12 Jun 2013 | Kesilapan. Pengajaran.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebenarnya entry ini ditaip pada 9 Jun 2014 pukul 3 (lebih kurang) tetapi bila mana dah namanya kebosanan melampau, maka aku pun menyediakanlah sebuah entri yang aku rasa apabila kau orang membaca tajuknya itu, kau orang akan dihidangkan dengan pelbagai persoalan seperti: "Apa yang menarik pada 12 Jun 2013?", "Mirul typo ke apa sepatutnya 12 Jun 2014 bukan 12 Jun 2013...", "Kesilapan? Pengajaran? What's that?" dan sebagainya.

Bagi yang pernah bersekolah denganku pada tahun lepas di SAM Muhammadiah Pekan Sabak, mungkin 12 Jun 2013 ada yang ingat dan ada yang tidak. Sebenarnya, 12 Jun 2013 ini kalau aku sebut istilah pasca berkemungkinan besar kau orang akan ingat apa yang terjadi pada diriku rentetan daripada melakukan sesuatu.

Ceritanya... (throwback)

Selepas Hari Guru SAMMPS 2013, aku masih teringat waktu itu. Sejarah. Mungkin sejarah. Terlakar dalam ingatan.

Aku bertanya kepada beberapa juniorku, AJK Pelaksana Hari Guru SAMMPS tersebut, dan beberapa orang lagi mengenai pandangan terhadap sambutan tersebut. Normallah, kalau pandangan tak semestinya yang baik akan keluar. Macam-macam pandangan yang aku terima.

"Apsal kau buat, Mirul?"

Niat aku. Bukan nak menjatuhkan maruah sekolah seperti yang diperkatakan.
Bukan kerana dendam yang tak sudah kepada batch 9x yang menguruskan.
Bukan kerana ada agenda bodoh yang entah apa-apa.
Bukan kerana spekulasi. Dakwaan semata.
Bukan.

But, I want to find the reality.
Masa habis Hari Guru SAMMPS 2013, aku kembali ke kelas bersama Syauqi Suhaimi. Time tu, kami meluahkan segala kritikan terhadap hari guru. And, I was wondering adakah aku sahaja yang berfikiran sedemikian? Idea tercetus. Minda meletus. Aku pun mewawancara sebilangan pelajar setiap tingkatan dari form 1 - 5. Tak ada siapa tahu niat aku mewawancara mereka. Tiada siapa tahu apa yang akan kubuat dengan rakaman sedemikian. Uploadkah? Tidak terfikir.

Cuti pertengahan tahun. Macam sekarang.
Duk depan laptop, make a video - hanya audio tetapi videonya gambar.
Upload. Uishh ramai tengok. Tak kurang yang tidak puas hati.
Lalu, terhasillah entry ini. (Aku Sang Pencetus Kontroversi)

Aku lihat ramai yang menontonnya. Ramai yang suka, tak kurang yang puji.
Ada yang maki dan keji. Normal, benda yang kita buat, ada yang tidak suka.
Aku tak menyangka kerana perbuatanku itulah akan tercetus sesuatau yang tidak akan aku jangka, orang lain jangka atau sesiapa jangka.

Tamat cuti pertengahan tahun.
Kes baru menjengah di mana ada sekelompok pelajar yang settle (menggunakan cara kasar) terhadap pelajar menengah rendah yang meluahkan hati dalam video itu. Oh, lupa nak nyatakan nama videonya, Pasca #HariGuruSAMMPS.

"Apa benda pasca tu?"

Menurut Kamus Dewan, pasca bermaksud awalan asing sesudah, selepas ataupun setelah. kiranya aku bertanyakan kepada mereka komen selepas bersama menonton Hari Guru SAMMPS.

Kembali kepada tadi, sekelompok pelajar tersebut ada memanggilku. Dia bertanyakan apa alasan berbuat demikian. Dia mengatakan kesan selepas video itu disiarkan di YouTube. Ketika itu, terdetik rasa menyesal. Dia turut menasihatkan aku supaya tidak mengulangi dan kami bermaaf-maafan. Malam itu, aku rasa tak sedap hati. Aku ingatkan tiada apa terjadi selepasnya.

Tak ada siapa menjangka.
Tiada siapa menduga.
Tiada siapa tahu.
Tiada.

Esoknya, tarikh 12 Jun 2013...
Hari ini genap setahun.

Sedang aku belajar, ada orang datang ke kelas.

"Cikgu, guru disiplin nak jumpa dengan Amirul dan Paan."

Kami tersentak. Kes apa?
Tiada yang bermain di fikiranku selain pasca itu.
Kemudian, kami nampak ustaz sedang berdiri di hadapan bilik pinjaman buku teks dan...

Hukumanku terima.
Lemahku menunduk.
Malu menghimpit.

Satu sekolah memandang. Masing-masing membuat spekulasi.
Masing-masing mula heboh. Satu sekolah kecoh dengan beritaku.

Terdiam. Hendak menyesal nasi sudah menjadi bubur.
Bak kata PK HEMku, kerana mulut badan binasa. Inilah jadinya.

Ketika itu, dunia seolah-olah memandangku dengan ganas. Aku rasa diriku begitu menjadi perhatian. Maklumlah, ramai nak tengok apa yang terjadi pada diriku. Bertanyakan perihal yang sebenar. Mengapa aku menerima hukuman sedemikian? 12 Jun 2013, 8:35pagi. Kenangan bersejarah dalam hidup. Pengajaran buatku sehingga kini.

Setahun berlalu.
Segalanya sudah berubah.
Aku merasa apa yang mereka rasa.

"Siapa mereka?"

Batch yang menguruskan Hari Guru SAMMPS 2013. Aku pula yang merasa. KU Farhan Hamid dah memberi mandat buatku menjadi AJK Pelaksana bagi tahun ini. Agak mencabar dan mungkin suatu kafarah buatku.

Namun 16 Mei 2014 membuatku tersenyum.
Hari Guru SAMMPS 2014 meriah. Happening. Menarik.
Semua menyukainya dan tiada istilah bosan.
Seriously, AJK Pelaksana semuanya tersenyum. Big clap.

Tak kurang juga yang memerli aku,
Mirul, tak buat pasca ke tahun ini?

Tersenyumku lagi...

Namun menyergah ke pemikiranku. Begitu besar kesannya dalam hidup. Aku teringat pesanan Ustaz Hussin Mokhtar, "jangan takut untuk bersuara cuma kita kena lihat kepada siapa kita suarakan". Kata-katanya ku jadikan azimat dan kini aku bertindak bukan sahaja melalui kata lagi malah ku tafsirkan pandangan aku melalui perbuatan.

Aku bersyukur. Allah buka mataku. Allah buka mindaku. Allah buka jiwaku.
Hidup ini, Allah nak bagi ujian bukan sengaja Dia nak susahkan kita. Tapi Dia nak suruh kita buka mata cari apa yang ada pada ujian itu. Cari hikmah dan pengajaran. Supaya kita boleh memperbaiki apa yang kurang yang menyebabkan kita lemas dalam kancah dosa. Menginsafi diri atas kesilapan yang telah dilakukan.

Dengarlah pandangan orang sama. Jangan kita mengikut satu kepala. Dengar jangan ingat kita sahaja yang betul. Setiap sesuatu ada kelemahan. Kita tak sedar tapi orang lain menyedarinya. Orang nilai kita.

Pengajaran buatku. Juga buat orang lain.
Berusaha memperbaiki agar tidak mengulangi.
Maafkan aku, SAMMPS kerana pernah mencalarkan nama murnimu.
Maafkan aku, batch 9x atas tindakanku yang dianggap memalukanmu.
Maafkan aku, para guru yang kesal dengan perbuatanku itu.
Maafkan aku, ibubapaku yang telah membuat hatimu risau dan gundah.
Maafkan aku, para sahabat.

Aku tidak sempurna.
Tapi kalian menyempurnakanku.

Terima kasih kerana menyokongku walaupun aku telah melakukan hal yang entah apa-apa kepada kalian. Tanpa kalian, aku tak mampu berdiri sekarang ini. Terima kasih.

Terima kasih padaMu Allah kerana telah membuka matamu.
Insiden 12 Jun 2013 segar bermain di ingatanku.
8:35pagi menjadi nostalgia dalam kehidupan hambaMu.

Maafkan aku. Berpolitik dengan diri sendiri. Terlalu bermain dengan idealogi dalam pemikiranku. Terlalu berfikir luar jangkaan tetapi akhirnya diri sendiri bukan di laluan yang sepatutnya. Namun begitu, ku meletakkan harapan agar kalian dapat memahami apa yang aku cuba lakukan dan terapkan. Ambil jernih, hindari kekeruhan ya?

Terima kasih kerana sudi membaca.
Harap menjawab persoalan.
Harap memberi pengajaran.


Maafkan aku. Doakan aku.
Assalamualaikum.

Ulasan

  1. Bagus sekali ulasan anda. Kita juga kena sedar, orang yang menghukum juga perlu berlandaskan peraturan bukan ikut perasaan sendiri.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014