#50FaktaTentangAku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

50 fakta pasal aku?
Hurmmm ilham aku nak buat post ini melalui Twitter yang asalnya ialah #50FactsAboutMe. Memandangkan English aku pun terabur dan entah apa-apa, jadi aku wujudkanlah dalam Bahasa Melayu dan dalam satu post so kalian tak perlu nak scroll apa-apa di timeline Twitter aku. Baiklah, ayuh kita mulakan.

  1. Saya anak sulung.
  2. Saya bersekolah di SAM Muhammadiah Pekan Sabak.
  3. Saya pengguna Internet aktif.
  4. Tahun ini tahun terakhir saya bersekolah.
  5. Saya suka memuat naik gambar yang kebanyakkannya tiada kaitan dengan saya.
  6. Saya suka kerja melibatkan penggunaan komputer.
  7. Saya biasa bersendirian.
  8. Saya suka mata pelajaran Bahasa Melayu.
  9. Saya tak tahu membawa motosikal sehingga hari ini (2 Jun 2014).
  10. Saya tak pernah hangout dengan kawan kecuali satu hari di mana saya, Kamal dan Didie pergi ke UIAM.
  11. Saya menyokong Ustaz Hussin, guru disiplin di sekolah saya.
  12. Hidup saya penuh konflik di sekolah tetapi happy di rumah.
  13. Saya single.
  14. Saya dibahan dengan kawan-kawan kerana peristiwa silam.
  15. Saya tak suka orang memerli. Cakaplah depan-depan.
  16. Saya boleh dikatakan orang tersibuk di sekolah.
  17. Saya dan Paan ada ciri sepunya iaitu sibuk.
  18. Saya mengenali komputer seawal 4 tahun.
  19. Saya meminati lagu yang tenang dan menusuk kalbu.
  20. Saat saya sibuk, minuman yang saya sering ambil ialah Red Bull dan seangkatan dengannya.
  21. Saya peminat filem Melayu tempatan.
  22. Saya mengenali UNIC sejak Tingkatan 1.
  23. Saya mula menggemari lagu nasyid ketika asrama saya memasang lagu nasyid ketika saya Tingkatan 1.
  24. Saya rajin bertweet sejak Tingkatan 4.
  25. Saya suka melakukan #throwback.
  26. Saya jarang membahan kawan melainkan mereka membahan saya.
  27. Saya menyukai permainan first-person shooter.
  28. Saya begitu serius dalam menyiapkan tugas yang diberi.
  29. Apabila saya keseorangan, saya akan baring dan berimaginasi.
  30. Saya rindu asrama sejak bergelar senior.
  31. Saya mesra dengan junior sejak saya senior.
  32. Saya suka menangkap gambar dan mendokumentasi sesuatu acara.
  33. Saya punya kawan yang mengingati saya selalu.
  34. Setiap hari Rabu, saya akan gerak ke kantin sekolah untuk menikmati roti canai Cik Din (pengusaha kantin) bersama kawan-kawan.
  35. Saya punya pemikiran tersendiri dan idealogi sendiri.
  36. Saya selalu keluar rumah bersama keluarga sahaja.
  37. Saya jarang tidur awal di rumah.
  38. Saya merupakan seorang anak lelaki dalam keluarga.
  39. Saya rabun jauh.
  40. Saya benci mata pelajaran Matematik kerana satu apa pun saya tak faham.
  41. Apabila saya bercakap dalam senafas di hadapan orang ramai, saya akan diberi tepukan tangan.
  42. Orang memandang gerun terhadap saya dalam berdebat.
  43. Adik saya meminati K-Pop tetapi saya tidak.
  44. Saya benci lipas dan cicak.
  45. Saya meminati barang elektronik berasaskan IT.
  46. Masa saya kecil dalam usia 5 tahun, artis yang saya kenal hanyalah Dato' Siti Nurhaliza sehingga menghafal lagu-lagunya.
  47. Lagu Allahyarham Sudirman yang saya minat ialah Nilai Cintamu.
  48. Saya suka mendengar lagu lama berbanding lagu baru.
  49. Saya lebih banyak melepaskan marah di belakang orang.
  50. Saya tidak mahir dan professional dalam bercinta tetapi saya romantik.
Itulah 50 fakta yang memang fakta belaka mengenai aku. Sebenarnya banyak tetapi cukuplah ini sahaja. Sekian, terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014