Coretan #2 - Bodohnya Mentaliti...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Salam stalking semua.
Di sini lahirnya sebuah entri untuk dibaca. Baca sudahlah, jangan asyik nak kecam sahaja aku ni. Haihhh jangan jadi orang yang suka cari salah orang. Tak elok tahu. Kalau rasa-rasa tak suka dengan apa yang inign aku coretkan untuk kali ini, dipersilakan untuk close halaman ini. Tak sukalah kalau ayat aku pun nak jadi suatu kesalahan besar yang perlu dihukum. Kain kalian pun aku tak jaga, tak basuh dan tak iron, apsal nak ganggu hidup aku? Oh, jalan cerita hidup aku lagi menarik ya daripada jalan cerita hidup kalian?

Entry kali ini aku nak bercherita sedikit mengenai apa yang dapat aku nilai di sekeliling aku sekarang. Mungkin tak sangat nampak entri ini menuju kepada sebuah luahan hati. Tapi adakalanya aku suka ajak orang berfikir. Ajak orang melahirkan perkongsian bersama. Maklumlah, apa guna ada blog tapi hanya nak lontarkan ke dinding blog kita dengan kata kata cinta yang sesungguhnya menyampah dan elok dispamkan sahaja, betul tak?

Mencuba untuk melahirkan happy.

Before aku mulakan coretan untuk kali ini, aku nak mengucapkan jutaan ribuan yang tidak terhujung kepada dua insan yang sedaya upaya menguatkan aku. Mum and dad, sumber inspirasi guwaa sampai mati. Pencetus semangat dan always senyum dekat aku walaupun aku ini dah banyak melukakan hati mereka. Ohh, rasa bersalahnya kepada mereka.

Misi mencari aku yang dulu? Entahlah. Kenapa kalian mahukan aku yang dulu? Aku yang bodoh kerana tak sedar keburukan depan mata, agenda depan mata? Aku pun menjeling kehairanan tetapi adakalanya aku pun bertanya kepada diriku sendiri sebagai muhasabah diri sendiri. Entahlah, aku rasa aku tak mampu nak kembali ke personaliti yang dulu sebab dah macam-macam aku rasa sebab aku diamkan diri dan happy tanpa mengenal apa-apa kemungkinan untuk moody. Apa ynag kau tahu, aku dah penat jadi pak turut, pak ikut dan pak-pak yang lain. Aku pun kadang mencari apa silapku dalam meneruskan karier aku sebagai seorang aku yang dulu. Apa yang aku dapat, sakit hati, luka perasaan, teruji emosi, teruji keredhaan sampai aku rasa dah macam taknak redha dah semua orang yang aku kenal kat sekolah, asrama. Haihhh apa sebenarnya yang menguji aku ni ya? Siapa sebenarnya? Mungkin aku yang khilaf, atau mereka yang silap? Ujian Allah, hikmahNya la yang perlu aku cari. Hampir sahaja berputus asa, namun ada yang cuba mengangkat aku kembali, tak kurang cuba jatuhkan. Hidup ni senang, ada orang suka dan ada yang tidak. Kalau tak suka, tak boleh paksa orang suka kita. Kita bukannya sesempurna Rasulullah sedangkan Rasulullah sebaik baginda pu orang benci, inikan pula kita. namun baginda tak balas dendam malah positif dalam tindakan. Aku bukan Rasulullah. Nak setabah baginda, memang susah nak tiru dan copy. At least, kita cuba terapkan dan sematkan dalam diri. Cuma satu sahajalah yang aku nak tanya, kenapa uji keredhaan aku ya? Dah ckup pahala sampai nak test aku pula? Cubaan entah apa-apalah kalian ini. Sampah. Sorry, aku rasa itu bukan mencarut, bukan?

Situasi yang lama tidak akan sama dengan situasi yang sekarang. Mungkin apa yang perlu kita pandang adalah ke hadapan tanpa memikirkan perlukah untuk memandang ke belakang semua? Pleaselah, kalau kau pandang belakang sekalipun, itu semua dah tinggal kenangan, dah tak ada makna yang mendalam pun. Dah tak ada apa-apa nak diambil untuk diharapkan berulang lagi. Jangan haraplah. Itu semua perkara merepek. Mengharapkan yang lama berulang lagi? Boleh aku ketawa lawak sebegini?

Pleaselah, kenapa kita ni suka kusutkan imaginasi kita dengan kenangan lama? Apa kita ini sudah terlebih menelan air berkarbonat sampai berminat untuk berimaginasi dengan dunia kenangan nostalgia lama kau tu? Kita semua ini kena move forward ke hadapan, dah nama pun move forward kan? Jadi, cuba kita untuk merangka sebuah perjalanan kenangan baru agar kita dapat melakukan perubahan dalam diri kita. Sampai bila kita nak ulang benda yang sama? Tak jemukah? Mengulang kesilapan yang sama beulang kali, mengulang gaya yang sama sampai orang di sekeliling kita dah muak nak membaca petikan cerpen hidup kau yang asyik berulang-ulang tanpa henti kerana kita tak habis habis memaksa orang menonton ulang tayang tak berhabis drama kita yang sama, episod yang sama dengan jalan cerita yang sama? Aduhai, ketuk kepala jangan bebal. Jangan sampai tahap mentaliti kita terhadap sesuatu perkara diklasifikasikan sebagai suatu sifat kebodohan. Why should we repeat our old mistakes, kan? Kalau ya pun dah bosan dengan jalan cerita hidup sendiri, apa yang kau perlu buat ialah, relaxlah, Allah kan ada. ^^

Kadang aku sedih dengan masyarakat yang aku kenal sebagai pelengkap drama kehidupan aku. Kadang aku aneh, kenapa masyarakat suka memandang yang negatif tanpa mempelopori atau cuba menerapkan kepositifan? Aku amat tak bersetuju seratus peratus akan pernyataan bahawasanya, "Sejuta kebaikan itu akan lenyap apabila orang memandang satu kesalahan yang dilakukan." Pernyataan itu seolah-olah mengajar kita supaya mencemuh orang yang telah melakukan kesilapan besar apakknya. Entah hadis mana mengajar, dengan ustaz mana dia menuntut, dengan mazhab mana dia ikut, aku tak tahu. Tapi aku rasa really tak eloklah kita menganggap sebagai suatu benda yang negatif terhadap individu yang melakukan kesilapan seolah-olah peluang dia nak memeluk inche kebaikan dah tertutup rapat. Sia-sia sekolah ajar nilai murni tapi hanya simpan dalam beg dan biarkan habuk je. Look at our parents, kita buat salah, memang adakalanya dia kecewa dengan sikap kita tapi bukan sampai mereka mati, mereka takkan ampunkan kita, kan? Paling pun, mereka akan mengingatkan supaya kita tak mengulangi lagi kekhilafan dahulu. "Mereka mak ayah, lainlah dengan kita, saudara." Habis, macam aku satu hari nanti tak jadi mak bapa pula? Memang kau nak terapkan kepada anak-anak kau, "Ehh kalau orang buat jahat, benci dia sampai mati tau. Tak payah pandang jasa dia." Memang kau nak didik Generasi Z supaya merosakkan hubungan kemasyarakatan antara satu sama lain? Bijaknya. Kitab mana kau kaji?

Nothing that I can said except change.
Kita tak boleh nak ubah orang, nak ubah dunia, nak ubah semudah memetik jari. Tapi perubahan itu secara perlahan-lahan sekurangnya membuahkan hasil. Kalau terus mendadak, lama kelamaan istiqamah tak berani nak 'ajak couple' dengan kita. Macam mana kita nak terus dating dengan kebaikan yang kita nak buat? Sebab itulah, perhatikanlah apa yang ada di sekeliling dia. Kita ubahkan dia menjadi baik bukan dengan membenci dia tetapi menggarap sebuah nasihat. Jangan set dalam minda kita dengan hasutan yang entah apa-apa bermain di minda kau. Orang yang bermasalah dia perlukan perhatian dan semangat untuk dia terus bangkit dari melekit dengan kuman dosanya yang telah lalu. Just make he/she smiles dan semestinya kita akan tersenyum kerana kita telah berusaha menghasilkan sedetik perubahan dalam hidup dia.

Adakalanya manusia ini tak reti atau tak belajar topik jaga percakapan. Normallah, bila ada orang buat salah, dialah Facebook, dialah Twitter, dialah Instagram, dialah Vine, dialah media sosial senang cerita. Aku tak tahu apa hadiah utama dia dapat kalau dia asyik share kesilapan orang ni? Dapat duit tidak. Dapat dosa berkepuk-kepuk adalah. Tak kisahlah apa jawatan kita, apa umur kita, kita tiada hak nak melakukan demikian. Al-Quran dah jadi panduan terbaik dan terlengkap dalam kamus kehidupan seorang Islam. Kau petik mana lagi panduan yang entah sahih ke tidak. Mentaliti manusia sekarang ni, di zaman metropolitan kemodenan pembangunan mencakar langit sampai dah nak mencakar lapisan ozon, tapi pembangunan pemikiran tidak sejajar pula. Aduh, harap sahaja tahu selfie, tetapi tak tahu tengok yourself apa yang teruk dan buruk seperti beruk. Janganlah macam tu ya. Aku nasihat untuk diri aku dan diri kalian juga. Kita dah biasa dengar, manusia tak sempurna. Kita ini tak pernah merentas desa daripada kesilapan. Kita duk sibuk mendedah keburukan orang, silap orang tetapi silap sendiri tak pernah nak cuit langsung. Eloklah kita diam, mendoakan sesuatu perubahan dalam diri dia, mendoakan perubahan yang membahagiakan masyarakat, ummat. Kau dedah cerita kepada semua orang pun apa kau dapat? Memang muka kau jenis suak orang benci dia? Aku suruh dia tolak kau masuk neraka, amacam? Deep.

Tangan dah asyik menggentel skrin Camera360 dan berselfie, sampai lupa nak menggentel Tasbih 360 kali dan bermuhasabah diri. Mulut duk asyik mengumpat, bergosip dan menikmati hidangan daging saudara sendiri di restoran dosa. Sudahlah. Hentikanlah diskriminasi terhadap orang. Mana mentaliti kita yang Allah dah bagi level lagi pandai daripada haiwan? Nak juga menyamakan pemikiran dengan binatang tu pasal apa? Kita ada otak, kita fikir, bukan ada otak, letak dalam smartphone. Laksanakan sebuah transformasi terhadap masyarakat, ukhuwah kita yang semakin lama semakin entah apa-apa ni. Jangan salahkan orang lain kenapa persahabatan, percintaan, hubungan kekeluargaan atau apapun relationship macam kapal nak karam, macam dah nak tenggelam, tunggu masa nak berpecah dan mencetuskan perang saraf dan berbagai, tapi ask myself, apa yang aku dah buat untuk menyatukan komuniti kita sendiri. Lupakan hal semalam, jadikan iktibar, jadikan ianya agar jalan kebaikan kita lebar dan kita mampu membentuk identiti kebaikan di situ.

Apa yang aku tulis entri kali ini, jangan nak kecam atau jadikan point untuk kalian membenci aku. Adakalanya pendapat orang mampu menggegarkan pemikiran. Bukan menggegarkan kemarahan. Itu semua syaitonnn belaka. Carilah erti sebenar-benar erti, jangan sampai semua impian dan harapan terkubur. Nak benci aku, apa yang kalian dapat? Nak anti aku sampai buat sepanduk, demo dan page, sampai bila? Jangan main belakang, main depan-depan. Tak beranilah duk main kotor belakang-belakang. Tak best. Tak menunjukkan personaliti kita yang sebenar. Apa yang kalian cuba perjuangkan, cuba katakan. Mungkin aku boleh fahami dan perbetulkan.

Cukuplah coretan untuk kali ini. Perah otak, tepuk dada, sakit atau tidak? Saki, tanya iman, tanya diri sendiri. Tekurang itu aku, terlebih itu di Arasy sana. Aku hanya meminjam kelebihan yang Dia beri. Bukan aku pinta, tetapi Dia beri. Untuk apa? Untuk aku resolusikan diri sendiri bersama persekitaran yang entah apa lagi genre yang Dia nak uji tapi Dia nak aku bertahan dan membuktikan bahawa aku hebat dan kuat. Dia bukan kejam. Dia sayang kita. Dia nak kita sado semua aspek. So, takde reason nak salahkan Dia kalau kita dilanda masalah? Tak mampu bertahan, mengadulah kepadaNya. Hati ini milik Allah. Aku hanya peminjam.

Maafkan aku, doakan aku.
Kalau mahu support aku, terima kasih. Kecaman? See you in akhirat.

Sekian. Tamat coretan. Tegur kesilapanku. Jangan membisu. Luah padaku.

Ulasan

Catatan Popular