Luahan Hati | Kau Apahal: Aku Bukan Patung


Apabila kita berkata mengenai hidup...
Hidup ini tidak selalunya indah.

Adakalanya kita diuji dengan pelbagai dugaan
Yang akhirnya akan menyebabkan kita sendiri berasa tertekan
Lantaran tidak tahan
Dengan ujian sedemikian...


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Quote bukan besar kemain. Tak ada apa-apa. Saja nak highlightkan bahawasanya post kali ini adalah lebih menjurus kepada luahan hati. Maklumlah, dah lama aku tak hentam orang di blog ini memandangkan tak ramai yang tahu apa yang sebenarnya si Amirul ini hendak perkatakan. Ramai yang sukar nak faham ragam Amirul yang entah apa-apa, yang orang biasa tidak dapat untuk tafsirkan.

Makin lama makin aku tak faham dengan perangai orang di persekitaran aku. Makin lama makin banyak angin yang mereka lepaskan untuk menerbangkan aku ke arah lembah penuh tekanan. Nampak aku biasa-biasa di mata orang yang tak tahu cerita, tapi sebenarnya derita aku dah banyak. Tak tertanggung. Aku rela simpan.

Aku bukannya patung yang boleh dipermainkan sesuka hati. Aku juga layak untuk memiliki perasaan yang orang lain turut merasainya. Patutkah kalian mempertikaikan apa yang aku miliki, rasai dan kecapi sekarang ini? Aku memang tak faham dengan perangai orang yang suka memperkatakan apa yang aku ada sekarang. Bak kata ayat yang ada perkaitannya dengan ujian, mulut orang ni tiada insurans tak dapat kita nak tutup. Kerjanya asyik nak mencari salah orang atau benda yang baik tapi ingin menjadi sesuatu yang salah di mata orang.

Kadang aku bosan nak melayan spesies sebegini. Mengganggu gugat tumpuan dan prestasi aku sahaja kerjanya. Aku tak pernah kacau kalian. Sudahlah! Tension aku nak melalui korang yang suka membuatkan pemikiran aku bertambah serabut. Sampai aku jatuh sakit. Sampai aku demam. Korang peduli apa?

Kenapalah korang buat macam ni dengan aku? Aku bersahabat dengan dia, korang api-apikan. Aku buat kerja sikit, korang tuduh itu dan ini. Apa yang selama ini kau cari daripada aku? Usaha sendirilah weh. Nak mengharapkan nama, baik kau tak payah hidup di atas dunia ini. Serious aku kata. Aku dah banyak kali redha perbuatan orang terhadap aku tapi amaran, aku kali ini lebih serius. Takkan redha jejak kat dalam hati kalau berlaku pisang berbuah tiga kali.

Tak payahlah aku nak cerita di sini apa sebenarnya drama yang berlaku. Kalau terasa hati membacanya, silakan mencaci di laman sosial. Aku dah heartbroken nak menghadapi semua ini. Penat menangis tapi tiada siapa dengar. Aku dah tak sado seperti dulu. Serius, aku lemahhh...

Jangan kacau aku lagi.
Fikirkan hal sendiri.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014