Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Temasya Sukan Olahraga, Padang & Balapan SAMMPS 2014

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertempat di Stadium Mini Sabak Bernam, pada 26 Jun 2014, bermula 8.00 pagi, telah berlangsungnya Temasya Sukan Olahraga, Padang dan Balapan SAMMPS untuk tahun 2014. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti larian, lontar peluru, rejam lembing, lompat jauh dan lompat tinggi. Pada tahun ini, firqah Satria sekali lagi mengulangi kejuaraannya pada tahun lepas dengan merangkul johan keseluruhan bagi temasya ini. Mari kita saksikan paparan menarik sepanjang Temasya Sukan Olahraga, Padang dan Balapan SAMMPS 2014 ini berlangsung.
[KAMERA: Muhammad Hafizuddin, Nazrul Adzim, Akmal Hakim & Redhuan Amran]

Malam Ambang Ramadhan 2014M/1435H

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pada 24 Jun 2014, bertempat di Dewan Besar Muhammadiah Pekan Sabak, telah berlangsungnya Malam Ambang Ramadhan 2014M/1435H yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Rohani Asrama SAMMPS. Selain dipersembahkan dengan alunan qasidah daripada kumpulan Fathul Qalbi, majlis ini diserikan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Azmi. Berikut merupakan imbasan menarik sepanjang majlis itu berlangsung.
[KAMERA: Akmal Hakim & Nazrul Adzim]
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Malam Ambang Ramadhan. Semoga majlis ini akan memberi kita panduan, peringatan dan sebagai persediaan untuk kita menghadapi bulan Ramadhan al-Mubarak yang semakin hampir, insyaAllah. Sekian.