Majlis Khatam al-Quran Asrama SAMMPS 2014


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada 22 Julai 2014 hari Selasa, telah berlangsungnya Majlis Khatam al-Quran bagi peringkat asrama SAM Muhammadiah Pekan Sabak sesi 2014 yang menjadi penutup kepada program tadarus yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Acara ini dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim diiringi doa khatam Quran seterusnya ucapan ringkas oleh Ustaz Khairun Nidzam bin Tarmidji dan penyampaian cenderahati kepada Imam Tahlil, Imam dan Bilal Tarawih & Witir. Berikut adalah imbasan sepanjang majlis ini berlangsung.

Jamuan berbuka
Hidangan istimewa untuk tetamu
Menikmati hidangan
Pengerusi majlis
Para pengkhatam al-Quran
Memulakan bacaan
Ucapan ringkas Ustaz Nidzam
Salah seorang Imam Tahlil
Salah seorang Imam Tarawih dan Witir
Salah seorang Bilal Tarawih dan Witir
Barisan Imam dan Bilal bersama para warden
Diharapkan agar majlis ini dapat menjadi suatu kenangan dalam kehidupan yang amat bermakna di samping mencari keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sekian.

Ulasan

Catatan Popular