Luahan Hati | Kau Apahal: Hati Kau Je, Hati Aku?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Nak baca lagi ke luahan hati aku?
Still nak baca?
Berani gila kau nak baca. Yang lepas punya kau terasa bagai siap post kat Twitter dan Facebook lagi.

So, kau nak kata siapa bersalah sekarang ni?
Aku? Kau? Semua orang?

Haa, dengar bebaik Luahan Hati | Kau Apahal? aku ni.

Actually ya, memang kau kata kepadaku aku tak layan kau walaupun kau asyik cuba nak mendekati aku. Aku tak faham mana nilai keprihatinan dalam diri kau ni. Kau pun faham kan aku busy dengan kerja, adakalanya tak dapat nak melayan orang sangat. Aku pun jarang berkomunikasi dengan orang sangat lantaran sibuk jadi aku hanya berbual dengan orang yang terlibat dalam kerja aku. So, celah mana lagi kau tak faham? Aku ada juga layan kau kan walaupun tak lama at least aku menunjukkan respon dan tanda terima kasih kerana sudi ingat kepadaku walaupun tidak seperti yang diharapkan. Then, kau keluarkanlah statement kau denagn harapan agar aku kesian kat kau dan orang lain marah aku kerana mengabaikan kau. Aduhai, aku pun dah naik confuse siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan? Aku ke kau?

"Kau tak pernah contact aku. Kenapa? Kau dah lupa ke kat aku, weh?"

Agak-agaklah aku tak pernah contact kau. Aku selalu weh contact kau masalahnya tak dapat. Dah lama aku buat benda tu, aku fikir daripada membazir kredit aku dengar this is the voice mailbox tu lebih bailah aku fokus apa yang terjadi di sekolah. Sekarang, bila kau dengar cerita macam-macam tentang aku yang buruk-buruk tu, mulalah kau nak persalahkan aku di belakang aku tetapi di depan kau kononnya berlagak seperti tak tahu apa. Ada kau ada masa aku tengah dilanda masalah yang kononnya punca semua duk tuding jari kat aku? Ada kau ada bagi nasihat dan tanya apa kisah sebenarnya yang terjadi? Duk dengar cerita bawaan mulut orang yang entah bercampur fakta dan auta, kau pun telan buat sakit hati sendiri. Ada kau dengar penjelasan daripada aku? Kecewa.

Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak lukakan hati kau atau semua orang. Adakalanya kita kena faham situasi yang berlaku tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Tolonglah buka mata sikit. Kau tak dengar penjelasan daripada sesiapa yang terlibat dalam masalah aku, atau daripada mulut aku sendiri kau dah main hebat buat kesimpulan tanpa memikirkan kebenaran atau tidak kemudian menyebarkannya. Sudahlah. Aku dah penat dah weh. Siapa lagi nak dengar aku? Siapa lagi? Semua yang aku nak dia dengar masalah aku, sama sahaja dengan orang lain. Hanya tahu memberi kenyataan yang tidak pasti, yang ingin menambah sakit hati aku sendiri dan membuatkan masyarakat sekeliling membenci aku atas tindakan aku yang telah disalah ertikan. Sudahlah. Aku dah penat nak dengar. Dah puas aku menangis. Dah puas aku demam, sakit dan hampir nak mati memikirkan masalah yang tiada kesudahan.

Datanglah memberi konklusi yang berisi, bukan konklusi dari persepsi sendiri.

Maafkan aku.
Andaikata post aku membuatkan kau sakit hati.
Aku bukan nak perli.

This is from my deep heart. Please understand me bukan diri kau sahaja.

Sudahlah. Daripada aku duk emotional seorang diri, daripada aku duk baca perlian kau, lebih baik aku buka lagu, fahami lirik dan buat cerpen. Ada manfaatnya, kan? Hurmm, mungkin setiapa apa yang berlaku ada hikmahnya. Cuma terpulang kepada kita, kita ambil atau tidak pengajaran daripadanya.

Sudahlah. Biarkanlah apa yang berlaku. Dah tinggal kenangan. Ku minta jangan diungkit dan jangan diulang.

Quote. Agar kau faham aku macam mana.
Sekian, maafkan aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014