu pakcik merupakan ketua umum di sekolah. Pakcik handle bebudak gangster." Mana adanya mereka akan bercerita mengenai, "Dulu pakcik study kat asrama menggunakan kitab itu dan ini". Takde. Mereka akan bercerita mengenai pahit manis zaman persekolahan. Dan itulah yang akan diteruskan oleh generasi sekarangapabila dah dewasa nanti. Pengalaman weh. Guru terbaik dalam kehidupan. Anugerah Allah penuh ingatan. Bersama kawan-kawan. Jadi pemimpin, leader di asrama. Agaknya kita dapat merasa lagikah situasi sebegitu bila dah dewasa nanti? Agaknya kita akan bertemu lagikah kawan-kawan kita di zaman persekolahan ini? Jangan menangis, lap airmata itu. Memang syahdu. Tahu-tahu macam aku ni ha lagi beberapa bulan dalam dua bulan lebih aku akan secara officialnya akan menamatkan zaman persekolahan. Cuma bergantung kepada aku sendiri sama ada akan mengakhiri zaman persekolahan dengan kemanisan atau kepahitan. Kita tak boleh nak meramalkan drama yang akan berlaku dalam hidup. Cukuplah kita sentiasa bersedia dengan bermacam kemungkinan yang mungkin akan spilt up our memories di zaman persekolahan. Bila dah berakhir zaman persekolahan nanti, mulalah melaksanakan aktiviti campak belakang terobekkk kata kau. Ketika itulah, kita akan rasa rindu serindu-rindunya. Namun, life must go on. Banyak lagi orang yang Allah nak kita jumpa. Mencipta pengalaman baru pula. Tapi pengalaman di zaman persekolahan yang paling sweet sawit belaka. Nak je kita bercakap kepada zaman persekolahan, "Rindu zaman persekolahan 200%".

Ada juga cikgu bertanya kepada aku dalam borak, "Korang tak ada plan nak bercuti di mana-mana ke lepas SPM, lepas exam nanti?" Macam biasalah, jawpaan nak selamat aku cakap jelah, entahlah, masing-masing sibuk nak study dulu. Kita pun tahu enn bahawasanya cikgu-cikgu ini pun dah banyak makan garam tapi jarang kena darah tinggi. Maksud aku, asam garam kehidupan bukan garam masin tu ha. Adakalanya moments akhir macam nilah, detik-detik akhirnya perlu kita hargai semaksima mungkin. Maksud aku bukannya kita kena enjoy sampai terabai pelajaran, bukan macam tu yang aku maksudkan, tetapi macam mana kita menyesuaikan pelajaran dengan rakan sekeliling. Such as study together, play games together. Itulah yang akan terimbau-imbau sampailah kita besar nanti. Serius manis woo zaman persekolahan. Ya Allah, mohon kegembiraan mengiringiku di dua bulan lebih yang terakhir.

Ok, sementara kepimpinan versi 2014 ini melantik kepimpinan 2015 version ini, pesanan guwa, guwa tahu guwa bukan exco mana pun, hanya exco tak dianggap tetapi penyokong exco. Kau menentang? Pergi buka penutup tong sampah, makan sampah puas-puas. Pesanan guwa kepada adik-adik guwa yang bakal menjadi pentarbiyah, pendidik, pemimpin, pe-pe bagai semua tu, memimpin biar dari hati bukan dari nafsu. Jadi exco bukan kerana nak nama up, bukan nak meraih kepopularitian atau pengaruh. Itu semua duniaaa belaka, tuan-tuan, puan-puan sekalian. Janganlah kita asyik nak bersiul dalam ketenangan bila diberi amanah. Jadi exco ini pun macam bab pengawas juga. Warden dan exco tahun terdahulu memilih korang kerana korang mempunyai nilai kepercayaan yang berada di mata mereka hingga mereka memilih kau sebagai exco. Kerana mereka tahu kaulah yang boleh atau berpotensi untuk membangunkan asrama yang kalau takde pemimpin, maka hancuslah nilai-nilai kebaikan. Yang paling penting, jangan mudah berputus asa, istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab dan jaga nama baik. Biar ramai kutuk-kutuk exco, asalkan perkhidmatan, kepimpinan kalian, kalian merasakan gred A. Biar orang kata kerja kita macam sampah orang anti kita. Ingat Yang Di Atas itu yang memandang apa yang kita buat. Apa yang kita buat di dunia ini pastinya akan ditanya dan dinilai oleh Allah S.W.T. Note for myself also. Astagfirullahal Adzim.

Makin nak akhir tahun ini, isu kepimpinan sama ada pengawas baik KU, PKU atau exco baik Penghulu dan Penghuluwati akan menjadi trending di mulut orang. Apatah lagi yang dah habis examination ni haa, mulalah bercerita di laman sosial. Tak kisahlah, kami Tingkatan 5 tak memandang dah jawatan yang kami sandang sepanjang berada di sekolah. Kami akan keluaq dari sekolah ini. Kami akan tinggalkan sekolah ini. Kami takkan menjadi pelajar lagi di sekolah ini. Dia takkan jadi KU lagi di sekolah ini. Tu, kakak tu, takkan jadi exco lagi di asrama ini. Yang hujung sana itu, takkan dah nak kejut korang subuh lagi. Takkan ada lagi. Cukuplah hari terakhir SPM menjadi titik perpisahan kami dan zaman persekolahan. Hari terakhir kalian di sekolah dan asrama merupakan perpisahan antara kami dan kalian.

Di kesempatan ini juga, aku ingin memohon maaf dari mana-mana anggota badan yang wujud seandainya aku melakukan kesilapan atau kekhilafan yang besar dan banyak terhadap kalian. Aku buakn manusia sempurna. Syaitan kiri kanan duk mendorong aku melakukan kejahatan. Aku minta maaf kerana tak dapat jadi baik di mata kalian. Aku minta maaf kerana selalu menyusahkan kalian dengan bermacam-macam tindakan. Aku terima seandainya apa yang telah aku lakukan kesilapan di bumi Muhamamdiah menjadi bualan sepanjang zaman sekiranya aku melangkah keluar, sekurangnya aku bangga menjadi murid Muhammadiah. Penuntut Muhammadiah. Biarlah kenangan kita bersemadi setakat untuk tahun ini sahaja. Biarkan senyumanku, jasaku di sini, mampu menginspirasikan orang lain agar menjadi seperti aku yang bab positif sahajalah. Aku bukan manusia sempurna seperti yang kalian harapkan dan sangkakan. Aku bukannya pasti sempurna. Hurmmm sedih pula menaip.

Beribu bintang di langit kini menghilang, meraba aku dalam kelam, rembulan mengambang kini makin suram, pudar ilhamku tanpa arah. Sedetik wajahmu muncul dalam diam, ada kerdipan ada sinar, itukah bintang ataupun rembulan. Terima kasih kuucapkan.

Tetiba pula lagu Kau Ilhamku - Man Bai masuk. Ayuh rakan sebayaku, kita masih bersisa lagi waktu untuk mengharumkan nama sekolah masing-masing. Masih bersisa lagi waktu untuk mencipta memori kita di arena ini. Masih banyak masa lagi menikmati zaman persekolahan. Mungkin bukan timenya aku bercerita perkara ini, tetapi dalam kita mencapai kejayaan dalam pelajaran sebagai lesen kita untuk masa depan dan penjamin akhirat kita nanti, carilah sinar persahabatan yang hakiki. This is story of your life. Itulah kita. Jangan jadi orang lain. Jadi diri sendiri sudahhh. Kawan-kawan lagi kenal kita kalau kita jadi diri sendiri.

Untuk akhirnya, aku ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon PT3, SMA, SPM dan STAM yang pernah kenal aku ataupun tidak di luar sana. Banggakan dua insan yang telah banyak memberi jasa besar. Senyumkan cikgu-cikgu yang tak pernah letih dalam mengajar dan melayan perangai korang yang entah apa-apa tu. Kagumkan warga sekolah dengan kejayaan korang yang superb itu. Cipta rekod baru. Cipta nama baru. Cipta cerita baru. Jom kaji buku!

Sekian, salam maaf kalau ada yang terasa. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular